Nikmati Rasa Baharu Kitkat Salted Caramel Cookies Edisi Terhad


Nikmati Rasa Baharu KitKat® Salted Caramel Cookies Edisi Terhad | Assalamualaikum semua.. Sebut je KitKat® semua orang mesti suka kan. Sis pun salah seorang penggemar KitKat® juga tau. Ok, untuk entri kali ni sis nak share dengan uols mengenai KitKat® di mana baru-baru ini Nestlé’ KitKat® telah melancarkan KitKat® Salted Caramel Cookies edisi terhad yang serba baharu. By the way, korang dah cuba ke belum?? 

Sis rasa sungguh bertuah bila dapat menjadi antara yang terawal untuk menikmati rasa KitKat® Salted Caramel Cookies ni semasa pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies pada 10  Ogos 2023 di IOI City Mall, Putrajaya. Dari segi rupa masih sama tapi dari segi rasa dan tekstur memang berbeza di mana kita dapat nikmati pengalaman coklat baharu yang merangsang deria. KitKat® Salted Caramel Cookies menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.

Agak-agak korang la kan macam mana Nestlé’ KitKat® boleh tercetus idea nak gabungkan rasa coklat susu dan cebisan biskut karamel masin?? Ahaa, mesti la mereka dah buat survey dulu kan. Trend makanan di seluruh dunia semakin berubah seiring perubahan cita rasa pengguna untuk terus mencari cara baharu dalam menikmati keseronokan hidup dengan sepenuhnya. Pengguna telah menunjukkan minat yang khusus terhadap penggunaan biskut dan juga perisa karamel di dalam pelbagai produk konfeksi – dengan kedua-duanya disenaraikan antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik. 

Di samping itu, menurut kajian yang dijalankan di Asia Pasifik, 70% daripada pengguna ingin menikmati coklat serba baharu dan menarik manakala lebih daripada 60% mengimpikan coklat dengan aneka tekstur dan perisa. Selain rasa dan kenikmatan, tekstur yang rangup merupakan pengalaman yang paling diidamkan pengguna ketika menikmati coklat kegemaran mereka. 
“Inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z menjadi asas dalam rekaan produk KitKat® yang terbaharu kami. Pastinya Generasi Z adalah golongan yang senantiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Dengan itu, KitKat® telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri. Edisi terhad KitKat® Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi!”  
“Selari dengan aspirasi KitKat® iaitu  “Have a Break, Have a KitKat® (Berehat sebentar, Bersama KitKat®), kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing. Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat® Salted Caramel Cookies serba baharu – teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. Keranggupan daripada cebisan biskut yang disaluti coklat susu lazat pasti menambat selera semua penggemar coklat,”
 ~ Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé ~

Semasa pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat® Salted Caramel Cookies menerusi bengkel meghias manisan. Bukan tu je, sis pun sempat menunjukkan bakat untuk pertandingan menghias manisan iaitu muffin. Fuhhh.. Bila seketul dikbee yang tak pernah mendeco muffin or kek masuk contest mendeco muffin... harus la tak menang kannnn. Walaupun tah hape2 rupa dia but no worries, sis tetap enjoy yeee. Seronok jugak join aktiviti macam ni


“Sememangnya semua orang boleh menikmati KitKat® begitu sahaja atau mencipta resipi kreatif daripadanya; dan inilah cara terbaik untuk berehat sebentar sambil bersantai menikmati sajian coklat yang sungguh lazat!”~ Jun Chong daripada JUNANDUS ~

Oh ya, sempena pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari diadakan di IOI City Mall di Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023. Buat korang yang ada jalan-jalan ke IOI City Mall, meh la singgah ke KitKat® Salted Caramel Cookies Roadshow dan boleh la dapatkan KitKat® Salted Caramel Cookies dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal 4 Jejari dan 2 Jejari 5 Multipack. 
Untuk maklumat lanjut, sila layari :Website : https://www.nestle.com.my/brands/confectioneryFacebook : https://www.facebook.com/KitKatMalaysia Instagram : www.instagram.com/KitKatMalaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2023/08/nikmati-rasa-baharu-kitkat-salted.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trend Setting Crunchy Adventure In The All New Kitkat Salted Caramel Cookies

Trend Setting Crunchy Adventure In The All New Kitkat Salted Caramel Cookies

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 684 hits
Nestl s KitKat unveils its latest limited edition KitKat Salted Caramel Cookies a fusion of flavours and unexpected texture to take consumers on a new multi sensorial chocolatey indulgence journey Featuring a delightful combination of KitKa...
Koleksi Barangan Edisi Terhad Blackpink Starbucks Khas Buat Peminat

Koleksi Barangan Edisi Terhad Blackpink Starbucks Khas Buat Peminat

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 355 hits
Kerjasama yang dinanti nantikan untuk rantau Asia Pasifik itu akan mengeluarkan serangkai tawaran menarik daripada minuman Frappuccino yang ikonik sehinggalah barangan edisi terhad yang diinspirasikan oleh gaya BLACKPINK yang ceria dan bera...
Pelancaran Super Klasik Baharu Kopi Hitam Segera Khas Untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia

Pelancaran Super Klasik Baharu Kopi Hitam Segera Khas Untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 647 hits
Pelancaran SUPER Klasik Baharu Kopi Hitam Segera Khas untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia Assalamualaikum semua Pernah try tak minum kopi jenama SUPER Kalau belum serius korang kena pergi try tau sebab sis suka kopi diorang especially yang 3 in...
Nikmati Stik Premium Mampu Milik Dan Pengalaman Makan Di Cawangan Baharu Ny Steak Shack Setapak Central

Nikmati Stik Premium Mampu Milik Dan Pengalaman Makan Di Cawangan Baharu Ny Steak Shack Setapak Central

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 374 hits
Rasai kelazatan menu stik burger shake dan banyak lagi di NY Steak Shack untuk pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan diinspirasikan gaya hidup urban kota New York Buat 50 pelanggan yang terawal anda bakal mendapatkan tawaran ...
Calon Muka Baharu Parti Amanah Berjaya Mengalahkan Mantan Menteri Di Dun Batu Tiga

Calon Muka Baharu Parti Amanah Berjaya Mengalahkan Mantan Menteri Di Dun Batu Tiga

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 344 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myDANIAL Al Rashid memenangi kerusi DUN Batu Tiga FOTO Aziah AzmeeShah Alam Bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun tewas kepada calon Pakatan Harapan Danial Al Rashid Ha...
Bandar Baharu Kinabatangan Akan Jadi Realiti

Bandar Baharu Kinabatangan Akan Jadi Realiti

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 299 hits
Kinabatangan sememangnya kaya dengan keunikan dan keistimewaan tersendiri terutama dalam aspek eko pelancongan yang menyajikan keindahan panorama alam semula jadi Foto BERNAMA Rakyat Kinabatangan mahu usaha tingkat kualiti hidup diberi keut...
Ph Bn Kedah Usahakan Ree Hasil Baharu Negeri

Ph Bn Kedah Usahakan Ree Hasil Baharu Negeri

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 269 hits
Gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional di Kedah berjanji untuk menghentikan kecurian unsur nadir bumi sekiranya berjaya membentuk kerajaan di negeri itu pada 12 Ogos depan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ketua Setiausaha A...
Mahfuz Kejar 3 Kerusi Lagi Tubuh Kerajaan Baharu Kedah

Mahfuz Kejar 3 Kerusi Lagi Tubuh Kerajaan Baharu Kedah

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 237 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan Barisan Nasional yakin mampu menang tiga kerusi dengan margin kecil sebagai tambahan kepada 16 kerusi bagi mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan Kedah pada PRN 12 Ogos Pengerusi PH Kedah Mahfu...
Scammer Alaf Baharu

Scammer Alaf Baharu

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 267 hits
Scammer terhormat alaf baru yang diagung agung disanjungi dan tidak salah secara zahir oleh pihak berkuasa Sifu Business Coach Paling famous sekarang ialah kelas Business Coaching Marketing How To Reach RM1juta Pertama Ni semua kelas paling...
Kenapa Mustahil Untuk Manusia Pergi Ke Bintang Lain

It S 1mdb All Over Again With Fifa Sanctions

Rightist Don Grilled For Telling Urban Parents Kids Should Master Bahasa Melayu First Before English

Arts And Craft Are Food For The Soul Says Tunku Azizah

Ultimate Healthy Breakfast Bars For Weight Loss Recipe Low Calorie

Harsh Scolding Was Considered A Normal Part Of Hostel Life

Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

Blogger Terkenal Perlu Amalkan Blog Walking Kenalkan Blog


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Bamboo Sungai Klah

Lirik Lagu Esok Fahimi Firdaus Rahmat

Going Going Gone A Look Back At Our Favorite Auction Bikes

Lelaki Tidak Bercerita Cabaran Di Sebalik Tabir 3 Hajat

Iskandar Mahu Revolusi Fizikal Pemain Perseorangan Wanita Negara

Bab 10 Oktober 2025