Tahukah Anda Senjata Rahsia Yang Tidak Pernah Di Siapkan
Tahukah Anda? Manusia merupakan bangsa yang suka membangunkan senjata demi kepentingan diri-sendiri bagi mengancam mana-mana negara atau agama yang dianggap sebagai ancaman terhadap kewujudannya.
Hal ini telah membawa sesebuah kerajaan untuk membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi membangunkan senjata walaupun senjata yang dibangunkan tidak masuk akal dan dianggap 'gila' di mana akhirnya ia hanya mampu disiapkan setengah jalan dan tidak disiapkan dengan sempurna.
Nak tahu apa jenis senjata tersebut, meh usha kat bawah ni.
Bom Nuklear Lunar
Juga dikenali sebagai Projek 119-A iaitu sebuah program yang dibangunkan untuk mengebom Bulan dengan menggunakan senjata nuklear bagi menaikkan moral dikalangan penduduk Amerika Syarikat selepas berjaya menyaingi Soviet Union dalam perlumbaan angkasa.
Walaubagaimana pun, ia tidak pernah dilaksanakan kerana mengambil langkah untuk meletakkan seorang manusia di Bulan adalah lebih baik daripada cuba untuk meletupkannya.
Kapal Pengangkut Pesawat Aisberg
Juga dikenali sebagai Projek Habakkuk di mana pihak Britain telah membangunkan pelan semasa Perang Dunia Ke-2 untuk membangunkan sebuah kapal pengangkut pesawat pykrete (kapal campuran kayu, besi dan ais).
Ia mengambil suatu tempoh masa yang lama untuk menyedari bahawa ia merupakan satu pembaziran sumber dan menenggelamkan idea tersebut dari dibangunkan.
The Flying Dorito
A-12 Avenger II juga dikenali sebagai "The Flying Dorito". Ia merupakan pesawat pengebom 'stealth' yang dibangunkan bagi menggantikan pesawat Grumman A-6 Intruder yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin.
Pembangunan pesawat A-12 telah berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan dalam pembuatan telah membawa kepada pembatalan projek ini pada tahun 1991 dengan pembaziran kos sebanyak US$5 Billion.
Alat Pemusnah Dunia Pihak Soviet
Ada pihak yang mengatakan ia hanya mitos, namun pada tahun 1990-an, beberapa bekas pegawai tinggi tentera Soviet Union dan bekas ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dalam satu siri wawancara dengan pihak kontraktor pertahanan Amerika Syarikat, BDM mengakui akan kewujudan alat tersebut yang digelar "The Dead Hand".
Dikatakan mungkin masih beroperasi sepenuhnya, ia merupakan sistem kawalan nuklear secara automatik yang mampu melancarkan peluru berpandu balistik antara benua Rusia (ICBMs) sekiranya serangan nuklear dikesan dalam bentuk seismik, cahaya, tahap keradioaktifan dan tekanan yang melampaui batas.
Walaubagaimana pun, kelemahan terhadap bentuk serangan ini telah dikesan dan menggagalkan operasinya.
Kapal Terbang Yang Tidak Mendarat
Selain mempunyai pesawat yang mampu mendarat dan berlepas daripada kapal pengangkut pesawat, pihak tentera juga mahukan sedikit kelainan dan daripada itu, Salmon XFV telah dibangunkan di mana pesawat ini akan mendarat dengan menggunakan ekornya.
Selepas beberapa siri ujian dan penyelidikan, projek ini telah dibatalkan dengan alasan tiada satu pun juruterbang yang mampu mendaratkan pesawat dengan menggunakan ekor secara menegak.
Penceroboh Masa Hadapan
Bayangkan sebuah pesawat pengebom yang direka mampu membawa bom nuklear serta terbang pada ketinggian 15 Kilometer dari paras laut dengan kelajuan 3 kali ganda kelajuan bunyi.
Pesawat B-70 Valkyrie sepatutnya mampu menjadi pesawat pengebom impian pada masa hadapan namun dengan beberapa siri masalah seperti kos yang tinggi, penambahbaikan altitud pada senjata peluru berpandu permukaan keudara, dan pengenalan peluru berpandu balistik antara benua (ICBMs) telah membawa kepada pembatalan projek pesawat ini pada tahun 1961.
Dua rekaan prototaip pesawat ini sempat digunakan namun satu daripadanya telah terhempas berikutan perlanggaran di udara pada tahun 1966.
The Thunderscreesh
XF-84H merupakan pesawat eksperimen turboprop yang dikuasakan dengan enjin turbin yang digabungkan dengan enjin kipas supersonik.
Berikutan terlampau banyak kelemahan dari segi aerodinamik dan tahap kebisingan enjin yang terlampau tinggi, iaitu mampu didengar sehingga 25 batu jauhnya sehingga membawa kepada sakit loya yang teruk dikalangan krew penerbangan telah membawa kepada pembatalan projek ini.
BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Pertama Senjata Penembak Tepat?
-Sentiasapanas.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sentiasapanas.com/2013/04/tahukah-anda-senjata-rahsia-yang-tidak.html