Nisabakri Masuki Pasaran London Cook With Heels With Nisabakri
Hai pembaca kesayangan,
Masih ingat lagi tak tentang kisah bagaimana seorang wanita bernama Nisa Bakri yang bukan Chef tetapi berjaya mencipta nama di persada antarabangsa melalui bidang masakan yang merupakan hobinya? Kisah kejayaan beliau pernah beberapa kali Misz-ella kongsikan di sini. Kalau tak ingat, you all baca di sini dan sini ye.
Bermula dengan hobi memasak dan impian untuk pergi jauh dengan hobi beliau, Puan Sri Nisa Bakri melalui jenama nisabakri ("NB") akhirnya berjaya memasuki pasaran London iaitu dengan menjadi pembekal makanan di London Fashion Week 2018. London Fashion Week adalah acara fesyen tahunan terbesar dan berprestij anjuran British Fashion Council yang diadakan dari 12 hingga 24 September 2018 yang lalu.
Team nisabakri seramai 10 orang telah berlepas ke London pada 10 September dengan membawa nama Malaysia apabila jenama nisabakri telah dijemput sebagai penaja dan pembekal katering bagi masakan Malaysia dalam empat (4) acara pertunjukan fesyen sepanjang London Fashion Week berlangsung.
Puan Sri Nisa turut muncul dalam Masterclass Training, bekerjasama dengan Kubi Springer, International Brand consultant dari SheBuildBrands, bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia di peringkat antarabangsa yang berprofil tinggi di London.
Masakan Puan Sri Nisa telah disajikan buat tetamu-tetamu khas semasa acara DDFC &FAD Dubai Fashion Show 13 September 2018 di Freemason's Hall, Great Queen Street, London dimana majoriti tetamu adalah dari Timur Tengah.
Aston Martin herRunway Show, 15 September 2018 di bilik pameran mewah Aston Martin di Mayfair, London.
Jayne Pierson Fashion Show, 17 September 2018 di Conde Nast College of Fashion & Design, Greek Street, London
Antara masakan beridentiti Malaysia yang dibawa khas oleh Puan Sri Nisa ke Kota London adalah Bebola Ayam bersama Sos Chutney Pudina, Laksa Goreng Asam Pedas, Canapes Nasi Lemak Timun, Salad Kacang Kuda dan Quinoa, Dodol Malaysia atau Malaysian Toffee ber toppingkan Karamel, Brownie Coklat, Kuih Makmur dan Tat Nenas. Kesemua hidangan ini mendapat pujian khas dan maklumbalas yang sangat positif dari tetamu yang hadir.
Puan Sri Nisa turut melancarkan tiga (3) jenis pes atau perencah segera terbaru beliau iaitu Pes Gulai Sayuran, Pes Masala ayam dan Pes Gulai Ayam Lemak Betutu iaitu semasa Aston Martin herRunway Show .
Misz-ella berpeluang untuk menghadiri sessi nisabakri bersama media dimana Puan Sri Nisa mengundang kami untuk berkongsi kisah kejayaan team nisabakri di Kota London.
Perkongsian kisah kejayaan seorang anak Malaysia yang bermula dari sekadar hobi memasak untuk dijamu kepada teman-teman seterusnya menjadi sumber pendapatan dan melalui hobi ini, Puan Sri Nisa melangkah jauh hingga ke persada dunia adalah sebuah kisah penuh inspirasi yang sewajarnya dijadikan contoh dan panduan buat kita semua.
Kata Puan Sri Nisa, bukan senang untuk mencapai impian dan bukan sedikit cabaran dan halangan yang harus beliau tempuhi untuk mengetengahkan makanan beridentiti Malaysia di London Fashion Week, salah satu pertunjukan fesyen yang tersohor di dunia. Hanya impian, kecekalan dan kesungguhan menjadi pegangan dalam merealisasikan impian beliau ini.
Sebagai kawan, sebagai seorang wanita dan sebagai rakyat Malaysia, Misz-ella kagum dengan semangat beliau. Beliau adalah contoh bahawa Kalau kita berkehendak dan dengan izin Allah SWT, we can go far and touch the sky. Semoga nisabakri pergi lebih jauh lagi dengan membawa nama Malaysia.
Bersama rakan-rakan media dan rakan-rakan yang lain di Majlis Media bersama Puan Sri Nisa
Dapatlah Misz-ella menjamu selera dengan Mee Kari yang dimasak menggunakan Pes Mee Kari Terangkat Leleh NB. Lepas rindu pada masakan Puan Sri Nisa dan seperti biasa, kuahnya Misz-ella hirup sampai licin. Jarang tau saya hirup kuah kari tapi kalau yang dibuat menggunakan Pes Mee Kari jenama NB, confirm Misz-ella tak tolak .. sedap sangat!
Buat penggemar-penggemar masakan Melayu yang sentiasa sibuk tetapi masih mahu menyediakan juadah buat keluarga tercinta, boleh dapatkan 7 jenis Pes NB ini. Mudah sangat, cepat sangat memasak dengan Pes-pes keluaran NB. Lagipun, Pes-pes ini sekarang juga sudah terkenal di mata dunia, rakyat Malaysia kalau tak dapatkan, rugi!!
Puan Sri Nisa juga akan mengadakan kelas masakan Cook With Heels with nisabakri pada 30 Oktober 2018 ini bertempat di Nicsmann 1940s By Lewre di The Starling Mall, Damansara Utama. Ini adalah bagi membolehkan Puan Sri Nisa berkongsi resepi masakan hasil tangan beliau yang telah mengharumkan nama Malaysia seperti Laksa Goreng Asam Pedas, khususnya.
Empat (4) resepi akan diajar oleh Puan Sri Nisa sendiri pada harga RM250 sahaja. Cepat-cepat mari kita daftar hari ini untuk menuntut ilmu dari Puan Sri Nisa Bakri sebab tempat adalah sangat terhad. Telefon Rachel di 012-221 7094 untuk dapatkan slot anda. Peserta akan diberi tips-tips berharga dan ada goodies bag untuk setiap orang. Jumpa you all di sana ye.
OK Misz-ella dah habis berkongsi kisah inspirasi ini, nak pergi buat kerja lain puak. Terima kasih baca ye. Bye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2018/10/nisabakri-masuki-pasaran-london-cook.html