Nohh Pas Makan Duit Bersatu Bersatu Ambik Duit Mana Bukan Jana Membawang Kot


 
Bekas pegawai Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad berkata, PAS menang 43 kerusi dalam PRU15 yang lepas kerana duit Bersatu.







Pada mulanya aku macam pernah dengar nama Marzuki ni. Sebab masa tahun 2022 tu, nama Marzuki ni dikatakan sebagai 'strategist' atau tokoh pemikir dalam team Bersatu ni.


Aku check la FB dia, sekali memang betul dia cakap benda ni. Well, benda pun dia dah cakap, berita pun dah melaporkan, jadi ini pendapat aku lah.


Apabila Marzuki habaq kat khalayak ramai yang PAS menang 43 kerusi kerana duit Bersatu, mari kita check sikit beberapa fakta.


1. PAS ditubuhkan pada tahun 1951.
2. Bersatu ditubuhkan pada tahun 2016.


Bila hang kata lagu ni, hang nak kata yang Bersatu yang baru berusia enam tahun, dok bagi duit kat PAS yang dah berusia 71 tahun masa PRU15 ni.


71 tahun ni umoq atok. Enam tahun ni umoq cucu. Tak pernah aku dengaq cucu bagi duit kat atok. Macam mana parti politik yang baru ditubuhkan dan belum tumbuh bulu pubis lagi boleh sapot parti yang dah ditubuhkan sebelum merdeka lagi?


Harus diingat bahawa PAS adalah parti kedua paling tertua di Malaysia yang masih aktif, selain daripada UMNO, dan dah pernah tadbir tiga buah negeri sebelum PRU15 (lepas tu Perlis masuk sekali jadi empatlah).


Macam mana Bersatu—parti yang ditubuhkan pada tahun 2016, lepas tu dua tahun kemudian jadi sebahagian daripada komponen kerajaan Pakatan Harapan di bawah Dr Mahathir, lepas tu kena guling oleh Muhyiddin Yassin dalam Langkah Sheraton, lepas tu sempat jadi PM tak sampai dua tahun, dan jadi PM pun zaman COVID, boleh taja parti yang dah berpengalaman lama macam PAS?


Hangpa buleh cakap la Mahathir kaya, Muhyiddin kaya, Azmin kaya—tapi soalannya, dari mana duit tu datang?


Sekaligus si Marzuki ni pi bukak pekung di dada, nak habaq kat semua orang yang depa ni secara misteri dapat duit dari entah mana jadi kaya-raya, pi bagi duit kat PAS walaupun pemimpin Bersatu hanya jadi PM lebih kurang tiga tahun lebih je?


Hang dapat duit tu dari gua Ahmad Albab ka? Ka hangpa pi buat Nigerian scam, atau hangpa semua menang Who Wants To Be A Millionaire?


Dalam hal ni aku tak nak la spekulasi, tapi dari sini bunyinya macam Bersatu dapat duit dari cara yang tak elok, dan PAS—sebagai parti Islam yang patut tahu tentang syubhah halal haram, tak tegoq demi masyuk money go brrrr!


Aku masih ingat lagi masa PRN Melaka dan Johor dan PRU15 masa 2021-22 dulu. PN punya banner, poster Abah bersepah-sepah. Masa tu aku rasa macam banner PN ni macam dok balut satu Malaysia ni.


Ramai kawan-kawan pemerhati politik ni dok tanya, mana hangpa dapat duit banyak ni? Mana pi Azam Baki masa ni? Tak siasat ka dari mana depa dapat duit ni semua?


Now, aku tak ada masalah untuk parti politik ni kaya, tapi bila kaya mendadak dalam masa yang singkat, benda ni something wrong somewhere.


Pun begitu, aku sebenaqnya lagi suka kalau sistem pilihan raya negara kita ni macam apa yang dibuat oleh Sweden: hangpa parti politik semua ada limit belanja pilihan raya, lepaih tu habih pilihan raya, hangpa wajib isytiharkan berapa banyak perbelanjaan hang serta beritahu dari mana duit tu datang dan ke mana duit tu dibelanjakan.


Jadi dengan cara tu barulah semua parti buleh lawan fair and square dan tak perlu menyakau duit rakyat untuk kempen pilihan raya. Hang pandai cari duit dan pandai berbelanja untuk kempen, baguih la. Kat situ rakyat buleh menilai parti mana yang paling bijak dalam menguruskan kewangan.


Aku rasa patutnya Marzuki sebagai bekaih pegawai Abah ni patut buat senyap ja lah memandangkan hang pun dah jadi bekaih. Tak perlu dok gelabah nak buat statement dok hentam PAS pasai apa yang Sanusi cakap tu. Bila hang habaq lagu ni, hang macam dah tak pikiaq strategik lagi dah. Hang dah macam jaring own goal pi bukak pekung sendiri. 


Kalau hang nak kritik PAS parti miskin—kutip duit pakai tin Milo, sebenaqnya hang tak kutuk depa. Hang puji depa sebab pengikut depa, walaupun miskin, tapi depa masih buleh bagi duit dan sepakat collect untuk parti depa. Biaq pakai tin Milo asai tak tadah duit kat kapitalis.


Tapi kalau hangpa tanya aku, aku pun tak caya PAS hanya survive dengan derma ahli parti kutip pakai tin Milo. Habih tu yang pi Gua Musang habih pokok kayu balak kena tarah, lepaih tu kemain banyak kebun Musang King tiba-tiba kemain besaq tu, takkan la kapitalis tak huloq duit?


Tak kisahlah—point aku ialah PAS adalah parti yang dah berpengalaman luas, dan bila Bersatu habaq lagu ni, ia seolah-olah ludah ke arah langit. Hangpa buka pekung sendiri.


Tutup je lah Bersatu ni. Dari dulu asyik nak jadi parasit parti lain.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/nohhpas-makan-duit-bersatu-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kesan Perbalahan Pas Bersatu

Apa Kesan Perbalahan Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1954 hits
Mohd Yusri IbrahimPemerhati politik menanti penuh minat perkembangan mesyuarat majlis presiden PN yang katanya diadakan minggu depan Tujuannya untuk dapat gambaran lebih jelas arah tuju gabungan politik tersebut selepas Perhimpunan Agung Ta...
Tak Payah Lah Runding Mereka Nfak Jawatan Peringkat Negeri Majlis Bagai Parti Pas Ni Sama Ja Bab Duit Dan Jawatan

Tak Payah Lah Runding Mereka Nfak Jawatan Peringkat Negeri Majlis Bagai Parti Pas Ni Sama Ja Bab Duit Dan Jawatan

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 622 hits
Sudikah UMNO kembali menikah dengan Pas jika Pas bercerai dengan Bersatu p s Perkahwinan pertama Umno Pas atas nama BN tahun 1974 bercerai 1977 Perkahwinan kali kedua tahun 2018 atas nama MN bercerai tahun 2021
Krisis Pas Bersatu Bukan Benda Baru

Krisis Pas Bersatu Bukan Benda Baru

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2491 hits
Alif JamilSebenarnya krisis kepimpinan antara PAS dan Bersatu ni bukanlah benda baru Dari awal lagi memang ada cold war senyap antara siapa lebih dominan dalam PN siapa patut jadi ketua blok pembangkang dan siapa patut jadi calon PM Cuma du...
Pas Pushes For Prime Minister Post If It Wins More Seats Than Bersatu In Ge16

Pas Pushes For Prime Minister Post If It Wins More Seats Than Bersatu In Ge16

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1112 hits
PAS is making its voice heard more clearly within PN with leaders calling for the party to take the prime minister s post if it wins more parliamentary seats than its partners in the next general election Kelantan PAS secretary Datuk Wan Ro...
Gelora Pergolakan Bersatu Bakal Bayangi Muktamar Pas

Gelora Pergolakan Bersatu Bakal Bayangi Muktamar Pas

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1030 hits
Nora MahparPETALING JAYA Muktamar PAS ke 71 minggu ini berlangsung ketika rakannya Bersatu berdepan krisis kepimpinan yang perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan kesepakatan dalam Perikatan Nasional terjejas kata penganalisis Pengarah E...
Sabah Bersatu Leader Scoffs At Pas Man Being Proposed As Cm Candidate

Sabah Bersatu Leader Scoffs At Pas Man Being Proposed As Cm Candidate

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2150 hits
Nabila Norsahar says PAS has never won a seat in Sabah and that its state chief is merely an appointed assemblyman Nabila Norsahar head of Sabah Bersatu s young women s wing expressed fear that the proposal for PAS s Aliakbar Gulasan to be ...
Secret Pas Meeting With Pmx Zahid Ignites Speculation Of Bersatu Pas Break Up Before Ge16

Secret Pas Meeting With Pmx Zahid Ignites Speculation Of Bersatu Pas Break Up Before Ge16

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1093 hits
THE damning revelation by UMNO s secretary general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki that PAS has sent its reps to meet Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and UMNO president Datuk Seri Zahid behind Bersatu s back should send shivers down th...
Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 3184 hits
Kalau kita pernah rasa duit dalam akaun makin banyak tapi peliknya harga barang makin naik dan kuasa beli makin kecil Itulah realiti yang ramai pemilik bisnes dan pesara hadapi Pegang duit ratus ribu malah ada yang jutaan ringgit tapi nilai...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Rafizi Tak Setuju Kerajaan Libatkan Glc Glic Dalam Belanjawan

Cuepacs Hails Madani Budget 2026 As A True Show Of Appreciation For Civil Servants

Ex Mp Presses Wisma Putra On Claims Of Backing Myanmar Elections

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kitted Jvb Moto Revisits The Yamaha Xsr900

Tetty Kadi Siapa Pernah Jatuh Cinta Chord

Zynakal Benzooloo Dani Kurama Ian J Harry Caprice Namira Warzone Chord

Lemon Law Malaysia Maksud Kepentingan Pelaksanaan

Sarapan Nasi Lemak Silver Fish

Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata