Netizen Gelar Dewa Marang Mana Dia Pernah Turun Padang Kecuali Keluar Fatwa Dan Hasut
Pernahkah rakyat lihat Abdul Hadi, Ahmad Samsuri turun padang?HarapandailyDecember 25, 2024
Penerangan UMNO Marang (PUMAR) mempersoalkan kepedulian pemimpin Pas di Terengganu terhadap rakyat termasuk Ahli Parlimen kawasan itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menerusi catatan di Facebook, PUMAR turut memetik nama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang.
PUMAR membangkitkan isu berkenaan ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim membantu tujuh sekeluarga dari Kelantan yang menempuh keperitan hidup di Pulau Pinang.
“Bagaimana pula dengan MP Abdul Hadi Awang, pernahkah dalam 30 tahun terakhir ini rakyat Parlimen Marang melihat beliau turun padang, melihat longkang, naik ke rumah rakyat miskin, berdialog di kedai kopi, berkhidmat seperti YB biasa?
“Atau tugasan hakiki beliau, mendengar ucapan di Dewan Rakyat yang menyentuh langsung kepada pembangunan & kepentingan rakyat Parlimen Marang?
“Pernahkah rakyat DUN Rhu Rendang melihat ADUN Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang tanpa majlis rasmi seperti amalan YBhg Ahmad Razif Abd Rahman lakukan di DUN Seberang Takir dahulu?” soal Penerangan UMNO Marang.
Menurut PUMAR, rakyat di Terengganu kini jarang melihat pemimpin mereka turun ‘mencari masalah’ seperti dilakukan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh serta ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Mengulas keprihatinan Steven Sim yang juga Menteri Sumber Manusia, PUMAR berpendapat sikap pemimpin DAP berkenaan selayaknya dipuji.
Steven Sim bersama keluarga dari Kelantan yang hidup melarat di Pulau Pinang dan terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah.“Apakah kerana beliau beebangsa Cina bukan Islam, maka segala sesuatu dari DAP tidak boleh diterima sedangkan pemimpin kita sendiri bobrok dan tidak berupaya?” soalnya.
Sehubungan itu, PUMAR berharap, disebalik perseteruan politik antara BN dan Pas, kesemua wakil rakyat di Terengganu menggunakan topi mandat kepimpinan daripada rakyat untuk benar-benar berkhidmat.“Usahlah terlalu fokus kepada perkara kecil yang membawa kemenangan, fokuslah kepada kami keseluruhan rakyat, kerana ini amanah Allah, bukan sekadar parti.
“Amalan ucapan “takziah” kepada Yang Berhormat Pas di kala memenangi pilihan raya seharusnya menjadi panduan dan ingatan betapa beratnya amanah yang kalian pikul, bukannya sekadar retorika lisan untuk kepuasan halwa telinga sesama sendiri,” kata PUMAR lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/12/netizen-gelar-dewa-marang-mana-dia.html