Kemelut Dua Dinosor Politik Bagi Calon Pm Mengoncangkan Ph


TEKI-TEKI mengenai siapa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan akhirnya terjawab kelmarin.
Selepas Warisan menjadi antara parti yang terawal menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke kelmarin akhirnya mengakui DAP yang memiliki 42 kerusi Parlimen turut berpihak kepada Dr Mahathir.
Namun, tanpa mengetepikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP, Warisan dan Amanah mencadangkan Anwar sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.
Jika cadangan itu benar-benar berlaku ini bermakna Malaysia akan mengulangi gabungan Dr Mahathir dan Anwar sama seperti tahun 1993 hingga 1998 sebelum Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan UMNO.
Tindakan DAP, Warisan dan Amanah yang berpaling daripada Anwar dan PKR untuk meletakkan Anwar dengan status bakal Perdana Menteri bingkas menaikkan kemarahan penyokong Anwar.
Ia sesuatu yang agak mengejutkan apatah lagi pemimpin tertinggi DAP, Amanah dan Warisan kebelakangan ini dilihat sangat akrab dengan Anwar.
Bagaimanapun, dalam politik kita sering mendengar ungkapan, tidur mungkin sebantal, tetapi mimpi mungkin lain-lain. Ternyata mimpi PKR tidak indah apabila ia dibiarkan bersendirian dalam isu calon Perdana Menteri.
Semua parti dan pemimpin PH mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk berpaling daripada Anwar dan PKR walaupun hakikatnya PKR kini masih mempunyai 39 ahli Parlimen, manakala Dr Mahathir bersama rakan-rakan serpihan Bersatu hanya berlima.
Bagi penganalisis politik daripada Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, walaupun beliau tidak menolak alasan Dr Mahathir mungkin boleh menarik sokongan beberapa lagi ahli Parlimen terutama daripada Bersatu untuk kembali bersama PH dan seterusnya membentuk kerajaan, namun beliau melihat dua alasan lain yang kuat adalah pesona jawatan serta kuasa.
Katanya, parti gabungan PH lebih memilih Dr Mahathir untuk menjadi calon Perdana Menteri PH berbanding Anwar kerana mereka mahu mendapatkan kembali jawatan strategik dalam Kabinet.
Menurutnya, sewaktu pentadbiran kerajaan PH di bawah Dr Mahathir, kedua-dua parti itu dilihat mendominasi jawatan penting dalam Kabinet kerajaan selain Bersatu dengan PKR dilihat memiliki jawatan paling sedikit.
“Cadangan lantik Dr Mahathir kerana DAP dan Amanah mahu memastikan mereka kembali mendapat kedudukan dan jawatan strategik dalam kerajaan seperti dahulu. “Pesona kuasa ditawarkan Dr Mahathir kepada kedua-dua parti itu menyebabkan mereka sanggup mengetepikan PKR, rakan lama mereka, lebih-lebih lagi mereka menyedari kehidupan tanpa jawatan menteri tidak seindah sewaktu mereka memegang tampuk kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Awang Azman berkata, DAP dan Amanah mungkin terlupa tanpa pengorbanan dan persetujuan PKR untuk menggunakan logo dan jentera PKR, PH mungkin tidak menang dengan Amanah mungkin gagal meraih walau satu kerusi Parlimen sekalipun.
Menurutnya, senario terkini dalam gabungan PH itu membuktikan hanya Anwar dilihat berpegang pada prinsip diperjuangkan PH, manakala parti-parti lain pula hanya memperjuangkan kepentingan individu, pengaruh dan kuasa.
“Bagi saya, alasan Dr Mahathir mengetepikan Anwar sebelum ini adalah tidak logik dan hanya bertujuan memecahbelahkan PH,” dakwanya.
Bukti ikhlas
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik bebas, Dr Jeniri Amir berpendapat sudah tiba masa untuk Dr Mahathir pula melakukan pengorbanan dengan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Menurutnya, pengorbanan Dr Mahathir akan membuktikan beliau ikhlas, dilihat jujur dan berjiwa besar dalam memastikan kerajaan PH kembali membentuk kerajaan.
“Lagipun, apa yang dapat dilakukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama enam bulan? “Kalau Dr Mahathir ikhlas, beliau harus meyakinkan penyokongnya untuk memberi sokongan kepada Anwar, barulah beliau dilihat jujur, berjiwa besar dan dipandang tinggi bukan sahaja pihak kawan, bahkan parti lawan. “Masalah utama di sini ialah Dr Mahathir dilihat hanya memikirkan beliau sahaja pemimpin hebat dalam PH dan menganggap orang lain tidak mampu menjadi Perdana Menteri. Takkan Anwar hendak masuk lubang sama (ditipu Dr Mahathir) untuk kali ketiga?” katanya. Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berpandangan strategi DAP dan Amanah meletakkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah bagi tujuan penjenamaan politik dalam meraih kembali kepercayaan rakyat.
Menurutnya, DAP dan Amanah percaya jenama Dr Mahathir adalah lebih laris untuk ‘dijual’ kepada rakyat berbanding Anwar, terutama dalam meraih kembali sokongan pengundi Melayu terhadap PH yang semakin terhakis.
“Apa yang jelas di sini kita lihat kontroversi peralihan kuasa antara Tun M dan Anwar berlaku pada satu jangka masa panjang dan senario ini masih berterusan sehingga hari ini walaupun kerajaan PN ambil alih Putrajaya.
“Ini saya rasa lebih kepada persoalan mengapa kerjasama dan perbincangan sesama mereka masih tidak konsisten sehingga kini.
“Senario itu juga boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat mengapa Anwar masih tidak boleh dicadangkan menjadi Perdana Menteri meskipun selepas beliau dibebaskan dari penjara dan kembali ke kancah politik negara,” katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan kerjasama dalam pakatan politik PH yang dilihat tidak konsisten meskipun hubungan PKR, Amanah dan DAP wujud sejak zaman Pakatan Rakyat.
Jumlah kerusi Parlimen
PH PlusDAP…………42
PKR…………39
Amanah……..11
Warisan……….9
Bersatu………5
UPKO…………..1
SH
The post Kemelut Dua Dinosor Politik Bagi Calon PM Mengoncangkan PH appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/19/kemelut-dua-dinosor-politik-bagi-calon-pm-mengoncangkan-ph/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemelut-dua-dinosor-politik-bagi-calon-pm-mengoncangkan-ph

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Aziz Berhalus Selesai Kemelut Politik

Nik Aziz Berhalus Selesai Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 323 hits
WFAUZDIN NS Banyak yang menulis tentang manhaj atau pendekatan yang diambil oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan soal kerjasama politik Di dalam kemelut menentukan siapa layak dipilih oleh PH untuk menjadi PM sekiranya kit...
Kemelut Politik Kebijaksanaan Al Marhum Tok Guru Nik Aziz Dan Apa Pesanannya

Kemelut Politik Kebijaksanaan Al Marhum Tok Guru Nik Aziz Dan Apa Pesanannya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 280 hits
Banyak yang menulis tentang manhaj atau pendekatan yang diambil oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan soal kerjasama politik Di dalam kemelut menentukan siapa layak dipilih oleh PH untuk menjadi PM sekiranya kita berjaya me...
Kemelut Politik Malaysia Perlukan Permulaan Baru Nik Nazmi

Kemelut Politik Malaysia Perlukan Permulaan Baru Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 222 hits
Walaupun sejak beberapa minggu kebelakangan ini cerita berkenaan Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan semula hangat diperkatakan apa yang paling diharapkan oleh rakyat Malaysia sekarang adalah satu permulaan baru yang dipenuhi harapan Saya...
Untuk Selesai Kemelut Politik Pru Tergempar Jalan Keluar Umno

Untuk Selesai Kemelut Politik Pru Tergempar Jalan Keluar Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Pilihan Raya Umum tergempar adalah langkah penyelesaian terbaik terutama dalam meredakan isu isu politik ketika ini terutamanya berhubung perbezaan jumlah ahli parlimen antara kerajaan dan pembangkang kata Naib Presiden UMNO Da...
Kehancuran Sebuah Glc Goc Adakah Disebabkan Orang Politik Kuasainya

Kehancuran Sebuah Glc Goc Adakah Disebabkan Orang Politik Kuasainya

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 230 hits
Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC atau Govt Owned Linked Company lebih kurang 100 syarikat dibawah MKD yg mana Menteri Kewangan memiliki melebihi 51 saham syarikat berkenaan Di zaman BN memerintah majoriti Pengerusi dan beberapa Ahli Lem...
Datuk Aziz Kaprawi Ahli Parlimen Sri Gading Pentingkan Politik Parti Berbanding Rakyat

Datuk Aziz Kaprawi Ahli Parlimen Sri Gading Pentingkan Politik Parti Berbanding Rakyat

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 505 hits
1 Saya ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Dr Shahruddin Md Salleh untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya semalam 2 Kenyataan beliau yang meletakkan jawatan kerana mementi...
Najib Turun Bantu Kempen Calon Bn

Najib Turun Bantu Kempen Calon Bn

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 304 hits
Datuk Seri Najib Razak turun padang berkempen untuk calon Barusan Nasional Mohd Sharim Md Zain di Chini Pahang CHINI Kempen Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Chini dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri D...
Calon Muslim Mesti Di Kawasan Majoriti Melayu Jangan Serah Pada Mca Mic

Calon Muslim Mesti Di Kawasan Majoriti Melayu Jangan Serah Pada Mca Mic

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 218 hits
Aminuddin YahayaGerakkan segala inisiatif demi agenda agama bangsa dan negara SEBELUM saya mengulas lanjut mengenai isu ini berikut merupakan 3 kerusi yang dituntut oleh MIC 1 Pasir Panjang 2 Behrang 3 Hutan Melintang Saya semakin syak mema...
Redzuan Bunuh Karier Politik Sendiri

Redzuan Bunuh Karier Politik Sendiri

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 251 hits
Di luar daripada kebiasaan sidang media Menteri Tugas Tugas Khas Mohd Redzuan Md Yusof semalam yang djangka akan mengumumkan perletakan jawatannya ia akhirnya bertukar menjadi pengumuman sokongannya kepada PN dan Muhyiddin Yassin Mohd Redzu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri