Taylor Swift Dan Politik


 

Twitter bertukar jadi X pada Julai 2023. Tetapi Bernama masih menggunakan istilah Twitter dalam laporannya pada 7 Julai 2023 yang disiar NST mengenai catatan pemimpin politik Thai kepada penyanyi popular, Taylor Swift.
Menurut laporan itu Pita Limjaroenrat, semasa mendahului perebutan jawatan perdana menteri Thailand, reach out kepada Swift melalui Twitter dengan berkata “Hey Taylor! Big fan of yours. BTW Thailand is back on track to be fully democratic after you had to cancel last time due to the coup. The Thai people have spoken via the election and we all look forward to welcoming you to this beautiful nation of ours. Do come and I’ll be singing Lavender Haze with you.” Pita tandatangan mesej itu dengan nama samarannya, Tim. Lavender Haze antara lagu popular Swift.
Pita melalui mesej itu memberitahu dunia bahawa negaranya sudah berada pada landasan betul iaitu bergerak ke arah demokrasi. Beliau juga memberitahu rakyat Thailand pelbagai perkara bagus boleh dilaksanakan dalam negara yang tidak diperintah rejim tentera, termasuk kedatangan Swift. Penyanyi itu dijadikan penyuntik semangat rakyat. Dalam memberitahu pembatalan konsert Swift terdahulu ialah kerana rampasan kuasa di Thailand, Pita mengambarkan betapa tidak bagusnya rampasan kuasa.
Pada 2014 satu rampasan kuasa dilancarkan oleh angkatan tentera Thailand. Itu kali ke-12 rampasan kuasa terjadi di Thailand sejak yang pertama berlaku pada 1932. Konsert Swift yang dijadualkan 9 Jun tahun itu dibatalkan. Tiket sudah habis dijual waktu itu. Ini yang Pita maksudkan dalam tweet kepada Swift. Bagaimanapun pihak Swift tidak pernah beri alasan atau sebab konsert itu dibatalkan.
Pilihan raya yang Pita sebutkan pula merujuk pada pilihan raya 2023 yang memilih 500 anggota Dewan Perwakilan. Parti beliau yakni The Move Forward Party memenangi jumlah kerusi terbanyak lantas Pita muncul top contender untuk menjadi perdana menteri. Namun berdasarkan sistem dan amalan politik Thailand yang tidak akan saya huraikan di sini, bukan Pita yang memegang jawatan perdana menteri. Sebaliknya yang jadi PM ialah Srettha Thavisin dari parti Pheu Thai, yang mendapat jumlah kerusi kedua terbanyak.
Srettha juga seperti Pita membawa elemen Swift dalam naratifnya. Laporan media 17 Feb lalu memetik Srettha berkata beliau maklum dengan persoalan rakyat Thailand tentang mengapa Swift tidak datang ke Thailand dan terpaksa terbang ke Singapura untuk menyaksikan konsert yang akan berlangsung selama enam hari di republik itu, bermula 2 Mac ini.
Siri konsert Swift yang diberi nama The Eras Tour sedang berlangsung. Bermula 17 Mac 2023 di Glendale, AS dan akan melabuh tirai pada 8 Disember ini di Vancouver, Kanada. Kesemuanya 151 persembahan di Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
Di Asia konsert hanya di Tokyo, Jepun dan Singapura. Jika diambil kira Asia Tenggara hanya Singapura.
Mungkin tidak mahu kerajaannya terutama dirinya dipersalahkan atau dituduh tidak ‘buat kerja’, Srettha baru-baru ini mendedahkan mengapa Singapura terpilih. Berucap pada satu forum perniagaan di Bangkok, beliau mendakwa pemerintah Singapura membayar subsidi AS$2 juta hingga AS$3juta (500 juta baht) bagi setiap persembahan untuk mendapat hak eksklusif di Asia Tenggara. Ertinya di Asia Tenggara Swift hanya boleh mengadakan konsert di Singapura.
Tidak ada respon pemerintah Singapura sehingga kini tetapi yang pasti Singapura akan sekali lagi mendapat keuntungan terutama pengaliran wang apabila peminat Swift datang dari Thailand dan juga Malaysia. Memang jadi amalan lazim buat rakyat Malaysia yang meminati artis antarabangsa menyeberang Tambak Johor setiap kali persembahan idol mereka dihalang atau terhalang di Malaysia.
Berbalik kepada PM Thai. Srettha membayangkan kerajaan beliau juga boleh membayar subisidi jika tahu mengenainya terlebih dahulu kerana “penghibur seperti Swift akan dapat menarik penaja dan pelancong ke Thailand. Walaupun 500 juta baht untuk konsert, industri pelancongan malahan peniaga tepi jalan akan dapat manfaat.” Maksudnya belanja 500 juta berbaloi. Beliau seterusnya berikrar akan bawa artis gred A ke Thailand untuk mengadakan persembahan.
Benar Srettha bercakap dari sudut ekonomi. Namun ada juga elemen politik iaitu untuk mendapatkan mileage dalam kalangan rakyat khususnya golongan muda yang sudah boleh mengundi atau akan boleh mengundi pada masa akan datang.
Oleh kerana populariti dan status superstar yang disandang, Swift kerap dikaitkan dengan politik, atau tokoh tertentu atau pasukan yang mengendali kempen mereka mahu dikaitkan dengan Swift.
Di AS yang mana pemilihan presiden akan diadakan 5 Nov ini, nama Swift diapungkan. Penyanyi itu dikatakan menyokong dan endorse Joe Biden mempertahankan jawatannya. Dakwaan itu dilemparkan kumpulan penyokong Biden walaupun pasukan beliau sendri tidak menyatakan demikan secara rasmi atau terbuka. Secara senyap dan tak rasmi saya tidak tahu.
Apa pun ada juga kaji selidik yang mendapati 20% rakyat AS percaya Swift berperanan dalam pakatan sulit untuk memenangkan Biden. Ada juga survey kata satu daripada lima rakyat AS percaya Swift terlibat supaya Biden dipilih semula sebagai presiden.
Malah ada juga yang kaitkan Swift dengan Super Bowl dan kempen Biden. Gambar Swift berciuman dengan teman lelakinya, Travis Kelce, seorang pemain pasukan American football, Kansas City Chiefs, digunakan.
Gambar itu Swift di stadium dan kemenangan Chiefs ke atas 49ers pada perlawanan Super Bowl tahun ini dikaitkan dengan kempen Biden. Biden memperlecehkan cakap-cakap itu tetapi tidak dinafikan sesiapa yang mendapat endorsement Swift punyai advantage.
Di Malaysia elemen Swift tidak ada dalam politik kita. Kalau ada pun, bolehkah ia bantu kemenangan parti politik dan politikus kita? Atau membawa padah dengan mengambilkira kira perkara yang lazim dijadikan isu politik?
Tetapi perlu juga tanya mahukah Swift dikaitkan dengan politik kita. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/taylor-swift-dan-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taylor Swift Les Deepfakes Secouent Les Tats Unis Avec Une Affaire Sans Pr C Dent

Taylor Swift Les Deepfakes Secouent Les Tats Unis Avec Une Affaire Sans Pr C Dent

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 156 hits
TaylorSwift Deepfakes ViePriv e R seauxSociaux Le drame de Rio de JaneiroTaylor Swift la c l bre chanteuse am ricaine a r cemment t confront e un v nement tragique lors d un concert Rio de Janeiro Une fan de 23 ans Ana Benevides a t vict
Ptun Jakarta Tolak Gugatan Tpdi Soal Kasus Dugaan Politik Dinasti Jokowi

Ptun Jakarta Tolak Gugatan Tpdi Soal Kasus Dugaan Politik Dinasti Jokowi

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 212 hits
Penggugat belum menempuh upaya administratif yang diwajibkan peraturan yang berlaku
Bawaslu Malang Selidiki Dugaan Praktik Politik Uang Jelang Pemilu

Bawaslu Malang Selidiki Dugaan Praktik Politik Uang Jelang Pemilu

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 137 hits
Bahwa terduga mengaku rutin membagikan uang kepada masyarakat setempat terutama saat Jumat Legi
Sultan Selangor Tegur Ahli Politik Tunggang Agama

Sultan Selangor Tegur Ahli Politik Tunggang Agama

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 156 hits
KUALA LUMPUR Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mengambil kesempatan mempolitikkan setiap isu melibatkan agama Islam sehingga ia menjadi modal persengketaan politik yang tidak berkesud...
Satira Berunsur Politik Jangan Sampai Hina Bangsa Dan Agama

Satira Berunsur Politik Jangan Sampai Hina Bangsa Dan Agama

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 202 hits
Zulkarnain Zakaria Beberapa tahun lalu saya ada buat satu cerita satira kemudian saya pos di sini Tapi 10 minit kemudian saya padam posting tersebut Padam dengan rasa bersalah yang amat sangat Walaupun posting sinikal dan satira lucu itu te...
Bukan Sahaja Ketua Agama Ini Fungsi Ydp Agong Dalam Politik Negara Yang Rakyat Patut Tahu

Bukan Sahaja Ketua Agama Ini Fungsi Ydp Agong Dalam Politik Negara Yang Rakyat Patut Tahu

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 195 hits
Seperti yang kita semua sedia maklum negara kita pernah bergolak dengan isu politik yang hampir menjejaskan ekonomi negara Situasinya sehingga Tun Mahathir diangkat semula sebagai Perdana Menteri Interim selepas meletakkan jawatan sebagai P...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak

Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib