Nikmati Keenakan Rasa Coffee The Townhall Cafe Kampung Sijangkang
Salam to all readers,
| Nikmati Keenakan Coffee the Townhall Cafe, Kampung Sijangkang | Sekarang kalau peratikan ramai gila orang buka cafe, booths jual coffee. Seperti cendawan tumbuh je buka bisnes coffee, baik di KL, area Selangor pun sama naik. Baru 4 bulan tak balik, macam-macam cafe ada dekat tempat aku ini. Lepas diumumkan boleh rentas, aku aim nak balik kampung aja. Mujurlah KL balik ke Selangor tak jauh mana.
Nak pergi hiking orang tengah ramai so baik balik rumah jumpa keluarga. Dah redha chills baru mendaki balik. Aku tak berani lagi balik naik bas, mujur adik aku dah pandai drive so sekarang dia tengah gian bawa kereta, pantang mak aku suruh pergi kedai laju je nak mencapai kunci kereta, walhal kedai takdelah jauh mana boleh je jalan kaki. Alasan nak bawa kereta ada je. Nanti dah bosan bawa takde maknanya nak dibawanya lagi.
Sekarang kampung aku banyak gila orang berniaga air coffee, kalau dulu orang duduk beratur beli air boba, sekarang orang Malaysia tengah gian minum air coffee. Sekarang tengah viral lagi, jenuhlah beratur nak menunggu. So aku singgah cafe yang orang belum familiar lagi. Iaitu Townhall Cafe, ianya terletak di Kampung Sijangkang, Batu 8. Aku pergi dengan anak pak Itam aku. Siapa lagi aku nak angkut pergi kalau tak depa kan? Ada je plan setiap kali aku balik Selangor ini.
Townhall Cafe ini terletak di jalan kampung, betul-betul berhadapan dengan masjid. Ia dibina kawasan tanah lapang. Banyaklah ruang parking kalau datang naik kenderaan. Mostly yang buka cafe di kampung ini asal memang orang sini juga biasanya. Bila hidup dah stabil, memang ada cita-cita nak berbisnes buka cafe ada baiknya berbakti pada kampung sendiri
Cafe ini dari rumah aku lebih kurang 15 minit sahaja kalau naik kereta. Mujur time aku sampai orang tak ramai lagi. Cafe ini bukan sahaja menjual air coffee semata-mata tapi turut menjual makanan western. So, memalam memang meriahlah cafe ini.
Hampir 2 jam jugalah dekat cafe ini sementara menunggu makanan siap untuk takeaway. Ruang cafe memang nampak stylist so ada je orang datang sini buat birthday party, hangout dengan kawang-kawan, surprise yang tersayang pun not bad. Disebabkan aim aku datang sini nak try dia punya coffee sahaja, so aku ambil hidangan air yang recommended dari cafe ini sendiri.
Inilah coffee yang recommended iaitu Townhall Chiquita dan juga Mocha Frappe. Aku punya Townhall Chiqutta, rasanya boleh tahan sedap tak terlalu manis. Compare dengan air starbuck Townhall Chiqutta ini lagi sedap pula rasanya. Lemak berkrim memang cukup. 1 cup hanya RM8.90 sahaja. Adik aku kata Mocha Frappe nya pun boleh tahan sedap, so both memang betul-betul boleh recommended dengan korang semua kalau datang sini nak merasa. Berbaloilah hanya berbelanja kurang dari RM10 korang dapat menikmati coffee yang sedap
Suasana cafe ketika hujung minggu waktu petang. Kot-kot ada yang datang beriadah di Kampung Sijangkang, bolehlah singgah Townhall Cafe ini untuk menikmati coffee. Selain coffee, korang juga boleh menikmati hidangan western seperti Arrabiata Pasta, Arrabiata Rice, Grill Lamb, Grill Chicken, Creamy Pasta Grill Chicken, Creamy Pasta Grill Lamb, Neopolitana Meatball Pasta, Liguine Gamberi (prawn), lamb box Set dan macam-macam lagi.
Range harga makanan western dekat sini start dari RM15.90 sehinggalah RM49.90. Yang hidangan RM40 ke atas mostly yang set hidangan per box. Potion dia mesti banyak punya. So, kalau rasa nak ubah selera nak menikmati hidangan western boleh try dekat sini juga.
Kalau korang malas nak walk in boleh je order through online. Boleh refer gambar dibawah untuk makluman lanjut. Pada mereka yang bercuti ke Selangor, pergilah serbu Townhall Cafe ini kalau nak rasa coffee
Selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/09/nikmati-keenakan-rasa-coffee-townhall.html