Nik Abduh Kata Boleh Bohong Demi Jaga Pas



Nik Abduh kata boleh bohong demi jaga Pas?Posted By: Pentadbiron: February 14, 2019 Print EmailAnggota parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan beliau menafikan kesahihan suaranya dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu adalah langkah yang tepat.Katanya, dalam soal menjaga kerahsiaan parti perkara itu juga pernah diamalkan oleh ayahnya, allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS.“Ia hanya soal kerahsiaan dan bila kita berada dalam parti besar apatah lagi parti Islam, maka soal kerahsiaan itu adalah sesuatu yang valid, ada ilmunya dalam agama. Banyak contoh-contohnya.“Saya buat contoh yang dekat kita di Kelantan ini ialah dalam isu baiah, taklid talak (isteri) terhadap wakil rakyat PAS di Kelantan. Apabila dokumen itu tular, almarhum tok guru Nik Aziz ditanya dan dia menafikan sekeras-kerasnya.“Maknanya kalau nak kata bohong pun bohonglah, tapi ia bab kerahsiaan. Dia menjaga rahsia wujudnya baiah itu walaupun dah bocor sampai ke mati,” katanya kepada media di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, semalam.Allahyarham Nik Abdul Aziz, bekas mursyidul am PAS dan menteri besar Kelantan.Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu penafiannya terhadap rakaman audio penerimaan dana daripada Umno melibatkan pimpinan PAS yang tersebar sebelum ini.Bagaimanapun PAS semalam mengesahkan Nik Abduh mengakui kesahihan audio itu mengandungi suaranya.Susulan itu, Nik Abduh tampil mengakui perkara itu dalam satu hantaran panjang di Facebooknya hari ini.Dalam hantaran itu, beliau antara lain berkata membuat penafian selepas pimpinan PAS berkeras agar beliau berbuat demikian dan ia mendapat restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.Sebelum itu, Hadi berkata beliau menyerahkan soal itu kepada Nik Abduh sendiri.“Nik Abduh sendiri (yang cakap), bukan saya, terpulang pada Nik Abduhlah. Mungkin orang lain menafikan, tapi Nik Abduh tahulah dia cakap,” kata Hadi.Mengulas lanjut, beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata pengalamannya sebagai anak menteri besar mengajarnya bagaimana untuk mengendalikan soal-soal rahsia.“Almarhum ayah banyak ajar. Saya sebagai anak MB banyaklah tahu rahsia, apa yang orang tak nak beritahu ayah, mereka beritahu saya.“Jadi ada kala banyak rahsia saya nak tanya tok guru (Nik Aziz). (Bila) terlepas tanya dia marah sebab tak mahu rahsia dibawa ke luar.“Itu mengajar saya bila kita di dalam parti besar, kena jaga rahsia dan bila saya buat keputusan untuk menafikan (rakaman suara), itu dengan niat untuk mengajar budak-budak (mereka yang hadir ketika rakaman dan sedia menjadi saksi) yang saya sebutkan tadi,” katanya lagi.Beliau berkata penafiannya sebelum ini demi mengelak masalah lebih besar terhadap PAS.“Kita mesti mengajar disiplin (dalam parti). Saya sudah sebut bahawa berhak untuk bercakap benar, tetapi tangguh dulu, berbincang dengan kawan-kawan dalam parti kerana ia libatkan jemaah.“Ini bukan soal reputasi saya (tapi) parti. Saya yakin keputusan itu diberkati Allah, PAS masuk pilihan raya dengan gagah dan kita berjaya menambah kekuatan,” katanya lagi.Beliau sekali lagi menegaskan ucapannya ketika itu perlu difahamkan mengikut konteks sebenar.“Malah yang baca tulisan (pengakuan) saya pun ada lagi tak faham sebab tak tahu cerita sebenar. Saya menulis tadi pun dalam keadaan sukar,” katanya lagi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/nik-abduh-kata-boleh-bohong-demi-jaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hancusss 40 Saksi Pengakuan Nik Abduh Terima Duit Umno Kata Ulama Pas

Hancusss 40 Saksi Pengakuan Nik Abduh Terima Duit Umno Kata Ulama Pas

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 797 hits
BORHAN AHMAD Seorang pemimpin ulama muda Pas Dr Muhammad Atiullah Othman mendakwa ada lebih 40 saksi yang masih hidup mendengar pengakuan Ahli parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bahawa dia menerima duit Umno Dalam satu posting di fa...
Setiausaha Agung Pas Kata Audio Rakaman Terima Duit Umno Adalah Suara Nik Abduh

Setiausaha Agung Pas Kata Audio Rakaman Terima Duit Umno Adalah Suara Nik Abduh

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 370 hits
SETIAUSAHA Agung Pas Takiyuddin Hassan dilapor mengesahkan rakaman audio suara Ahli Parlien Bachok Mohamad Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengaku parti itu menerima dana dari Umno Takiyuddin juga mendakwa Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suar...
Nik Abduh Dakwa Pimpinan Pas Berkeras Minta Agar Nafikan Audio Rakaman Suaranya

Nik Abduh Dakwa Pimpinan Pas Berkeras Minta Agar Nafikan Audio Rakaman Suaranya

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 458 hits
AHLI Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa pimpinan Pas berkeras meminta supaya dia menafikan rakaman audio suaranya mengaku terima duit Umno Nik Abduh mendedahkan perkara itu menerusi akaun Facebook mili...
Nik Abduh Pas Bola Kat Hadi Hadi Pas Pula Kat Tuan Ibrahim

Nik Abduh Pas Bola Kat Hadi Hadi Pas Pula Kat Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 554 hits
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini Dalam kenyataan panjang di Facebook hari ini Ahli Parlimen Bachok itu berkata penafiannya sebelum ini dibuat...
Nik Abduh Pertahan Diri Ayah Pun Pernah Bohong

Nik Abduh Pertahan Diri Ayah Pun Pernah Bohong

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 381 hits
Diterbitkan Hari ini 7 41 malam Anggota parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan beliau menafikan kesahihan suaranya dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu adalah langkah yang tepat Katanya dalam s...
Gabungan Pas Dan Umno Demi Agama Bangsa Amat Berbahaya Kata Wan Saiful

Gabungan Pas Dan Umno Demi Agama Bangsa Amat Berbahaya Kata Wan Saiful

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 423 hits
Adakah melayu 17 dalam Pakatan Harapan sudah sangat goyang bila PAS dan UMNO sudah bekerjasama Apakah dengan mengatakan kerjasama kedua parti besar orang Melayu itu amat berbahaya untuk negara Ibarat membaling najis ditempat bersih Bila sud...
Pas Nik Abduh S Voice Recording Taken Out Of Context

Pas Nik Abduh S Voice Recording Taken Out Of Context

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 368 hits
PAS has confirmed that the audio recording of a person commenting on the issue of PAS receiving funds from Umno was that of Bachok MP Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz PAS secretary general Takiyuddin Hassan said Nik Abduh himself had admitt...
Nik Abduh Rm90m Claim Revived To Counter Pas Umno Cooperation

Nik Abduh Rm90m Claim Revived To Counter Pas Umno Cooperation

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 350 hits
PAS central committee member Nik Abduh Nik Abdul Aziz believes that the claim of his party receiving RM90 million in 1MDB linked funds from Umno has been revived to counter the successful cooperation between both parties They did not see Um...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi