Nobody Knows Tamat Dengan Rating Tertinggi Di Tangga Teratas Slot Drama Isnin Selasa
Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan drama thriller popular kini iaitu “Nobody Knows” yang melabuhkan tirainya kelmarin. Plotnya yang sentiasa mendebarkan pada saban episod membuatkan semua penonton tak senang duduk!
Sinopsis pendek “Nobody Knows”
Kisah bermula dengan watak utama iaitu Cha Young-jin (Kim Seo-hyung) berdiri berseorangan dalam sebuah hutan tebal. Dalam masa lampau, wanita itu berjalan dalam hutan yang sama dengan rakan baiknya semasa zaman persekolahan. Bahagia hanya seketika apabila sahabatnya itu menjadi mangsa pembunuhan kejam sehingga menggemparkan Korea pada waktu itu. Young-jin menyimpan rasa bersalah sehingga kini kerana dia tidak menjawab panggilan rakannya itu pada malam kejadian.
Pengakhiran yang dinanti
Baek Sang-ho meneruskan kejahatannya dengan menculik Go Eun-ho selepas Lee Sun-woo gagal menghalangnya. Akibat menerima ugutan bahawa Jeong So-yeon akan dibunuh olehnya, Eun-ho mengikuti penjenayah itu dengan rela hatinya dan di bawa ke bumbung.
Cha Young-jin yang menerima panggilan daripada Sun-woo yang cedera telah bergegas ke tempat kejadian dan berhadapan dengan Sang-ho. Meskipun cuba menamatkan nyawanya di tangan wanita itu, tetapi Young-jin mahu dia merasai keadilan semasa di dunia ini lantas dia terus diberkas oleh pihak polis.
Bahagia akhirnya dikecapi oleh Young-jin dan Eun-ho, mereka masih lagi berkawan baik dan kekal berjiran. Sun-woo juga meneruskan kehidupannya seperti biasa selepas berjaya memberkas penjahat yang menyebabkan kehidupan mereka menjadi kacau-bilau.
Duduk selesa di tangga teratas slot Isnin-Selasa
Drama “Nobody Knows” menutup tirainya dengan mencatatkan rating tertinggi sepanjang tayangannya. Menurut Nielsen Korea, episod terakhir drama thriller ini telah meraih purata rating sebanyak 8.8% dan 11.4% sekali gus memecahkan rekodnya sendiri sebelum ini iaitu 10.5%.
Sejak daripada awal tayangan lagi, “Nobody Knows” berjaya menduduki tangga teratas untuk slot Isnin-Selasa. Dek kerana lakonan mantap Kim Seo-hyung dan jalan cerita yang padat membuatkan penonton tak sanggup beralih kepada drama lain.
Kim Seo-hyung berlakon tak pernah tak hebat!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/nobody-knows-tamat-dengan-rating-tertinggi-di-tangga-teratas-slot-drama-isnin-selasa/