Jangan Jadikan Isu Ringgit Lemah Sebagai Senjata Politik Tegas Anwar


freemalaysiatoday.comBernama - 24 Feb 2024

Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengukuhan dolar AS dapat ditangani memandangkan perdagangan Malaysia dengan China, Indonesia dan Thailand menggunakan nilai mata wang tempatan. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu kejatuhan nilai ringgit sebagai senjata politik sehingga tidak bersandarkan kepada fakta.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu termasuk dengan memperkenalkan kerangka Malaysia Madani yang bertujuan memperkasa ekonomi negara.

Beliau berkata hasilnya, pada tahun lepas pelaburan mencatatkan jumlah paling tinggi dalam sejarah di sebalik kejatuhan nilai ringgit.

“Kadang-kadang orang lupa, bila jadi isu politik nak hentam sahaja. Kalau dunia tiada keyakinan, pelaburan akan di tahap perlahan.

“Dunia dan pelabur ada keyakinan, maka kita catat pelaburan tertinggi (tahun lepas) dalam sejarah Malaysia, inflasi menurun, kadar pengangguran menurun dan pertumbuhan (ekonomi) dapat dipertahankan dalam keedaan dunia lembap dari segi pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Restu Global Quranic Arts Festival 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Anwar berkata pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dapat ditangani memandangkan perdagangan Malaysia dengan China, Indonesia dan Thailand menggunakan nilai mata wang tempatan.

“Perdagangan Malaysia yang terbesar ialah dengan China iaitu 25% dagangan menggunakan ringgit dan mata wang China (renminbi), 18% dengan Indonesia menggunakan ringgit dan rupiah, 20% dengan Thailand menggunakan ringgit dan baht, maka isu dolar tidak ada kesan.

“Kita bimbang kalau kalau ringgit jatuh, inflasi naik, pertumbuhan terbantut dan pelaburan tidak datang. Itu kita bimbang… sekarang ini semua angka dan data ekonomi menunjukkan kita di landasan yang betul,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata konteks Madani bertujuan untuk mengangkat ekonomi selain memperkasa seni dan budaya, namun dalam masa yang sama nilai dan akhlak itu tetap diterap dalam setiap pembangunan.

“Apa erti pembangunan mencakar langit (kalau) rakyat tertekan dan tidak dipeduli? Apa erti kilang-kilang dan gedung-gedung hebat tetapi pekerja dalamnya ditekan dengan gaji rendah,” katanya.

Perdana menteri seterusnya menyeru agar budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran terus diperluas bagi melahirkan generasi al-Quran.

“Generasi al-Quran ini, dia baca, faham dan amalkan. Kalau tidak, kita ada kesenjangan atau perbezaan. Kita bicarakan mengenai keadilan, tapi kita tolak ansur dengan penyelewengan, kezaliman dan rasuah yang berlaku.

“Pendirian saya dalam kerajaan Madani, saya tidak mahu tolak ansur lagi mengenai prinsip tatakeloka, bersihkan negara daripada rasuah,” katanya.

Restu Global Quranic Arts Festival 2024 bertema “Gaya Hidup Islami” yang berlangsung dari 23 Feb hingga 3 Mac ini bertujuan mempromosi Islam sebagai sebahagian gaya hidup selain menggalakkan pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap al-Quran melalui medium seni.

Pada majlis hari ini Anwar turut melancarkan Mushaf Al-Ummah yang bertujuan mengembalikan tradisi penyalinan al-Quran seperti yang dilakukan sepanjang sejarah Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Anwar juga melancarkan Buku Adab Madani bagi mengembalikan budaya menyalin dan menulis dalam kalangan masyarakat, menggalakkan penulisan positif agar elemen positif ditonjolkan dalam kehidupan masyarakat berbanding elemen negatif, selain memupuk akhlak baik merentasi bangsa, warna kulit, golongan dan fahaman.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Abdul Latiff Mirasa dan Timbalan Pengerusi merangkap Pemegang Amanah Yayasan Restu Ahmad Maslan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/jangan-jadikan-isu-ringgit-lemah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tak Patut Mengelak Daripada Menjawab Isu Kejatuhan Nilai Ringgit

Anwar Tak Patut Mengelak Daripada Menjawab Isu Kejatuhan Nilai Ringgit

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 241 hits
Ketika ditanya media pagi tadi mengenai kejatuhan nilai ringgit yang terus merudum Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dilihat mengelak untuk memberikan jawapan Sebaliknya beliau berkata Gabenor Bank Negara Abdul Rashee...
The Anwar Mahathir Feud Is A Factor In The Ringgit S 26 Year Low

The Anwar Mahathir Feud Is A Factor In The Ringgit S 26 Year Low

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 292 hits
The leaders of the ancien r gime will likely be retaliating against Anwar s action by selling off their assets in Malaysia in order to trigger a loss of confidence in the ringgit Nehru Sathiamoorthy This week by touching RM 4 80 to the doll...
Sedia Bincang Perkasa Syariah Tapi Jangan Politikkan Keputusan Mahkamah Tegas Zahid

Sedia Bincang Perkasa Syariah Tapi Jangan Politikkan Keputusan Mahkamah Tegas Zahid

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 178 hits
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menegaskan keputusan mahkamah berhubung EKJS Kelantan berkait peruntukan perundangan yang diluluskan DUN Kelantan bukannya berkenaan mahkamah syariah BAGAN DATUK Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalk...
Ringgit Jatuh Sebab Apa Anwar Yang Diserang

Ringgit Jatuh Sebab Apa Anwar Yang Diserang

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 377 hits
Ringgit jatuh sebab apa Anwar yang diserang ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be HY5R3v rUgg src in org https www youtube com embed HY5R3v rUgg wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com e...
Isu Guru Enggan Divaksin Kpm Jangan Terbawa Bawa Agenda Konglomerat Farmaseutikal Ppim Malaysia Tribune 15 02 2024

Isu Guru Enggan Divaksin Kpm Jangan Terbawa Bawa Agenda Konglomerat Farmaseutikal Ppim Malaysia Tribune 15 02 2024

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 306 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan supaya bertindak dengan bijak dan tidak terbawa bawa dengan agenda konglomerat farmaseutikel yang didokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang tidak memberikan apa ap...
Analisis Adakah Anwar Akan Tergelincir Bersama Nilai Ringgit

Analisis Adakah Anwar Akan Tergelincir Bersama Nilai Ringgit

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 270 hits
malaysiakini comKejatuhan nilai ringgit ke paras terendah pada RM4 795 berbanding dolar minggu lalu mencetuskan persoalan sama ada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mampu bertahan dengan situasi sukar ini atau tidak Anwar yang...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp