Niat Zakat Fitrah Waktu Membayar Hukum Bayar Zakat Online


Niat Zakat Fitrah, Waktu Membayar & Hukum Bayar Zakat Online
Salah satu perkara yang wajib ditunaikan semasa bulan Ramadan ialah zakat fitrah. Ia adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim yang mampu bagi membantu saudara-saudara seiman yang memerlukan serta sebagai bentuk ketaatan kepada Allah SWT. 
Daripada Ibnu Umar RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah iaitu satu gantang tamar atau satu gantang sya’ir pada bulan Ramadan ke atas setiap orang Islam, sama ada yang bebas atau hamba lelaki atau perempuan.
Hadis Riwayat Muslim: (984) Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Kadar Zakat Fitrah Perak 2024 & Bayaran Online
Zakat Fitrah Zakat Fitrah, secara harfiahnya, bermaksud zakat yang dikeluarkan semasa memulakan semula (fitrah) atau semasa berakhirnya bulan Ramadan. Ia wajib dibayar oleh setiap individu Islam yang memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum matahari terbenam pada hari terakhir Ramadan.
Firman Allah SWT:
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Taubah, 103) Niat Zakat Fitrah Niat adalah aspek penting dalam setiap amalan ibadah termasuk pembayaran zakat.
Daripada Saidina Umar al-Khattab RA Sabda Nabi SAW:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat. Dan setiap perkara akan dibalas mengikut apa yang diniatkannya.
Hadis Riwayat Muslim (1907) Lafaz Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri ﻧَﻮَﻳْﺖُ أَﻥْ أُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻧَﻔْسيْ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
RUMI: Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an nafsi fardhan lillahi ta’ala
MAKSUD: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku sendiri fardhu kerana Allah Taala.”
Lafaz Niat Zakat Fitrah Untuk Isteri ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِﻋَﻦْ ﺯَﻭْﺟَﺘِﻲْ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
RUMI: Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an zaujati fardhan lillahi ta’ala
MAKSUD: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk istriku fardhu kerana Allah Taala.”
Lafaz Niat Zakat Fitrah Untuk Anak Lelaki ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻭَﻟَﺪِﻱْ … ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
RUMI: Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an waladi fardhan lillahi ta’ala
MAKSUD: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak laki-lakiku … (sebutkan nama), fardhu  kerana Allah Taala.”
Lafaz Niat Zakat Fitrah Untuk Anak Perempuan ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِﻋَﻦْ ﺑِﻨْﺘِﻲْ … ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
RUMI: Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an binti fardhan lillahi ta’ala
MAKSUD: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak perempuanku … (sebutkan nama), fardhu  kerana Allah Taala.”
Lafaz Niat Untuk Diri Sendiri & Ahli Keluarga Tanggungan ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَنِّيْ ﻭَﻋَﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﻣَﺎ ﻳَﻠْﺰَﻣُنِيْ ﻧَﻔَﻘَﺎﺗُﻬُﻢْ ﺷَﺮْﻋًﺎ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
RUMI: Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri anni wa an jami’i ma yalzimuniy nafaqatuhum syar’an fardhan lillahi ta’ala
MAKSUD: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang nafkahnya menjadi tanggunganku fardhu kerana Allah Taala.”
Lafaz Niat Untuk Wakil ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ (..…) ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
RUMI: Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an (……) fardhan lillahi ta’ala
MAKSUD: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk … (sebutkan nama spesifik), fardhu  kerana Allah Taala.”
Syarat Wajib dan Sah Zakat Muslim yang merdeka Baligh Berakal Pemilikan harta yang cukup bilangannya (Nisab) dan cukup tempohnya (Haulnya) Berniat (di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata) Waktu Yang Sesuai Untuk Mengeluarkan Zakat Fitrah Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah, iaitu:
1. Harus
Di dalam mazhab Syafie, bermulanya waktu harus bagi umat Islam untuk mengeluarkan zakat fitrah adalah setelah masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa. 
2. Wajib
Waktu wajib untuk umat Islam membayar zakat fitrah pula adalah pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja atau terbenamnya matahari pada hari berkenaan. 
3. Afdal 
Waktu afdal ini ialah waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan yang mana sunat bagi umat Islam membayar pada waktu yang demikian.
4. Makruh
Makruh bagi umat Islam mengeluarkan zakat setelah selesai solat sunat hari raya. 
5. Haram
Haram mengeluarkan zakat fitrah adalah waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara Online Menurut penjelasan dalam laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, pembayaran zakat tidak disyaratkan padanya akad ijab dan kabul. Syarat sah pemberian zakat adalah mesti berniat, mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang.
Jadi, membayar zakat fitrah secara online adalah sah kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran akad secara tulisan yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya.
Sumber:
AL-KAFI #1411: ADAKAH SAH PEMBERIAN ZAKAT TANPA MELAFAZKAN AKAD – Mufti Wilayah Persekutuan.  AL-KAFI #1793: HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE – Mufti Wilayah Persekutuan.  IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADAN SIRI KE-206: WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH  – Mufti Wilayah Persekutuan.  Lafaz & Niat Zakat Fitrah – https://bayarzakatmalaysia.my/lafaz-zakat-fitrah/ 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/niat-zakat-fitrah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=niat-zakat-fitrah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia Dan Cara Bayar Online

Kadar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia Dan Cara Bayar Online

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 241 hits
Selain wajib berpuasa di bulan Ramadan umat Islam yang cukup syarat juga wajib membayar zakat fitrah Penetapan kadar zakat fitrah dikira berdasarkan kepada makanan ruji sesebuah negara Dalam konteks negara Malaysia makanan rujinya ialah ber...
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Negeri Pahang Menggunakan Ezakat Muip Tahun 2024

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Negeri Pahang Menggunakan Ezakat Muip Tahun 2024

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 214 hits
Hari Raya bakal tiba jadi kepada umat Islam semua jangan lupa untuk lunaskan kejawajiban Zakat Fitrah anda Sama seperti tahun lepas selain buat bayaran melalui Amil yang dilantik orang Pahang khususnya boleh buat bayaran secara online melal...
Zakat Fitrah Bila Dah Bayar Lapang Hati

Zakat Fitrah Bila Dah Bayar Lapang Hati

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 165 hits
ZAKAT FITRAH BILA DAH BAYAR LAPANG HATI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua AKHIRNYA BAGARULAH en suami senyap Kalai tidak bising je risau dia tak selesai nak bayar zakat fitrah Panas punggung Ziki...
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan

5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 411 hits
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan 7 Pelbagai cara bayar online yang boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin membayar zakat di Malaysia Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan musl...
Khutbah Jumat Cara Bayar Zakat Maal Praktis

Khutbah Jumat Cara Bayar Zakat Maal Praktis

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 238 hits
Bagaimana cara bayar zakat praktis Terlebih dahulu memang harus dijelaskan sadar bayar zakat Perhatikan khutbah Jumat berikut ini
Kadar Zakat Fitrah 2024m 1445h Setiap Negeri

Kadar Zakat Fitrah 2024m 1445h Setiap Negeri

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 192 hits
Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2024 Masihi 1445 Hijrah Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau ...
Bukti Bayar Zakat Bakal Jadi Salah Satu Pertimbangan Syarat Naik Jabatan Asn Kemenag

Bukti Bayar Zakat Bakal Jadi Salah Satu Pertimbangan Syarat Naik Jabatan Asn Kemenag

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 153 hits
Menurutnya pengelolaan dana zakat yang optimal dan pengelolaan wakaf yang baik dapat mendukung pencapaian Sustainable Development Goals
Kadar Zakat Fitrah Pahang Bagi Ramadan Tahun Ini Minimum Rm7

Kadar Zakat Fitrah Pahang Bagi Ramadan Tahun Ini Minimum Rm7

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 206 hits
PEKAN Kadar minimum zakat fitrah di Pahang bagi Ramadan tahun ini kekal RM7 seorang Bagaimanapun buat pertama kalinya umat Islam yang berkemampuan di negeri ini diwajibkan menunaikan zakat fitrah mengikut jenis dan harga beras digunakan Ket...
Jokowi Wapres Hingga Menteri Bayar Zakat Lewat Baznas Di Istana Negara

Jokowi Wapres Hingga Menteri Bayar Zakat Lewat Baznas Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 202 hits
Presiden Jokowi berpesan agar dana dana zakat yang telah masuk dapat disalurkan kepada masyarakat yang benar benar membutuhkan
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense