Nik Aziz Berhalus Selesai Kemelut Politik



WFAUZDIN NS
Banyak yang menulis tentang manhaj atau pendekatan yang diambil oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan soal kerjasama politik.
Di dalam kemelut menentukan siapa layak dipilih oleh PH untuk menjadi PM sekiranya kita berjaya merampas kembali kerajaan mandat rakyat ini dari puak pengkhianat, mereka mengambil contoh kebijaksanaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Memang diakui, Almarhum bukan sahaja seorang ulamak tetapi seorang ahli politik yang pintar. Tidak semua ulamak bijak berpolitik, contohnya Hadi Awang atau Nik Amar, tentu sekali termasuk Mokhtar Senik.
Oleh kerana hebatnya Almarhum Tok Guru, maka di eranya parti Pas amat dikagumi dan dihormati. Tidak pernah berlaku sejak Pas tertubuh ramai kaum Cina dan India memakai baju berlogo bulan dan gambar Almarhum Tok Guru dan tidak segan lagi mereka mengibarkan bendera Pas. Ini berlaku di era Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang mengajar erti persahabatan sesama insan ciptaan Tuhan.
Almarhum tangani isu hudud yang dimainkan oleh Umno dan disambut oleh beberapa pimpinan Dap dengan begitu bijak sekali. Ketegasan mendiang Karpal Singh di dalam soal hudud berjaya dilembutkan oleh Almarhum. Beliau tidak menghentam Dap jauh sekali melabel Dap anti Islam. Semakin banyak pimpinan Dap mempersoalkan isu2 berkaitan Islam, semakin dekat Almarhum dekati Dap. Itu cara Almarhum berpolitik. Kematiannya amat dirasai oleh pemimpin2 Dap dan pimpinan utama Dap turut hadir dihari Almarhum disemadikan.
Kebijaksanaan Almarhum ini cuba untuk dijadikan contoh oleh beberapa orang termasuk dari pimpinan politik. Mereka menyatakan, apa salahnya kita terima Tun M untuk menjadi PM kali ketiga asalkan PH dapat kembali ke Putrajaya? Mereka lupa untuk bertanya, apa salahnya untuk memilih Anwar sebagai PM asalkan PH kembali ke Putrajaya?
Isunya bukan kita tolak Tun M. Kebijaksanaan politik seperti Almarhum Tok Guru Nik Aziz itu telah pun kita lakukan seawal sebelum PRU14 lagi. Kita pilih Tun M sebagai calon PM dan kita letakkan di dalam manifesto PH. Alhamdulillah, kita menang berkat kebijaksanaan pimpinan PH ketika itu. Adakah kita tidak beri peluang kepada Tun M?
Sekali lagi, manhaj politik bijaksana Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga digunakan oleh Anwar Ibrahim asalkan PH terus memerintah, apabila beliau sendiri membuat cadangan di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada saat getir ketika itu, iaitu memberikan laluan kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga selepas APEC dan terpulang kepada Tun M bila mahu berundur dan serahkan kepada beliau seperti perjanjian di dalam PH. Cadangan Anwar berupa tolak ansur yang amat bijak ini telah menggagalkan nawaitu jahat para pengkhianat terutamanya Azmin dan kumpulannya yang mahu PH berpecah pada mesyuarat tersebut. PH dan Anwar telah lakukan kesemuanya demi PH, demi mempertahankan mandat rakyat.
Apakah untuk kali ini setelah Tun M sendiri gagal bertindak bijak menangani kemelut yang dicipta oleh para pengkhianat itu maka Anwar sekali lagi mahu dipersalahkan dan diminta untuk mengikuti cara Almarhum Tok Guru Nik Aziz iaitu berikan peluang kepada Tun M menjadi PM, asalkan PH menjadi kerajaan? Kita lupa bahawa Tun M telah terlalu banyak mendapat manafaat dari sikap Anwar. Tun M sendiri secara gopoh meletakkan jawatan dari PM tanpa berbincang dengan Timbalannya Kak Wan, atau dengan Anwar bahkan tidak dibincang pun di dalam Majlis Presiden. Kegopohan Tun M ini memberi ruang besar untuk para pengkhianat masuk dan telah menjatuhkan kerajaan PH. Ini kesilapan Tun M paling besar dan beliau wajar minta maaf kepada rakyat.
Mungkin faktor usia menjadikan Tun M tidak lagi mampu berfikir untuk bertindak lebih bijak apabila berdepan dengan tekanan politik. Maklumlah, bila telah berumur sedemikian tentulah mudah terasa dan mudah merajuk. Dipujuk oleh Agong pun beliau tetap mahu meletak jawatan. Akhirnya kita dikhianati.
Benar, tanpa sokongan Tun M, kita tidak boleh mengambil semula Putrajaya. Begitu juga, tanpa sokongan Anwar kita tidak boleh kembali memerintah. Hak Tun M kita telah berikan iaitu hak dia sebagai PM. Kehendak Tun M juga kita telah turutkan iaitu beliau mahu jadi PM sehingga selesai APEC. ini telah pun Anwar lakukan kerana beliau berpegang kepada manhaj politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga iaitu berunding dan bersabar.
Apakah Tun M hargainya? Setelah kerajaan PH tumbang, apa komen Tun M terhadap Anwar? Saya malas mahu ungkap semula apa yang Tun M perkatakan kepada Anwar walaupun setelah kerajaan PH tumbang kerana ianya pasti lebih menyakitkan hati kita semua. Sehingga sekarang, beberapa pimpinan dari penyokong Tun M yang menghentam Anwar kerana hingga kini Anwar belum putuskan untuk terima Tun M untuk kali ketiga menjadi PM.
Di dalam kita memperkatakan dan menasihati Anwar agar mengikuti manhaj politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz, kita jangan lupa ingatkan Anwar tentang pesanan dari Almarhum juga iaitu “Jangan masuk lubang ular dua kali”. Almarhum sentiasa beringat tentang ini, sebab itu sampai beliau mati beliau tidak terima Umno bersama Pas kerana Umno pernah khianat Pas. Anwar juga perlu beringat. Kami di bawah akan patuh arahan pimpinan parti di dalam isu “Siapa PM” walaupun tidak seperti yang kami mahukan kerana sebagai ahli parti kami berhak menegur dan mengingatkan, tetapi kami juga perlu berdisiplin.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah kepada semua pimpinan PH.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28268

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Politik Kebijaksanaan Al Marhum Tok Guru Nik Aziz Dan Apa Pesanannya

Kemelut Politik Kebijaksanaan Al Marhum Tok Guru Nik Aziz Dan Apa Pesanannya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 289 hits
Banyak yang menulis tentang manhaj atau pendekatan yang diambil oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan soal kerjasama politik Di dalam kemelut menentukan siapa layak dipilih oleh PH untuk menjadi PM sekiranya kita berjaya me...
Kemelut Politik Malaysia Perlukan Permulaan Baru Nik Nazmi

Kemelut Politik Malaysia Perlukan Permulaan Baru Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 230 hits
Walaupun sejak beberapa minggu kebelakangan ini cerita berkenaan Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan semula hangat diperkatakan apa yang paling diharapkan oleh rakyat Malaysia sekarang adalah satu permulaan baru yang dipenuhi harapan Saya...
Kemelut Dua Dinosor Politik Bagi Calon Pm Mengoncangkan Ph

Kemelut Dua Dinosor Politik Bagi Calon Pm Mengoncangkan Ph

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 291 hits
TEKI TEKI mengenai siapa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan akhirnya terjawab kelmarin Selepas Warisan menjadi antara parti yang terawal menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Setiaus...
Nik Aziz Bukan Hanya Mb Tapi

Nik Aziz Bukan Hanya Mb Tapi

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 320 hits
PASIR PUTEH Jaga maruah jangan sampai bila ALLAH SWT benci maka semua aib kita ditelanjangi yang menyebabkan kita hilang harga diri itulah antara pesanan bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak akan dilupa...
Datuk Aziz Kaprawi Ahli Parlimen Sri Gading Pentingkan Politik Parti Berbanding Rakyat

Datuk Aziz Kaprawi Ahli Parlimen Sri Gading Pentingkan Politik Parti Berbanding Rakyat

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 517 hits
1 Saya ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Dr Shahruddin Md Salleh untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya semalam 2 Kenyataan beliau yang meletakkan jawatan kerana mementi...
Musa Jadi Mangsa Penganiayaan Politik Selepas Badan Hk Tak Ambil Tindakan Kata Peguam

Musa Jadi Mangsa Penganiayaan Politik Selepas Badan Hk Tak Ambil Tindakan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa anti rasuah di Hong Kong membersihkan nama Musa Aman seawal 9 tahun lalu kata seorang peguam bekas ketua menteri Sabah itu susulan keputusan pihak pendakwaan hari ini menarik balik 46 pertuduhan membabitkan rasua...
Pendapat Politik Putar Angin Dalam Agenda Melayu Islam

Pendapat Politik Putar Angin Dalam Agenda Melayu Islam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 315 hits
OLEH SENYAP dan sunyi tiada lagi dendangan suara sahut menyahut membangkitkan unsur unsur kebencian serta kecurigaan dalam masyarakat hilang sudah daripada pandangan tiada lagi kata kata yang membangkitkan resah perkauman nada nada Islam te...
Munafik Politik Dap Diminta Cermin Diri

Munafik Politik Dap Diminta Cermin Diri

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 293 hits
June 10 2020JOHOR BAHRU Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor meminta Ketua Pemuda DAP Howard Lee dan ahli parti itu cermin diri sebelum mendakwa Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersifat munafik dalam politik Ketuanya Mohd Hair...
Horward Dap Perlu Cermin Diri Sebelum Gelar Orang Lain Munafik Dalam Politik

Horward Dap Perlu Cermin Diri Sebelum Gelar Orang Lain Munafik Dalam Politik

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 362 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor meminta Ketua Pemuda Dap Howard Lee dan ahli parti itu cermin diri sebelum mendakwa Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersifat munafik dalam politik Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah menyokong ges...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza