Wanita Maut Makan Ketum Keluarga Terima Pampasan Rm50 Juta
KETUM sering digunakan oleh orang ramai untuk mengurangkan kesakitan, kemurungan dan ketagihan opioid. - AFP
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Pengeluar ketum diarah bayar ganti rugi RM50 juta
Talavera mengambil produk makanan tambahan keluaran The Kratom Distro yang membawa kepada kematiannya pada 2021. (Foto ©The Kratom Distroh)
BOYNTON BEACH, FLORIDA – Keluarga seorang wanita di negeri Florida yang meninggal dunia selepas mengambil makanan tambahan diperbuat daripada daun ketum dianugerahkan pampasan berjumlah AS$11 juta (RM50 juta) dalam saman ke atas pengeluar produk tersebut, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Krystal Talavera, 39, yang merupakan seorang jururawat, meninggal dunia pada 20 Jun 2021 selepas dia pengsan secara tiba-tiba di rumahnya di Boynton Beach, demikian menurut perbicaraan di mahkamah. (Foto ©nypost.com)
Suaminya, Biaggio Vultaggio menemui Talavera terbaring dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah mereka, bersebelahan cawan kopi mengandungi makanan tambahan keluaran syarikat The Kratom Distro, Space Dust. (Foto ©nypost.com)
Produk tersebut diperbuat daripada daun ketum dan tidak menerima kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).
Talavera dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat ‘mabuk mitragynine akut’, yang disebabkan oleh daun ketum, demikian menurut Pejabat Koroner Daerah Palm Beach.
“Pampasan bernilai AS$11 juta (RM50 juta) ini perlu menjadi peringatan kepada industri ketum mengenai bahan berbahaya dan tidak terkawal ini,” kata peguam keluarga Talavera, Tamara Williams.
Anak sulung mendiang, Devin Filippelli, 21, yang memfailkan saman ke atas The Kratom Distro dan pengedarnya, Grow LLC, mendakwa makanan tambahan ibunya menghasilkan kesan menyerupai opioid yang menyebabkan kegagalan pernafasan. – Agensi
Keluarga seorang wanita dari Florida yang meninggal dunia akibat makan ketum pada 2021, dibayar pampasan lebih AS$11 juta (RM50 juta) daripada pengedar ekstrak herba Asia Tenggara.
Ekstrak herba itu dikatakan mempunyai kesan seakan opioid pada otak.
Lapor The Guardian, hakim mahkamah Persekutuan di West Palm Beach, Donald Middlebrooks memerintahkan syarikat Kratom Distro membayar ganti rugi kepada empat orang anak Krystal Talavera dan harta pusakanya.
“Sudah tentu, tiada nilai wang yang dapat menampung kesakitan dan penderitaan dialami oleh anak-anak mangsa disebabkan kematian ibu mereka.
“Bagaimanapun, undang-undang menegaskan bahawa defenden harus membayar sesuatu meskipun ia tidak mencukupi,” katanya dalam rekod mahkamah.
Dalam pada itu, anak sulung Krystal, Devin Filipelli menerusi kenyataan berharap agar keputusan mahkamah itu akan menekankan `bahaya ketum’ kepada orang ramai.
“Saya bersyukur dengan keputusan mahkamah, namun tiada nilai wang yang mampu membawa ibu saya kembali atau menghilangkan rasa derita kami,” katanya.
Pada 2016, Agensi Penguatkuasaan Dadah AS mengenakan sekatan ketat ke atas ketum.
Menurut pakar, ketum yang dihasilkan daripada daun pokok malar dan sering digunakan oleh orang ramai untuk mengurangkan kesakitan, kemurungan dan ketagihan opioid.
Dilaporkan, rakan-rakan mangsa memperkenalkan ketum kepada Krystal beberapa tahun lalu sebelum kematiannya.
Menurut ahli keluarganya, Krystal menganggap ketum itu sebagai makanan tambahan semulajadi yang selamat dan mengambilnya selepas membeli secara dalam talian dari Distro Kratom.
Krystal ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu kediamannya pada 20 Jun 2021.
SOURCE:
KOSMO
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beritaup2date.blogspot.com/2023/07/wanita-maut-makan-ketum-keluarga-terima.html