Nikmati Stik Premium Mampu Milik Dan Pengalaman Makan Di Cawangan Baharu Ny Steak Shack Setapak Central


Rasai kelazatan menu stik, burger, shake dan banyak lagi di NY Steak Shack untuk pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan, diinspirasikan gaya hidup urban kota New York. Buat 50 pelanggan yang terawal, anda bakal mendapatkan tawaran percuma dari Restoran NY Steak Shack Setapak Central



Jenama tempatan NY Steak Shack mengumumkan pembukaan cawangan terbaharunya di pusat beli-belah Setapak Central, menawarkan lebih banyak peluang buat rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai menu yang menampilkan stik sizzling, burger dan shake yang lazat. Ini merupakan cawangan ketiga sejak pembukaan pertamanya di IOI City Mall Putrajaya pada 2014 dan yang kedua di AEON Mall Shah Alam pada 2016, di mana kedua-dua cawangan telah mendapat pengiktirafan persijilan Halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Berpegangkan visinya untuk menawarkan stik dengan harga berpatutan dan lazat buat rakyat Malaysia dalam suasana yang selesa, NY Steak Shack mengambil inspirasi dari bandar New York City (NYC) yang popular dengan pengalaman menjamu selera yang pantas dan kasual; sebuah kelaziman di kota itu.  Ia bertujuan untuk menghidupkan rasa dan suasana NYC dalam hidangan dan persekitaran yang ditawarkan. Usaha ini terbukti membuahkan hasil apabila NY Steak Shack berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, selama bertahun-tahun tidak mengira peringkat umur. 


Pembukaan cawangan Setapak Central melakar sebuah lagi pencapaian dalam sejarah perkembangan jenama tersebut, sekaligus mengukuhkan komitmennya untuk menyajikan hidangan berkualiti buat pelanggannya yang dihargai. “Kami teruja untuk meluaskan operasi di Lembah Klang dengan cawangan baharu di Setapak Central, di mana kami boleh terus menawarkan rakyat Malaysia pengalaman kedai stik yang tidak dapat dilupakan pada harga berpatutan seperti yang kami tawarkan di dua cawangan kami yang lain,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, syarikat induk NY Steak Shack



Cawangan Setapak Central NY Steak Shack berkeluasan 2,170 kaki persegi, menyediakan tempat duduk yang mencukupi untuk pelanggan menikmati hidangan kami dengan selesa. Restoran ini mencerminkan konsep moden yang diberikan nafas baharu dengan rekaan dalaman dan hiasannya, mengambil inspirasi daripada kemeriahan bandar New York City. Suasana yang mengalu-alukan menjadikannya destinasi yang ideal untuk sesi ‘lepak’ santai, meluangkan masa bersama keluarga, dan menyambut hari istimewa

Crispy Chicken Burger with Lemak Chili Api Sauce (handheld)

Di sini, pelanggan boleh menikmati sensasi popular NY Steak Shack yang hangat dipanggang dengan sempurna, seperti Sizzling Ribeye, Sizzling NY Striploin, Sizzling Southwest Chicken dan Sizzling Australian Lamb Leg, setiap satu dihidangkan dengan pilihan dua hidangan sampingan dan sos. Tetapi hidangan di NY Steak Shack tidak sempurna tanpa hidangan pemula seperti Trio App, yang menampilkan pembuka selera yang paling popular iaitu daging ‘tender’ ayam, bebola daging lembu, cendawan dan bawang yang dihidangkan dengan Cajun honey mustard dan sos bistro yang dibuat sendiri. Manakala penggemar burger pasti ingin mencuba Smokehouse Burger, kepingan daging lembu panggang 110gm yang disempurnakan dengan keju cheddar dan daging lembu tumis, bawang karamel dan kepingan cili dihidang bersama kentang goreng. 
Crispy Chicken Burger with Lemak Chili Api Sauce (Sizzling)

Apa yang membezakan pengalaman menjamu selera yang unik ini ialah burger ini boleh dipesan dengan gaya klasik atau gaya sizzling. Sementara itu, peminat pasta pula boleh menikmati Creamy Salsa Pasta atau Seafood Olio Pasta yang menjadi kegemaran klasik. Bukan peminat daging? Anda boleh memesan Seafood Platter yang menampilkan gabungan ikan, udang dan sotong calamari yang dihidangkan bersama salad, kentang goreng dan sos tartar. Jangan lupa untuk memadankan hidangan anda dengan pelbagai jenis shake NY Steak Shack yang pekat dan lazat dengan pelbagai pilihan perisa - Karamel, Mentega Kacang, Pisang, Oreo, Strawberi, Vanila, Coklat dan Red Velvet

Sizzling Lemak Chili Api with Rice

Apa yang membuatkan hidangan di NY Steak Shack lebih mengujakan ialah harganya yang berpatutan! Harga bermula daripada RM49.90 untuk 200gm stik, RM23.90 untuk hidangan ayam, RM31.90 untuk burger, RM25.90 untuk pasta, dan RM15.90 untuk shake. Anda juga boleh menyertai keahlian NY Steak Shack Bite & Bites secara percuma untuk mendapatkan mata setiap kali anda menjamu selera di sana dan nikmati hidangan istimewa sebagai ganjaran

Sizzling Spicy Salsa Pasta Chicken
 Sempena pembukaan cawangan baharu NY Steak Shack di Setapak Central, 50 pelanggan pertama berpeluang menikmati hidangan istimewa iaitu Loaded Black Pepper Chicken Rice, yang bernilai RM21.90 secara percuma. Promosi ini khas untuk setiap pesanan air minuman yang dibuat (Tertakluk kepada Terma & Syarat). Hidangan ini menampilkan ayam salai berisi lembut dan dipotong kecil-kecil, dicurah dengan sos lada hitam popular NY Steak Shack dan dihidang di atas nasi labu yang lembut - hidangan yang wajib dicuba

Sizzling Spicy Salsa Ribeye

Selain itu, jika anda berminat untuk menceburi bisnes makanan, NY Steak Shack menjemput pengusaha restoran yang baru menapak naik untuk meneroka program francaisnya. Terbuka kepada usahawan yang berdedikasi dan bersemangat, bakal pemegang francais boleh memanfaatkan reputasi jenama NY Steak Shack® yang kukuh, model perniagaan yang terbukti berkesan, dan sistem sokongan yang komprehensif. Selain itu, bakal pemegang francais akan turut memegang komitment jenama ini untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan makanan berkualiti. Untuk maklumat lanjut, layari nysteakshack.com/franchise atau e-mel [email protected]




Kunjungi cawangan terbaharu NY Steak Shack di Setapak Central Mall untuk menikmati stik yang lazat pada harga berpatutan, disajikan dengan servis yang hebat dan suasana yang mesra! Ikuti perkembangan terkini tentang tawaran terbaharu, promosi dan banyak lagi di laman web rasmi NY Steak Shack di www.nysteakshack.com atau akaun Instagram @nysteakshack
 #nysteakshack #NYSS








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/08/nikmati-stik-premium-mampu-milik-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Ah Mat Cafe Ipoh Milik Anak Allahyarham Mamat Khalid

Makan Di Ah Mat Cafe Ipoh Milik Anak Allahyarham Mamat Khalid

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 326 hits
Assalamualaikum WBTBARU nak syok cuti cuti dah kena masuk pejabat hari ini Apa nak buat bukan banyak pun cuti tahun yang ada Nak kena jimat jimat manalah tahu nanti nak pergi obesi ke kan kena ambil cuti lama pulak hahahaha berangan Tu tak ...
Kyut Skin Pelancaran Jenama Penjagaan Kulit Lokal Mampu Milik

Kyut Skin Pelancaran Jenama Penjagaan Kulit Lokal Mampu Milik

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 302 hits
Tahniah Kyut Skin jenama penjagaan kulit lokal yang simple dan mudah untuk diingat Produk penjagaan kulit milik Fabulove Sisters Empire ini meraikan kemunculannya ke dalam industri kecantikan didalam sebuah majlis pelancaran memperkenalkan ...
Nikmati Rasa Baharu Kitkat Salted Caramel Cookies Edisi Terhad

Nikmati Rasa Baharu Kitkat Salted Caramel Cookies Edisi Terhad

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 238 hits
Nikmati Rasa Baharu KitKat Salted Caramel Cookies Edisi Terhad Assalamualaikum semua Sebut je KitKat semua orang mesti suka kan Sis pun salah seorang penggemar KitKat juga tau Ok untuk entri kali ni sis nak share dengan uols mengenai KitKat...
Umno Akan Makan Kawan Bila Semakin Berkuasa Tuan Ibrahim Beri Amaran

Umno Akan Makan Kawan Bila Semakin Berkuasa Tuan Ibrahim Beri Amaran

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 181 hits
freemalaysiatoday com 01 Aug 2023Timbalan presiden PAS itu berkata partinya membantu Umno bangkit selepas tewas dalam PRU14 lalu Tuan Ibrahim Tuan Man berucap dalam ceramah di Lenggeng Negeri Sembilan malam tadi PETALING JAYA Timbalan Presi...
Wanita Maut Makan Ketum Keluarga Terima Pampasan Rm50 Juta

Wanita Maut Makan Ketum Keluarga Terima Pampasan Rm50 Juta

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 225 hits
KETUM sering digunakan oleh orang ramai untuk mengurangkan kesakitan kemurungan dan ketagihan opioid AFP Pengeluar ketum diarah bayar ganti rugi RM50 juta Talavera mengambil produk makanan tambahan keluaran The Kratom Distro yang membawa ke...
Belum Berkuasa Pun Pas Sudah Makan Kawan Tuan Ibrahim Elok Cermin Diri Sendiri

Belum Berkuasa Pun Pas Sudah Makan Kawan Tuan Ibrahim Elok Cermin Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 179 hits
Sedang Muafakat Nasional elok berfungsi dan umat Melayu Islam bersatu dibawah naungan Muafakat Nasional tiba tiba Parti PAS membuat hubungan sulit kayu tiga bersama Parti BERSATU yang diremote oleh Tun Mahathir Pantang Mahathir melihat umat...
Buah Donut Peach Viral Tetapi Tak Semua Orang Boleh Makan

Buah Donut Peach Viral Tetapi Tak Semua Orang Boleh Makan

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 251 hits
Buah Donut Peach Viral Tetapi Tak Semua Orang Boleh Makan Begitulah buah peach donut yang sedang viral di sosial media sekarang Mulanya buah ni dikenali di platform tiktok dan sehingga sekarang orang masih lagi teringin untuk merasa buah do...
Hiburan Buat Lagu Pun Makan Diri Lagu Hoi Hoi Ya Hoi Dinyanyikan Parti Lain Altimet Tak Terasa Disindir

Hiburan Buat Lagu Pun Makan Diri Lagu Hoi Hoi Ya Hoi Dinyanyikan Parti Lain Altimet Tak Terasa Disindir

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 291 hits
Komposer dan penyanyi rap Altimet menganggap perbuatan ahli parti Perikatan Nasional yang menyanyikan lagu Hoi Hoi Ya Hoi ditujukan kepadanya ketika hari penamaan calon tempoh hari adalah satu banter politik normal dan dia tidak pernah meng...
Makan Asam Pedas Ikan Patin Dan Mayong Di Kedai Asam Pedas Ibu Batu Pahat Johor

Makan Asam Pedas Ikan Patin Dan Mayong Di Kedai Asam Pedas Ibu Batu Pahat Johor

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 242 hits
Makan Asam Pedas Ikan Patin Dan Mayong di Kedai Asam Pedas Ibu Batu Pahat Johor Ini kisah sehari sebelum raya Aidiladha Makan lunch dulu sebelum pulang ke kampung halaman Tak nak susahkan nenek Masak bebanyak kami makan luo lah dulu Senang ...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel