Pkp Mungkin Lebih Sebulan Kembalikan Moratorium Subsidi Upah



Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 baru sahaja dilanjutkan, Malaysia belum lagi menyaksikan penurunan jumlah kes Covid-19. Keyakinan para pelabur tempatan mahupun antarabangsa berada pada tahap terendah dan pakej rangsangan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 baru-baru ini hanyalah bersifat kosmetik dan tidak memadai berbanding kesan daripada PKP 2.0 dan Darurat.
Kini kadar penggangguran meningkat dengan mendadak. Sekiranya tidak ada tindakan yang lebih agresif, lebih banyak industri PKS yang bakal mengalami kerugian dan akan mengakibatkan kehilangan lebih banyak pekerjaan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, kami menggesa Kerajaan untuk segera:
(a) melaksanakan moratorium pinjaman secara automatik untuk tempoh 6 bulan seperti yang dilakukan semasa PKP 1.0. Ini akan menghilangkan keresahan dan birokrasi dengan segera. Industri PKS atau mereka yang tidak terkesan boleh meneruskan pembayaran pinjaman mereka seperti biasa. 6 bulan moratorium pinjaman secara automatik akan meningkatkan aliran tunai kepada sektor ekonomi malah merancakkan aktivitinya. Dengan cara ini individu dan PKS akan mempunyai lebihan tunai yang dapat membantu meningkatkan pendapatan semua jenis perniagaan, seterusnya akan menggalakkan mereka mengekalkan atau mungkin menambah lebih ramai pekerja (bukannya membuang pekerja) sepanjang menghadapi pandemik ini; dan
(b) meningkatkan kadar subsidi upah PERKESO RM600 setiap pekerja kepada jumlah yang lebih tinggi (kepada yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000) dan melanjutkannya untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Jumlah subsidi RM600 sebulan yang diberikan sekarang tidak memadai dalam menghadapi PKP 2.0 dan Darurat yang telah menunjukkan kesannya ke atas beberapa sektor. Subsidi upah selama tempoh 6 bulan akan menggalakkan para majikan untuk tidak membuang pekerja dan membantu mereka bertahan sehingga separuh tahun akibat penyusutan jualan dan aliran tunai. Bagi sesetengah yang lain, ini juga mungkin mendorong mereka untuk mengambil pekerja semula.
Ini adalah masa yang luar biasa. Kerajaan harus mengambil langkah yang luar biasa juga untuk menyelamatkan sektor pekerjaan. Peningkatan jumlah penggangguran bakal merugikan negara sehingga tidak ada lagi pakej rangsangan yang mungkin dapat membantu kita pada masa depan. Kerajaan Perikatan Nasional sebenarnya telah pun tewas kepada negara jiran ASEAN kita dalam daya saing mereka untuk menarik pelabur asing akibat kelemahan, ketidakcekapan dan ketidakstabilan politik. Kekal dengan sindrom penafian dan kedegilan untuk merubah sesuatu yang lebih berkesan untuk sektor perniagaan hanyalah paku keranda terakhir untuk ekonomi kita yang parah dan berdarah. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)Datuk Rozman Bin Isli (Ahli Parlimen Labuan)Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji (Ahli Parlimen Raub)Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya)Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu)M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31322

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Gara Gara Pkp 2 0 Ernie Zakri Dan Syamel Akui Pening Pilih Tarikh Kahwin Yang Baru Nikah Mungkin Tangguh

Hiburan Gara Gara Pkp 2 0 Ernie Zakri Dan Syamel Akui Pening Pilih Tarikh Kahwin Yang Baru Nikah Mungkin Tangguh

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 690 hits
Bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini pasangan sejoli Ernie Zakri dan Syamel nampaknya semakin pening memilih tarikh serta lokasi perkahwinan mereka gara gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 yang bermula pada esok hari S...
Tlndakan Lebih Tega Akan Diambil Kepada Yang Lngkar Pkp Kpn

Tlndakan Lebih Tega Akan Diambil Kepada Yang Lngkar Pkp Kpn

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 228 hits
Kuala Lumpur PoIis Diraja Malaysia akan bertlndak lebih teg4s terhadap individu didapati meIanggar prosedur 0perasi standard sepanjang pelaksanaan Perintah KawaIan Pergerakan kali kedua bermula tengah malam esok
Pkp Penuh Mungkin Dilaksana Jika Kes Covid 19 Tidak Turun Menjelang 4 Februari Eurocham Malaysia

Pkp Penuh Mungkin Dilaksana Jika Kes Covid 19 Tidak Turun Menjelang 4 Februari Eurocham Malaysia

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 365 hits
Perintah Kawalan Pergerakan penuh dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi akan dilaksanakan sekiranya kes penularan pandemik Covid 19 gagal dikawal menjelang 4 Februari 2021
Sik Demi Upah Rm500 Bawa Ketum Ke Kelantan Penganggur Sanggup Langgar Sop Pkp

Sik Demi Upah Rm500 Bawa Ketum Ke Kelantan Penganggur Sanggup Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 393 hits
Demi upah sebanyak RM500 seorang penganggur sanggup melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan dengan menyalahgunakan surat kebenaran rentas daerah untuk membawa 100 bungkusan daun ketum dari Naka di Kuala Nerang Kedah ...
Pkp Lebih Ketat Bermula 4 Februari Seluruh Sektor Ekonomi Ditutup

Pkp Lebih Ketat Bermula 4 Februari Seluruh Sektor Ekonomi Ditutup

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 282 hits
January 24 2021 4PUTRAJAYA sedang mempertimbangkan untuk menutup seluruh sektor ekonomi sekiranya kadar jangkitan Covid 19 di negara ini tidak menurun selepas 4 Februari kata Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia dalam sura...
Pkp 3 0 Lebih Ketat Bakal Dilaksanakan Bekas Pm Kecam Kerajaan Pn Mengarut

Pkp 3 0 Lebih Ketat Bakal Dilaksanakan Bekas Pm Kecam Kerajaan Pn Mengarut

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 680 hits
Jika benar apa yang di bagitahu oleh Najib Razak dalam FB beliau Memang sah kerajaan PN amat bodoh seperti yang di tulis oleh Najib Sepatutnya PKP 2 0 terus diperketatkan tanpa menunggu sebulan baru hendak di ketatkan seperti PKP 1 0Dewan P...
Pkp Mungkin 4 Minggu Kata Kp Kesihatan

Pkp Mungkin 4 Minggu Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 250 hits
freemalaysiatoday com January 13 2021 7 31 PMKetua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan PKP diharap mampu menurunkan kes positif harian kurang dari 500 dalam tempoh empat hingga lima minggu dari sekarang PUTRAJAYA ...
Pkp Mungkin Dilaksana Di Kawasan Pkpb Pkpp Jika Kes Naik

Pkp Mungkin Dilaksana Di Kawasan Pkpb Pkpp Jika Kes Naik

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 292 hits
Kerajaan berharap jumlah kes Covid 19 di sesetengah negeri akan mencatatkan penurunan dalam tempoh dua minggu pelaksanaan PKP jika semua pihak mematuhi SOP PETALING JAYA Kerajaan tidak menolak kemungkinan perintah kawalan pergerakan akan di...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm