Kesan Gabungan Najib Zahid Kepada Umno



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Najib, Zahid dan Adnan: Burung sewarna berkumpul bersama 1. PELANTIKAN bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai pengerusi lembaga penasihat Barisan Nasional (BN) tidak memeranjatkan.
2. Ungkapan Inggeris berkata, “birds of a feather flock together” atau kalau dipadankan ke bahasa Melayu lebih kurang “burung sewarna berkumpul bersama”.
3. Macamlah kata anak raja dari negeri selatan, “pipit sama pipit, helang sama helang”. Walaupun yang sepatutnya ialah pipit sama pipit, enggang sama enggang.
4. Inilah cara pengerusi BN dan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mencari burung sewarna di kalangan orang kena tuduh (OKT).
5. Kalau kita tengok gambar yang disiarkan oleh media massa, ada tiga OKT di dalamnya – Najib, Zahid dan Datuk Seri Adnan Mansor.
6. Zahid perlukan Najib sebagai rakan oleh sebab dia tentunya tidak berasa selamat bersama pemimpin Umno/BN yang bebas tuduhan.
7. Pelantikan Najib berlaku sebaik saja Zahid kembali bertugas sebagai presiden Umno pada 30 Jun lalu setelah bercuti mulai 18 Disember lepas.
8. Zahid perlukan Najib kerana amat jelas yang kepulangannya tidak dialu-alukan oleh sebahagian besar pemimpin dan ahli Umno.
9. Ramai pemimpin dan ahli yang bersikap sederhana, waras dan berpandangan jauh mahu timbalan presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, terus pangku tugas presiden.
10. Zahid tentunya berasa cemburu dan terancam dengan penerimaan baik ahli dan pemimpin Umno terhadap Mohamad, termasuk pemimpin senegeri Khairy Jamaluddin. Saya melihat Khairy sebagai watak menanti yang penting dalam politik Umno dan negara.
11. Faktor Mohamad-Khairy ini telah mula menyuburkan imaginasi banyak pihak dalam dan luar Umno yang melihat gandingan mereka sebagai menjanjikan harapan perubahan dan pemulihan kepada Umno.
12. Zahid tentu tidak berasa terancam dengan Najib bukan sahaja kerana mereka sama-sama OKT, tetapi mungkin dalam perkiraan Zahid tuduhan terhadap Najib adalah lebih berat daripada tuduhan terhadapnya.
13. Zahid juga terpengaruh dengan reaksi dan penerimaan terhadap kempen “Bossku” dan mahu tumpang sekaki.
14. Untuk kekal relevan kepada kelompok Melayu tradisional dan merapatkan diri dengan Pas, Zahid perlu terus menampilkan dirinya sebagai jaguh Melayu dan Islam.
15. Tetapi Pas nampak lebih selesa dengan Mohamad daripada Najib atau Zahid. Ini mungkin kerana Pas tidak mahu terpalit dengan kes mahkamah Najib dan Zahid.
16. Di masa yang sama, Zahid tahu dia kena jaga hati MCA dan MIC yang berupa ahli pelengkap bilangan bagi BN. MCA dan MIC lebih percaya kepada Najib daripada Zahid.
17. Umno masih memerlukan MCA dan MIC walaupun kedua-dua buah parti itu ibarat rumput di tengah jalan. Tanpa MCA dan MIC, gabungan Umno-Pas tidak ada perwakilan bukan Melayu.
18. Buat masa ini, kepulangan Zahid dan pelantikan Najib tidak menampakkan hasil positif. Sebaliknya Umno yang mula bersatu di bawah Mohamad, kembali berpecah, berpuak dan saling tuduh-menuduh.
19. Nampak jelas yang ramai pemimpin dan ahli Umno serta orang Melayu yang boleh berfikir tidak setuju dengan gabungan Zahid-Najib ini.
Wallahuaklam. Terima kasih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/07/kesan-gabungan-najib-zahid-kepada-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Khas Bagi Gabungan Umno Pas Masih Dibincangkan Zahid

Nama Khas Bagi Gabungan Umno Pas Masih Dibincangkan Zahid

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 293 hits
Nama khusus bagi gabungan Umno dan PAS masih di peringkat perbincangan kata Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat dan akan diumumkan secara rasmi apabila tiba masanya lapor Bernama Lo...
Zahid Najib Loyalists Roped Into Umno Supreme Council

Zahid Najib Loyalists Roped Into Umno Supreme Council

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 362 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has co opted five allies into the party s supreme council in his first major move after returning from garden leave The five are Batu Pahat Umno chief Mohd Puad Zarkashi Hulu Langat Umno chief Johan Abd Azi...
Apakah Najib Dan Zahid Mempergunakan Umno Untuk Perjuangan Peribadi Mereka

Apakah Najib Dan Zahid Mempergunakan Umno Untuk Perjuangan Peribadi Mereka

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 265 hits
By hook or by crook mesti menang untuk membebaskan diri mereka Bukan pun soal perjuangan untuk Melayu Dan Islam UMNO tak serik diperalatkan Cukup lahKerjasama dengan PAS akan MEMPERKUKUHKAN lagi perjuangan peribadi mereka PAS sedar tetapi j...
Piagam Umno Pas Akan Dimeterai Dalam Masa Terdekat Zahid

Piagam Umno Pas Akan Dimeterai Dalam Masa Terdekat Zahid

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 273 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata piagam antara UMNO dan PAS akan dimeterai di antara presiden kedua dua parti dalam masa terdekat ini Jelas beliau piagam ini kelak akan mengukuhkan lagi hubungan antara UMNO dan PAS sej...
Umno Kembali Bergolak Kj Tak Setuju Zahid Kembali Tanpa Dibincangkan

Umno Kembali Bergolak Kj Tak Setuju Zahid Kembali Tanpa Dibincangkan

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 288 hits
KJ tak setuju Zahid kembali tanpa dibincangkanPosted By on July 07 2019Anggota Umno yang tidak gembira dengan kepulangan presidennya Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai pilihan selain akur keputusan parti dan menunggu pemilihan seterusnya da...
Umno Ikhlas Dalam Kerjasama Tak Akan Khianati Pas Zahid

Umno Ikhlas Dalam Kerjasama Tak Akan Khianati Pas Zahid

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 308 hits
TAMBUN 7 Julai Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO ikhlas dalam menjalinkan kerjasama dengan PAS Jelasnya jalinan hubungan akrab antara UMNO dan PAS ini amat ditunggu tunggu oleh semua lapisan masyarakat dan hubungan...
Zahid Kecam Pihak Pertikai Keputusan Kembali Pimpin Umno

Zahid Kecam Pihak Pertikai Keputusan Kembali Pimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 266 hits
July 7 2019 1 46 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan untuk kembali memimpin adalah hak beliau yang dipilih sebagai presiden parti itu yang sah IPOH Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang m...
Jangan Ketepikan Sumbangan Najib Zahid

Jangan Ketepikan Sumbangan Najib Zahid

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 356 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan dan faktor penarik untuk dilantik ke jawatan itu Beliau berkata sesiapa sahaja boleh menyuar...
Tun M Hati Kering Najib Lembut Hadoiii Anak Wak Zahid Ni

Tun M Hati Kering Najib Lembut Hadoiii Anak Wak Zahid Ni

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 337 hits
TUN M HATI KERING NAJIB TERLALU BAIK LEMBUT kata Nurul Anak Zahid Hamidi suatu ketika dahulu Tun M hati kering sbb tu Nurul Anak Zahid Presiden UMNO blh masuk TV sbg hos di zmn PH kjaan Najib baik hati sbb tu pembangkang disekat habis2an di...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai