Nikmati Aik Cheong Coffee Family Styled Box It S Sixpack
assalamualaikum dan hello lads! lama tidak bersiaran, kalini nak share mengenai air kegemaran aku dari dahulu. kalau masa zaman kolej, aku sangat suka dengan minum Aik Cheong perasa Matcha. tak minum sehari tidak sah, memang sedap! tapi siapa sangka. kalini ada keluaran terbaharu dari Aik Cheong. kali ini berkonsepkan Family-Styled Box yang dinamakan sebagai IT's SIXPACK. mari kita tengok lebih lanjut apa yang menarik dengan produk terbaru ini.
LATAR BELAKANG SYARIKAT AIK CHEONG
Jenama kopi Malaysia terkemuka “Aik Cheong Coffee” memulakan perjalanan pada tahun 1955 dengan penuh komited dan usaha yang kuat dalam mempromosi reputasi yang cemerlang, berkualiti serta sentiasa mempertingkatkan dan memenuhi tahap kepuasan pelanggan daripada generasi ke generasi. Rangkaian produk kopi segera Aik Cheong seperti Kopi O, White Coffee, Teh Tarik, Hot Chocolate dan lain-lain selalu menjadi pilihan kegemaran rakyat tempatan. Pengasasnya telah menurunkan resipi rahsia dan falsafah jenama kepada warisnya sejak 60 tahun lalu. Kegigihan mereka bersama orang kampung Indonesia untuk memastikan penggunaan biji kopi yang tulen menjadikan produk popular di pasaran asia tenggara serta mendapatkan sokongan berterusan daripada pelanggan yang setia malahan pelanggan baru di peringkat Antarabangsa.
Dua tiga tahun kebelakangan ini, Aik Cheong Coffee telah memberi fokus kepada perkembangan dan perubahan semasa dengan menghasilkan produk terkini dan lebih berinovasi seperti produk yang telah berjaya mencipta satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali “IT’S more than just”. Produk ini dilancarkan pada tahun 2019 di mana produk tersebut telah mencatatkan rekod penjualan yang memberangsangkan dengan lebih 1 juta cawan berjaya dijual pada tahun tersebut.
Mommy is happy because Mommy likes Aik Cheong
Ingin minuman yang mudah dan serta merta tetapi bosan dengan perisa yang sama? Berilah ganjaran kepada diri anda dengan minuman “pick-me-up” dari rumusan terbaru Aik Cheong - IT’s oleh Aik Cheong Coffee. IT’S oleh Aik Cheong dibungkus dalam cawan yang mudah alih supaya anda dapat meningkatkan produktiviti anda serta mencapai persembahan yang lebih besar. Tahukah anda apa berita yang terbaik? IT’S oleh Aik Cheong adalah lebih daripada sekadar cawan mudah alih yang berwarna terang—IT’s direka untuk menceriakan diri anda sepanjang hari!
IT'S GranolaAik Cheong Coffee sentiasa bekerja keras untuk memenuhi permintaan pelanggan dan penghasilan produk yang berkualiti dan berbaloi. Pada tahun 2020, satu produk baru telah dilancarkan iaitu IT’S Granola dengan mengetengahkan slogan “you oat to try” produk makanan kesihatan. Produk tersebut mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti “oatmeal, chia seeds, coconut sugar dan canola oil”. IT’S Granola mempunyai dua citarasa yang berbeza iaitu campuran berries serta campuran buah-buahan dan kekacang dalam cawan yang akan memudahkan para pelanggan untuk bawa dan menikmati pada bila-bila dan dimana-mana sahaja.
belah kiri warna purple tu adalah Mixed Berries. Belah kanan warna kuning pula adalah campuran buah-buahan dan kacang
IT'S SIXPACKTambahan pula, Aik Cheong Coffee akan melancarkan satu lagi produk “IT’S Series” iaitu IT’S SIXPACK berkonsepkan “Family-Styled Boxed” dimana masih mengekalkan konsep nikmati kopi sebenar di rumah. Bagi siri baru “IT’S SIXPACK” menampilkan empat citarasa iaitu IT'S White Coffee Salted Gula Melaka, IT'S Chocolate Marshmallow, IT'S Cappuccino Choco Topping and IT'S Teh Tarik Gula Melaka. Setiap kotak mengandungi untuk 6 orang hidangan minuman dan didalamnya juga terdapat nombor pada setiap bungkusan untuk dijadikan rujukan untuk langkah-langkah menghasilkan minuman yang sempurna dan memenuhi citarasa tersendiri para pelanggan.
IT'S White Coffee Salted Gula MelakaApa lagi yang lebih menarik adalah produk minuman “IT'S White Coffee Salted Gula Melaka” dimana “Aik Cheong Original White Coffee” telah dicampur dengan Salted Gula Melaka bagi memberi rasa yang berbeza dan memperkayakan Gula Melaka. Tambahan pula, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat dimana “index glycemic” yang rendah serta kaya dalam vitamin dan mineral. Aik Cheong Coffee memberi jaminan terhadap kualiti pembungkusan dan kenikmatan kopi untuk para pelanggan. Produk ITS Series kini boleh didapati di platform online dan juga supermarket terpilih di seluruh Malaysia. Nikmati minuman yang kualiti dijamin dan aroma yang menarik pada bila-bila masa dan dimana jua.
semua ni boleh didapati di
i. Online store : Shopee, Lazada
ii. Offline store : Aeon Big, Giant, Mydin
di dalam kotak ini mengandungi 6 sachets White Coffee Salted Gula Melaka Premix + 6 sticks Freeze Dried Coffee
IT'S Teh Tarik Gula Melaka - IT'S Lepak Time
Terdapat 6 sachets Teh Tarik Gula Melaka Premix + 6 paket Nata De Coco
apa yang membuatkan kotak IT'S Teh Tarik Gula Melaka ini menarik adalah ia digabungkan bersama Nata de Coco! aku sendiri tak pernah terfikir untuk membuat kombinasi antara dua ini. ternyata rasanya memang sedap dan sangat berbeza dari apa selama ini aku cuba. kalau kalian sukakan variety, yang ini patut kalian rasa
IT'S Cappucino Choco Topping - IT'S Tea Time
6 Sachets Cappuchino Premix + 6 Sticks Choco Topping + 12 Sticks Brown Sugar
Minuman IT'S Cappuchino Choco Topping ini sudah menjadi kegemaran si suami. sampaikan kami sudah membeli satu kotak lagi hehe. memang sangat sedap! apatah lagi suami yang sangat menggemari kopi Cappucino dan Latte
IT'S Chocolate Marshmallow - IT'S Caring Time (My Favorite!)
suami sukakan kopi, aku pula sukakan Chocolate. jadi sudah pastinya ini menjadi kegemaran aku! memang sedap sangat. berbaloi bagi korang yang suka Chocolate untuk beli set ini. apa lagi kalau dapat bawa pergi travel semasa musim sejuk. boleh feeling minum. siap ada marshmallow pula tu. aduhai dah boleh terbayang ni.
6 Sachets Chocolate Premix + 6 Sachets Marshmallow + 12 Sticks Brown Sugar
ha dah tertarik nak beli juga kannnn.. boleh buka mana-mana laman sosial media ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai IT'S SIXPACK ataupun keluaran produk Aik Cheong yang lain.
Aik Cheong Official Facebook : https://www.facebook.com/aikcheongcoffee
Aik Cheong Official Instagram : aikcheong_official
IT's more than just Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc
IT's more than just Instagram : its_by_acc
Aik Cheong WEBSITE : https://www.aikcheong.com.my/
#aikcheongcoffee益昌咖啡 #做_自己 #BeYourSelfAlways #itsbyacc #itsmorethanjust #ITS #ItsCup #itstimetobelieve #Hoot9eeeee #InilahMasanya #VITAMEDIA #ASKPERT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.amysyeera.com/2021/06/nikmati-aik-cheong-coffee-family-styled.html