Aik Cheong Coffee Tetap Jadi Pilihan Cubalah It S Sixpack
Bukan semua orang suka minum kopi, tetapi tak salah kalau korang cuba menikmatinya. Bukan apa, kopi daripada brand Aik Cheong nie memang lain daripada yang lain. Terasa betul-betul nikmat, berkali-kali ganda tau jika korang meminumnya dengan penuh rasa cinta!
Bagi yang belum tahu atau kenal Aik Cheong Coffee, sedar tak sedar dah lebih 65 tahun berada di pasaran tempatan. So, bukan calang-calang ok. Brand nie sudah dipercayai sejak dahulu lagi dan patutlah ramai yang menyukainya.
Setiap jenis kopi akan menghasilkan aroma kenikmatan yang sendiri. Korang boleh cuba rangkaian minuman segera,jenis ‘hot cup’ daripada Aik Cheong. Sis dah try yang variasi IT’S more than just By Aik Cheong nie. Ada 6 pilihan, iaitu IT’S Long Black Extra Short, IT’S Flat White Extra Short, IT’S Teh Tarik Gula Melaka Nata De Coco, IT’S Matcha Latte Nata De Coco, IT’S Cappucino Choco Topping dan IT’S Chocolate Marshmallow.
Kelainannya yang buat sis suka, sebab setiap satu jenis tu ada topping tersendiri. Memang senang giler, campurkan sahaja (ikut urutan nombor pada pek kecil yang tersedia) dengan segelas air panas. Kalau korang nak letak ais pun tak ada hal. Ikut citarasa masing-masing.
Sebelum nie sis pernah story pasal Aik Cheong Coffee, BACA SINI dan pernah juga cerita tentang variasi IT’S more than just. Sis masih setia menyukai IT’S Cappucino Choco Topping, cuma sekarang Sis dah mula menyenangi rasa IT’S Chocolate Marshmallow!
Menu Sihat, IT’S Granola Aik Cheong
Di samping itu, korang pernah try tak IT’S Granola Aik Cheong? Ada perisa iaitu Mixed Berries dan Mixed Fruit and Nut, IT’S Granola Aik Cheong.
Sesuai untuk sarapan pagi, tetapi boleh juga dibuat kudapan pada bila-bila masa saat terasa lapar. Sedap tau… bukan jer mudah untuk disediakan.Bahkan menyihat dan mengenyangkan.
Kalau korang nak tahu juga, Granola nie adalah sejenis makanan yang biasanya terdiri dari beberapa campuran gandum, buah kering dan juga kekacang. Ia sesuai juga sesuai dinikmati bagi korang yang mahu menurunkan berat badan. Ahh… gitewww
Korang boleh jer menikmatinya bersama yogurt, susu segar ataupun ice-cream (nie sis punya stail la…). Nak campur bersama madu ataupun hirisan buah-buahan seperti strawberi, pisang ataupun kiwi pun boleh. Ikut selera tekak masing-masing.
Terbaru! IT’S SIXPACK
Pergh! Sebenarnya inilah yang sis nak share kat korang, terutama si pencinta kopi. Korang wajib try IT’S SIXPACK, terbaharu daripada Aik Cheong.
Terdapat 4 pilihan rasa dengan topping tersendiri di setiap satu jenis. Ada Cappuccino dengan Choco Topping, Chocolate dengan Marshmallow, Teh Tarik dengan Gula Melaka dan White Coffee dengan Salted Gula Melaka
Serius, korang kena cuba keempat-empat nie dan baru tahu yang mana satu akan menjadi minuman favourite korang. Yang syoknya, ke semua tu boleh disediakan atau dinikmati sebagai minuman panas ataupun sejuk serta boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja.
Kalau tanya Sis, kesemuanya tu sis suka sebab punya keunikan rasa yang tersendiri.Bertepatan dengan situasi #stayathome akibat pandemic Covid-19, kemunculan IT'S SIXPACK seakan menjadi pengubat rindu kita yang tidak berpeluang untuk keluar rumah
Terdapat 6 paket dalam setiap kotak. Cara nak buatnya pun cukup mudah, ada disertakan nombor. Campurkan air panas, kacau-kacau, lepas tu taburlah topping yang disertakan. Rasanya cukup unik, serius nikmat!
Nanti korang try la yang IT'S SIXPACK nie. Silap-siap nanti tak boleh nak pilih yang mana satu paling sedap, hahhaa… Apapun sis sarankan korang try White Coffee dengan Salted Gula Melaka.Gabungan rasanya antara White Coffee dan Salted Gula Melaka tu memang padu
Nak Beli Kat Mana?
Produk-produk Aik Cheong, termasuklah IT’S SIXPACK boleh dibeli kat Shopee dan Lazada. Tak pun korang carilah kat Aeon Big, Giant ataupun Mydin di seluruh Malaysia.
Kalau nak tahu lebih lanjut, sebaiknya korang terjah:-
WEBSITE : https://www.aikcheong.com.my/
Aik Cheong Coffee Facebook: https://www.facebook.com/aikcheongcoffee
Aik Cheong Cofee Instagram : aikcheong_official
IT's more than just Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc
IT's more than just IG : its_by_acc
#aikcheongcoffee益昌咖啡 #做_自己 #BeYourSelfAlways #itsbyacc #itsmorethanjust #ITS #ItsCup #itstimetobelieve #Hoot9eeeee #InilahMasanya #VITAMEDIA #ASKPERT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2021/06/aik-cheong-coffee-tetap-jadi-pilihan.html