Normal Baharu Di Prkdunchini




Oleh AB JALIL BACKER
Kempen pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Chini (DUN Chini) dari 20 Jun hingga 4 Julai merupakan satu ujian kepada kesiapsiagaan sistem demokrasi negara berhadapan pandemik Covid-19 yang belum menampakkan noktahnya.
PRK itu terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang jawatan, Datuk Seri Abu Bakar Harun daripada Barisan Nasional (BN). Allahyarham meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada usia 60 tahun, meninggalkan satu rekod prestasi yang membanggakan dan akan dikenang oleh penduduk DUN Chini.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Abu Bakar memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi, menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.
PRK DUN Chini tidak memberi apa-apa kesan yang signifikan kepada pembentukan kerajaan negeri. BN mempunyai 25 daripada 42 kerusi DUN. Dalam masa sama, Pas mempunyai lapan kerusi. Kerjasama Muafakat Nasional menjadikan parti pemerintah Pahang mempunyai 33 kerusi.
Berdasarkan gabungan BN-Pas serta pola sokongan pengundi Melayu yang tinggi kepada gabungan itu, Chini boleh dianggap laluan mudah untuk BN.
Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak bertanding bukan sahaja akan mengurangkan risiko merebaknya Covid-19 tetapi juga boleh dianggap membeli semula jiwa pengundi Melayu.
Namun tidak mustahil juga parti politik dalam PH akan meletak calon secara tidak rasmi. Malah tidak mustahil juga akan ada calon-calon bebas tempatan memilih untuk bertanding.
Tanpa PH belum tentu PRK ini akan dimenangi tanpa bertanding oleh BN.
PRK DUN Chini menuntut pengorbanan parti politik, calon, pengundi dan media massa untuk memenuhi normal baharu kempen demokrasi. Setelah berbulan kita melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita tidak mahu PRK ini menjadi punca jumlah kebolehjangkitan kembali meningkat.
Korea Selatan telah melaksanakan pilihan raya mereka pada April 2020 dan berjaya mengharunginya tanpa peningkatan kes Covid-19. Jadi dari satu sudut, pilihan raya boleh dijalankan dengan selamat jika kena caranya.
Sungguhpun SPR belum mengumumkan normal-normal baharu untuk kempen PRK, namun pertimbangan harus diberi secara serius kepada kehadiran orang ramai di pusat penamaan calon, pengundian dan sepanjang tempoh kempen.
Pertamanya, saya berharap kempen PRK itu dijadikan sekadar pertandingan dalam negeri Pahang sahaja.
Tiada keperluan untuk kerajaan memberi kebenaran kepada pemimpin politik, petugas parti dan media untuk merentas negeri dan berkampung di Chini.
Kempen
Mereka yang berada di luar negeri Pahang tidak seharusnya dibenarkan datang merayu undi atau menyebarkan apa-apa bahan publisiti kempen, walaupun mempunyai kebenaran merentas negeri sebagai wakil rakyat.
Bagi memastikan setiap calon mendapat keadilan dalam kempen, maka RTM sebagai media penyiar kerajaan perlu memberi ruang kepada setiap calon untuk muncul di kaca televisyen selama 30 minit bagi memperkenalkan diri dan bercakap mengenai visi mereka.
Rancangan-rancangan ini harus dibuat secara rakaman bagi mengelak serangan dan fitnah yang melanggar peraturan pilihan raya dan undang-undang negara.
Pemasangan kain rentang dan poster harus dilakukan oleh petugas tempatan sahaja.
Kedua, SPR perlu mengehadkan kehadiran pusat penamaan calon. Salah satunya mungkin mensyaratkan setiap pembeli borang pencalonan hanya dibenarkan membawa maksimum 10 orang. Tidak seharusnya ada perhimpunan dan perarakan beramai-ramai.
Ketiga, pusat penjumlahan undi juga harus menghalang sebarang perhimpunan ramai. Mungkin kaedah sama iaitu setiap calon hanya boleh membawa 10 orang.
Kita tidak mahu sistem demokrasi negara terhenti kerana Covid-19. Justeru, demi kelangsungan proses demokrasi negara, penyesuaian sementara harus dilaksanakan. Bersabarlah buat sementara waktu.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/07/normal-baharu-di-prkdunchini/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=normal-baharu-di-prkdunchini

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehidupan Normal Baharu Ini Yang Perlu Ada Dalam Beg Amp Perlu Dibiasakan

Kehidupan Normal Baharu Ini Yang Perlu Ada Dalam Beg Amp Perlu Dibiasakan

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 1299 hits
Gaya Hidup Bermula 10 Jun 2020 Malaysia sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula sehingga 31 Ogos PKPP bermakna kita sudah mula diberikan kelonggaran sedikit demi sedikit untuk menjalani kehidupan seperti biasa Ba
Dari Fesbuk 30 Normal Baharu Ke Norma Baharu

Dari Fesbuk 30 Normal Baharu Ke Norma Baharu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 800 hits
Semalam saya buat status bertanyakan istilah mana yg tepat merujuk kpd situasi kita melawan Covid 19 sekarang samada NORMAL baharu atau NORMA baharu Bermacam2 pendapat diberikan Terima kasih semua Dlm satu komen saya ada menyebutkan bahawa ...
Nanti Siapa Jadi Mak Jadi Nenek Akan Rasa Macam Mana Perasaan Itu Warga Emas Sebak Beraya Cara Normal Baharu

Nanti Siapa Jadi Mak Jadi Nenek Akan Rasa Macam Mana Perasaan Itu Warga Emas Sebak Beraya Cara Normal Baharu

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 537 hits
Kemudahan teknologi seperti sidang video masih mampu mendekatkan hubungan Raidah bersama adik beradik lain yang semuanya berasal dari Singapura JOHOR BAHRU Sebahagian masyarakat menggangap normal baharu dilihat membataskan mereka berkumpul ...
Normal Baharu Tidak Perlu Kursus Praperkahwinan Hanya Temu Duga Ringkas Di Kedah

Normal Baharu Tidak Perlu Kursus Praperkahwinan Hanya Temu Duga Ringkas Di Kedah

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 354 hits
ALOR SETAR Pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga di Kedah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak perlu lagi mengikuti kursus praperkahwinan sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temu duga ringkas Menteri ...
Teknologi Pendigitalan Bantu Syarikat Tangani Normal Baharu

Teknologi Pendigitalan Bantu Syarikat Tangani Normal Baharu

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR 1 JUN Peneraju perniagaan di Malaysia terpaksa memanfaatkan kelebihan teknologi dan pendigitalan untuk pulih dan berkembang dalam normal baharu menurut Ernst Young PLT Kajian impak perniagaan Covid 19 oleh EY yang dijalankan pa...
Sangat Gembira Normal Baharu Di Turki Mulai Bulan Ini

Sangat Gembira Normal Baharu Di Turki Mulai Bulan Ini

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 828 hits
Jemaah dengan memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial menunaikan solat Jumaat di luar Masjid Biru Istanbul semalam FOTO AFPCOVID 19 Turki buka semula masjid selepas lebih dua bulanISTANBUL Masjid di Turki dibuka semula untuk ...
Normal Baharu Hollywood Guna Cgi Untuk Babak Intim

Normal Baharu Hollywood Guna Cgi Untuk Babak Intim

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 495 hits
Pandemik COVID 19 menyaksikan banyak sektor ekonomi dan kehidupan masyarakat berubah kearah normal baharu Penggambaran filem siri televisyen mahupun iklan tidak terkecuali dalam mempraktikkan norma baharu dalam aktiviti bagi membendung penu...
Kpm Jamin Pdp Dalam Normal Baharu Selamat Dr Radzi Jidin

Kpm Jamin Pdp Dalam Normal Baharu Selamat Dr Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 306 hits
PUTRAJAYA 13 Jun Kementerian Pendidikan Malaysia memberi jaminan proses pengajaran dan pembelajaran normal baharu yang akan ditempuhi pelajar sejurus sekolah dibuka pada 24 Jun ini akan berlangsung dalam keadaan selamat Menteri Kanan Pendid...
Oneplus Akan Melancarkan Televisyen Pintar Baharu Di India Pada 2 Julai Depan

Oneplus Akan Melancarkan Televisyen Pintar Baharu Di India Pada 2 Julai Depan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 346 hits
OnePlus telah memasuki segmen televisyen pintar dengan pengenalan OnePlus TV Q1 dan OnePlus TV Q1 Pro sekitar September lalu Terkini OnePlus akan memperluaskan lagi barisan televisyen pintarnya dengan melancarkan model terbaru pada 2 Julai ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi