Ngo Akui Sumbangan Ke Hospital Berkurang Kerana Ada Pihak Lain Lebih Memerlukan


Gambar Hiasan Pada 17 Jan lalu, Pengarah Kesihatan Selangor Dr Sha’ari Ngadiman berkata Hospital Sungai Buloh, yang menjadi hospital utama dalam merawat pesakit Covid-19, kurang menerima sumbangan seperti makanan daripada NGO berbanding sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama tahun lalu.
Kenyataan itu bagi menjawab rintihan doktor bahawa tiada makanan disediakan untuk syif on-call.
Menjawab kenyataan itu, beberapa NGO yang dihubungi mengakui perkara itu tetapi menyatakan bantuan mereka kini lebih bertumpu kepada golongan lain.
Presiden Belia Harmoni Malaysia Usaid Asmadi berkata, bagi PKP kali kedua ini, pihaknya memberi keutamaan kepada mahasiswa yang terkesan.
“Kali ini kita sudah mula ubah orientasi pergerakan kerana pelbagai isu antaranya kekangan rentas pergerakan.
“Kita lihat spesifikasi itu dan kita akui tak mampu bantu semua orang. Jadi kali ini bantuan diberikan kepada mahasiswa.
“Antaranya pemberian bantuan seperti komputer riba, bantuan internet dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.
Usaid berkata lagi, NGO hanya memberi bantuan secara sukarela dan tanggungjawab sebenar terletak di bahu kerajaan.
“Kalau ada kekurangan kebajikan terhadap petugas barisan hadapan, saya rasa kita harus lihat dari kerajaan dulu,” katanya, yang mencadangkan kerajaan untuk meningkatkan rangkaian dengan NGO dalam soal bantuan.
Pengerusi Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia Amal Relief (Arif) Melaka, Hairil Anuar Samat turut mengakui pihaknya lebih kerap memberi sumbangan kepada hospital ketika PKP kali pertama.
Namun kali ini, jelas Hairil, pihaknya lebih memberi tumpuan kepada kerja sukarelawan, antaranya dalam melakukan nyahjangkitan wabak Covid-19.
Katanya lagi, pihaknya sedang berusaha mengumpul dana untuk menggiatkan lagi program itu di Melaka dan mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai.
Terdahulu, seorang doktor yang bertugas di Hospital Sungai Buloh menulis surat terbuka untuk menceritakan cabaran yang dihadapi petugas kesihatan pada masa ini.
Antara yang dibangkitkannya adalah tiada tempat berehat dan kekurangan makanan bagi petugas syif on-call.
Susulan pelaksanaan PKP kali kedua, kerajaan Selangor pada 20 Jan lalu mengumumkan pakej bantuan Kita Selangor yang antara lain memperuntukkan bantuan untuk petugas barisan hadapan seperti penyediaan makanan dan pusat jagaan anak sementara secara percuma selama dua bulan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Kamsani Nasir berkata, persatuannya ada memberi bantuan namun mengutamakan hospital di Sabah susulan peningkatan kes mendadak di negeri itu beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun dia berkata Ikram sudah mengadakan perbincangan bersama beberapa hospital di sekitar Selangor.
“Saya difahamkan pihak hospital Selangor dalam satu mesyuarat bersama Ikram juga ada mengadu mereka mula kekurangan sut perlindungan diri (PPE) untuk PKP kali kedua ini.
“Jadi selepas perbincangan, Ikram sudah meneliti beberapa faktor lain yang boleh bantu dan akan akan berikan sumbangan dari segi PPE dan makanan kepada pihak hospital secepatnya,” katanya.
PKP kali kedua mula dikuatkuasakan di beberapa negeri dan wilayah persekutuan sejak 13 Januari lalu, sebelum disusuli negeri lain.
Pada masa ini, seluruh negara di bawah perintah tersebut kecuali Sarawak. Ia dijadual berakhir pada 4 Februari. MK
The post NGO akui sumbangan ke hospital berkurang kerana ada pihak lain lebih memerlukan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/24/ngo-akui-sumbangan-ke-hospital-berkurang-kerana-ada-pihak-lain-lebih-memerlukan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ngo-akui-sumbangan-ke-hospital-berkuran

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Umar Mengabaikan Shalat Jadinya Urusan Lain Lebih Terabaikan

Kata Umar Mengabaikan Shalat Jadinya Urusan Lain Lebih Terabaikan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 275 hits
Ini nasihat berharga bagi yang sering melalaikan shalat termasuk juga shalat berjamaah di masjid
Hospital Bintulu Terima Sumbangan Peralatan Ujian Covid 19

Hospital Bintulu Terima Sumbangan Peralatan Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh Kakitangan Hospital Bintulu menunjukkan peralatan ujian COVID 19 yang disumbangkan oleh Press Metal Bintulu Sdn Bhd Foto NSTP Ihsan Press Metal BINTULU Keupayaan Hospital Bintulu untuk menjalankan ujian Polymerase Chain Reaction COVID ...
Dr Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah Tak Kena Maki Selalu

Dr Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah Tak Kena Maki Selalu

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 291 hits
Betul apa yang dinyatakan oleh Mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly ni jadi Pembangkang lebih mudah dari menjadi Kerajaan sebab tak jadi sasaran maki hamun rakyat Lagipun mencari kelemahan atau kepincangan sesuatu perkara adalah jauh lebih...
Tantang Pemerintah Dr Tifa Saya Lebih Baik Mati Karena Vaksin Merah Putih Ketimbang Mati Karena Vaksin Merk Lain

Tantang Pemerintah Dr Tifa Saya Lebih Baik Mati Karena Vaksin Merah Putih Ketimbang Mati Karena Vaksin Merk Lain

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 234 hits
Dalam beberapa bukan terakhir nama Tifauzia Tyassuma ramai berseliweran di media massa dan media sosial Hal itu disebabkan karena Tifauzia Tyassuma beberapa kali menulis surat terbuka yang ditujukan kepada Presiden Joko Widodo Ada empat sur...
Pentingnya Menggunakan Enjin Carian Yang Lebih Privasi

Pentingnya Menggunakan Enjin Carian Yang Lebih Privasi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 256 hits
Masih menggunakan sesuatu yang melanggar privasi adalah sama seperti merokok Anda tahu ianya tidak bagus untuk diri anda tetapi anda masih tetap ingin melakukannya setiap hari Ibarat anda ingin mendapatkan dopamine hit setiap kali menatal F...
Belajar Lebih Sabar

Belajar Lebih Sabar

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 316 hits
Assalammualaikum wbtBELAJAR LEBIH SABARTapak kaki tertusuk duriBila jalan kaki diseretMenu apa kalian hari iniBoleh tak PC minta sikitBoleh tak PC minta sikitCuma mahu menjamah sahajaPedasnya kata kata memang sakitJangan simpan abaikan saja...
Lebih 500 Pemandu Lori Kargo Jalani Ujian Saringan Covid 19 Di Pusat Pemeriksaan Darat Singapura

Lebih 500 Pemandu Lori Kargo Jalani Ujian Saringan Covid 19 Di Pusat Pemeriksaan Darat Singapura

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 325 hits
BernamaICA telah menjalin kerjasama erat bagi memastikan mereka dapat menjalankan operasi ujian saringan itu di Tambak Johor dengan gangguan minimum fotoBERNAMA SINGAPURA Lebih 500 pemandu lori kargo menjalani ujian saringan COVID 19 di ked...
Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan Pn Lebih Mencukupi

Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan Pn Lebih Mencukupi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan darurat lebih daripada mencukupi Setakat ini kata Anwar ada antara 1...
Pkp Mungkin Lebih Sebulan Kembalikan Moratorium Subsidi Upah

Pkp Mungkin Lebih Sebulan Kembalikan Moratorium Subsidi Upah

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 282 hits
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 baru sahaja dilanjutkan Malaysia belum lagi menyaksikan penurunan jumlah kes Covid 19 Keyakinan para pelabur tempatan mahupun antarabangsa berada pada tahap terendah dan pakej rangsangan Perlindungan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul