Nilai Sepunya Hrmis Skor Cara Penilaian
Nilai Sepunya HRMIS – Skor & Cara Penilaian ialah komponen penting dalam sistem MyPerformance melalui (https://hrmis2.eghrmis.gov.my) yang digunakan untuk menilai tingkah laku dan profesionalisme penjawat awam melalui kaedah penilaian 360 darjah.
Melalui 15 item penilaian dan skala skor tertentu, Nilai Sepunya membantu memberikan gambaran menyeluruh tentang prestasi seseorang Pegawai Yang Dinilai (PYD).
Pengenalan Nilai Sepunya HRMIS
Nilai Sepunya ialah satu bentuk penilaian 360 darjah. Skor maksimum yang boleh dicapai oleh setiap penilai ialah 55 markah, manakala skor minimum ialah 11 markah.
Jumlah markah mentah (raw score) yang diperoleh oleh P3P akan ditukarkan kepada skor 1-10. Bagi tujuan intervensi atau program pembangunan PYD, skor akhir yang diperolehi berdasarkan hasil penilaian P3P akan dipaparkan dan dibandingkan dengan skor akhir penilaian kendiri.
Prosedur Nilai Sepunya HRMIS
Langkah 1 – PYD membuat penilaian kendiri (nilai diri sendiri) sehingga diperingkat selesai.
Langkah 2 – PYD membuat penilaian sebagai P3P kepada pegawai yang telah ditetapkan kepada beliau sehingga selesai.
Langkah 3 – Status selesai dinilai*.
*Penilaian yang telah dihantar adalah muktamad dan tidak boleh dipinda.
Carta Alir Proses

Item dan Skala Penilaian
Nilai Sepunya merangkumi lima belas (15) item penilaian yang menilai tingkah laku Pegawai Yang Dinilai (PYD). Setiap item dinilai menggunakan skala Likert dengan lima (5) pilihan jawapan yang mewakili markah 1 hingga 5.
Skala Penilaian:
Tidak Pernah (Never) – 1
Jarang-Jarang (Rarely) – 2
Kadang-Kadang (Sometimes / Seldom) – 3
Kerap (Very Often) – 4
Sangat Kerap (Always) – 6
Item Penilaian:
Memberi layanan yang sama rata kepada semua pihak
Bersedia mengakui kesilapan dan kesalahan diri
Berupaya untuk bekerjasama dengan individu lain supaya matlamat tugasan / organisasi tercapai
Menyampai atau berkongsi maklumat berkaitan tugasan yang terkini dalam pasukan / organisasi
Bersedia menerima nasihat, pandangan dan cadangan
Menghormati orang lain
Memahami perasaan dan keperluan orang lain
Mengguna waktu kerja dengan sebaiknya untuk menyelesaikan tugas
Tidak memilih kerja
Mampu mengawal emosi apabila berhadapan dengan keadaan sukar dan mendesa
Mengamalkan kod etika kerja yang ditetapkan oleh jabatan dalam tugasan
Tidak berada di tempat kerja tanpa kebenaran
Membuat gangguan berunsur seksual di tempat kerja
Menyalahgunakan kedudukan sebagai penjawat awam
Perilaku yang boleh menjatuhkan imej perkhidmatan awam

Kategori Pencapaian Prestasi
Markah KategoriImplikasi95 – 100%Melebihi Sasaran Secara Signifikan (ST)– Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi
– Diperaku pergerakan gaji tahunan85 – <95%Melebihi Sasaran Exceed Target (ET)– Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi
– Diperaku pergerakan gaji tahunan75 – <85%Menepati Sasaran On Target(OT)– Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi bagi markah prestasi 80% dan ke atas
– Diperaku pergerakan gaji tahunan<75%Tidak Menepati Sasaran (BT)– Diberi tempoh selama enam (6) bulan untuk penilaian pestasi khas sebelum ditamatkan perkhidmatan khas sebelum ditamatkan perkhidmatan bagi markah prestasi yang kurang daripada 70%
– Diperakukan untuk tiak diberi pergerakan gaji tahunan
Jumlah markah mentah (raw score) yang diperoleh melalui P3P akan ditukarkan kepada skor antara 1 hingga 10. Bagi tujuan intervensi atau program pembangunan PYD, skor akhir daripada penilaian P3P akan dipaparkan dan dibandingkan dengan skor akhir penilaian kendiri.
Tutorial Cara Isi Nilai Sepunya
Berikut adalah tutorial penuh tentang cara untuk mengisi nilai sepunya dalam HRMIS:
1. Cara Selenggara Jadual Nilai Sepunya – Sesi Khas

2. Selenggara P3P
3. Penilaian P3P

4. Semak Status Penilaian

Apabila Markah Rendah, Apa Yang Patut Anda Buat?
Jika hari ini anda rasa terlalu letih, kecewa, atau sedih selepas lihat markah Nilai Sepunya:
Berhenti sekejap. Log keluar dari HRMIS.
Tarik nafas perlahan-lahan.
Minum air atau berjalan seketika jauh dari skrin.
Jika ada seseorang yang anda percaya, luahkan.
Kalau tak mampu bercakap, tulis saja di nota telefon — itu pun sudah cukup untuk lepaskan beban dalam dada.
Yang paling penting:
Jangan pendam sehingga hati sendiri yang terbakar perlahan-lahan hanya kerana satu markah.
Nilai Sepunya boleh dibahas semula. Keputusan boleh disemak. Sistem boleh diperjuangkan untuk jadi lebih adil. Itu kerja jangka panjang.
Tetapi sementara menunggu sistem berubah, satu perkara yang perlu anda jaga adalah esihatan mental dan nilai diri anda.
Markah boleh turun naik setiap tahun. Tetapi nilai anda sebagai manusia, sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk masyarakat itu jauh lebih besar dan tidak pernah ditentukan oleh satu angka dalam sistem.
Soalan Lazim – Nilai Sepunya HRMIS
1. Saya telah selesai membuat penilaian terhadap semua tindakan di Dashboard Penilai → Nilai Sepunya tetapi status di Dashboard PYD masih menunjukkan ‘Dalam Penilaian’. Status penilaian dipaparkan di Dashboard PYD sebagai ‘Dalam Penilaian’ menunjukkan terdapat P3P yang masih belum selesai membuat penilaian terhadap PYD.
2. Bolehkah penilaian dibuat selepas tempoh penilaian tamat? Tidak boleh. Urus setia PPSM perlu mengemas kini tarikh akhir penilaian di Dashboard Pentadbir → Selenggara Jadual Penilaian Nilai Sepunya untuk memanjangkan tempoh penilaian.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Skor Kendiri dan Skor Maklum Balas? Skor Kendiri adalah skor akhir penilaian kendiri oleh PYD manakala Skor Maklum Balas adalah skor purata yang dinilai oleh P3P terhadap PYD.
4. Kenapakah status Nilai Sepunya bagi PYD di bawah seliaan saya pada Dashboard Penilai → Senarai Pegawai Yang Dinilai tidak menunjukkan skor Kendiri walaupun PYD tersebut telah selesai membuat penilaian kendiri? Skor bagi Nilai Sepunya PYD tidak dipaparkan kerana PP belum membuat penilaian kendiri.
5. Bolehkan seorang PYD mempunyai dua sesi tahunan pada tahun prestasi yang sama? Boleh, sekiranya PYD tersebut ditetapkan peranan sebagai P3P di agensi yang lain. Pegawai perlu membuat penilaian terhadap semua tindakan yang disenaraikan mengikut sesi penilaian pada tahun prestasi yang sama.
6. Apakah yang perlu dibuat oleh pegawai sekiranya tidak mengenali PYD yang telah ditetapkan untuk dibuat penilaian? Pegawai boleh memaklumkan kepada pentadbir di agensi masing-masing untuk pindaan P3P di Menu Selenggara P3P.
7. Terdapat pegawai yang langsung tidak dapat menilai pegawai atasan/pegawai setara/pegawai
bawahan. Ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan segelintir kakitangan di jabatan yang beranggapan sistem ‘TIDAK ADIL’ kerana mereka tidak mendapat peranan untuk
membuat penilaian di kalangan pegawai atasan/pegawai setara/pegawai bawahan. 1) Sistem secara automatik menetapkan sekurang-kurangnya tiga orang P3P sama ada pegawai lebih tinggi, setara atau lebih rendah yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD dan daripada unit organisasi yang sama. Penetapan P3P oleh sistem adalah bergantung kepada struktur organisasi agensi seperti yang ditetapkan di Modul Data Perjawatan.
2) Sekiranya agensi memutuskan untuk menetapkan P3P lebih daripada jumlah yang ditetapkan oleh sistem, pentadbir boleh menambah pegawai di fungsi Selenggara
8. Di fungsi Status Pemantauan Nilai Sepunya, mengapa paparan pegawai tiada PRS3? 1) Pegawai tiada PRS3 kerana P3P yang telah ditetapkan sebagai PRS3 oleh sistem telah diputus sandang di dalam HRMIS.
2) Selain di fungsi Pemantauan Status Penilaian Nilai Sepunya, pentadbir boleh menyemak dan mengemas kini senarai P3P bagi PYD di fungsi Pemantauan Selenggara P3P.
9. Kenapa saya tidak boleh tambah P3P kerana butang tambah tidak aktif? Butang Tambah tidak aktif kerana status penilaian bagi PYD tersebut ialah Dalam Penilaian yang bermaksud salah seorang P3P sedang/ selesai membuat penilaian. Pentadbir boleh menyemak status penilaian bagi PYD di Dashboard Pentadbir → Pemantauan Nilai Sepunya → Status Penilaian Nilai Sepunya.
10. Mohon penjelasan berkenaan kaedah skor kendiri dan skor maklum balas untuk tujuan pemahaman skor yang diterima dan kaitan dengan urusan prestasi Sebagai mekanisme kawalan, kaedah penskoran bagi penilaian nilai sepunya tidak didedahkan kepada umum. Nilai Sepunya merupakan salah satu elemen prestasi yang dinilai dalam MyPerformance yang menyumbang kepada penilaian urusan prestasi.
Baca juga:
HRMIS 2.0 – Login Kali Pertama & MyHRMIS Mobile App
MyDigital ID HRMIS – Login & Soalan Lazim (FAQ)
myPortfolio HRMIS : Panduan Pengisian Data & Tutorial Video
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/nilai-sepunya-hrmis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nilai-sepunya-hrmis