Nespresso Momento Coffee Sebuah Sistem Kopi Tanpa Sentuhan
NESPRESSO Professional memperkenalkan NESPRESSO Momento Coffee, sebuah sistem kopi tanpa sentuhan yang dicipta untuk pengalaman kopi yang bermakna; dan Peru Organic, kopi pertamanya yang disahkan organik | Diilhamkan daripada evolusi cara bekerja dalam era pendemik ini, Nespresso Professional telah mengumumkan pelancaran mesin Nespresso Momento Coffee untuk menyampaikan pengalaman kopi yang tulen, mampan dan berkualiti tinggi. Mesin ini direka dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara para pengguna terutamanya di suasana pejabat dalam kalanganrakan sekerja, serta para pelawat di hotel. Selain itu, pengalaman seperti ini juga dapat menggalakkan kreativiti serta penciptaan hubungan-hubungan bermakna. Pengenalan mesin Nespresso Momento Coffee ini juga ditemani dengan pelancaran Peru Organic— kopi pertama yang disahkan organik dalam rangkaian kopi Professional Origins
“Dunia bekerja pada hari ini kian pantas berubah dengan pengenalan pelbagai SOP baharu termasuklah konsep bekerja jarak jauh ataupun secara hibrid, lantas menjadikan interaksi manusia secara bersemuka kini lebih bermakna kerana kita sedar bahawa ia mampu mencetuskan semangat berpasukan yang lebih kuat dan kreatif – sering kali ditemani secawan kopi. Nespresso Professional ingin menjadi sebahagian daripada interaksi ini dengan memperkenalkan Nespresso Momento Coffee, agar menggalakkan lagi penciptaan hubungan bermakna yang juga dapat mencetus nilai perniagaan. Di era pandemik ini, selain menikmati kopi dengan selamat di rumah, kini para pencinta kopi juga boleh menikmati kopi berkualiti tinggi di luar rumah dengan tenang besertakan pengalaman barista yang unik melalui Nespresso Momento Coffee,” kata Floriane Novello, Pegawai Eksekutif Perniagaan di Nespresso Malaysia.“Nespresso Professional juga teruja untuk mengumumkan penghasilan adunan organiknya yang pertama, Peru Organic, yang dihasilkan dengan kolaborasi bersama komuniti perladangan tempatan. Menikmati kopi organik kini menjadi pilihan gaya hidup yang semakin popular buat ramai pencinta kopi. Oleh itu, kami telah meluangkan masa dan memberi tumpuan rapi terhadap penghasilan Peru Organic. Kami berharap para pelanggan akan menikmati keunikan rasa kopi organik baharu ini yang dihasilkan mengikut piawaian yang ketat di keseluruhan rantaian bekalannya,” tambah Floriane.
Dalam usaha mencipta masa hadapan yang mampan, Nespresso Professional telah berganding bahu dan bekerjasama dengan W Kuala Lumpur, sebuah hotel yang terkenal di peringkat antarabangsa yang turut menghargai kelestarian, untuk menjadi salah satu rakan kongsi B2B kami yang menawarkan Nespresso Momento Coffee dan Peru Organic kepada tetamu mereka
Berhubung kenyataan di atas, Christian Metzner, Pengurus Besar W Kuala Lumpur berkata: “Sebagai sebuah jenama, W melangkaui jangkaan dan melanggar norma kemewahan traditional. Dengan misi untuk membakar semangat kehihdupan buat tetamu kami, W memberikan keinginan obsesif untuk menghidupkannya dengan lebih membara. Selain W ialah berjenama yang inovatif, ia juga akan memberi inspirasi dan bersemangat untuk meraikan selera tetamu yang tidak berkesudahan untuk mengetahui perkara baharu/seterusnya. Kami juga memahami tanggungjawab dan kepentingan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti, alam sekitar dan juga dalam perniagaan. Justeru, kami sangat berbesar hati untuk berkolaborasi dengan rakan kongsi seperti Nespresso yang bersependapat dan berkongsi komitmen demi kemampanan, di samping menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan kami.”
Nespresso Momento Coffee direka cipta untuk menyampaikan pengalaman kopi tanpa sentuhan, asli, mampan dan berkualiti tinggi yang menyatukan orang ramai.
Melalui kerjasama ini, W Kuala Lumpur akan melancarkan satu menu pilihan khas yang dihasilkan menggunakan kopi Nespresso Professional untuk pelanggannya. Boleh didapati dari 20 Mei hingga 25 Jun 2022 pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja, menu empat kursus ini berharga RM248 seorang. Pelanggan yang berminat mencuba menu pilihan khas ini boleh membuat tempahan di W Kuala Lumpur dengan menghubungi +603-2786 8888 atau
[email protected]. Pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Inovasi
Pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Inovasi Moden untuk Momen Kopi Tanpa Sentuhan yang Diperkaya
Dilengkapi teknologi canggih yang seiring dengan dunia kita yang semakin terhubung, sistem Nespresso Momento merupakan mesin yang paling intuitif dalam rangkaian Nespresso Professional setakat ini. Memandangkan pilihan kopi sekarang semakin berkembang, mesin ini boleh mencadangkan saiz cawan yang optimum dan memberikan maklumat tentang nota-nota aromatik dan intensiti untuk semua 15 jenis kopi dalam rangkaian Nespresso Professional
Menawarkan reka bentuk yang moden dan menarik, Nespresso Momento Coffee didatangkan dengan ciri-ciri tanpa sentuh, termasuk alat kawalan jauh, pembancuhan automatik dan pilihan skrin kunci. Dengan adanya alat kawalan jauh, pencinta kopi mampu mengendalikan mesin menggunakan telefon bimbit mereka, dengan bantuan aplikasi web intuitif. Ini membolehkan individu memasukkan kapsul dan memilih saiz cawan dan resipi pilihan terus daripada telefon bimbit untuk pengalaman tanpa sentuhan sepenuhnya
Ciri pengecaman kapsul canggih ini membolehkan proses bancuhan secara automatik. Nespresso Momento Coffee mampu mengenal pasti kapsul yang dimasukkan dan membancuh kopi mengikut saiz cawan yang telah ditetapkan. Ia juga menawarkan pilihan skrin kunci untuk memudahkan proses pembasmian kuman. Tambahan pula, mesin kopi ini dibina untuk tahan lama, kukuh dan memudahkan penyelenggaraan harian
Sistem Nespresso Momento adalah mesin yang paling senyap dalam rangkaian ini, sesuai diletakkan di dalam bilik mesyuarat atau bilik persidangan yang kecil atau ruang-ruang terbuka tanpa bimbang akan gangguan. Reka bentuk ini juga telah menerima pengiktirafan di Anugerah Reka Bentuk iF 2019, salah satu pertandingan reka bentuk yang terkenal dan dihargai di taraf antarabangsa
Kopi organik pertama yang diperakui oleh Nespresso Professional: Peru Organic
Peluasan rangkaian Nespresso Professional Origins menyampaikan pelbagai pengalaman kopi untuk para professional dan merupakan satu peristiwa penting dimana Nespresso Malaysia memperkenalkan kopi pertamanya yang diperakui organik, Peru Organic. Ini adalah sebahagian daripada kemas kini terhadap rangkaian kopi Professional Origins, yang sedia merangkumi tiga kopi tersendiri yang diperoleh secara ekslusif dari Brazil, Guatemala dan India
Peru Organic adalah kopi pertama yang disahkan organik dalam rangkaian kopi Professional Origins, memenuhi pilihan gaya hidup yang semakin popular bagi orang ramai.
Pengenalan Peru Organic, yang diperolehi dari Peru, memenuhi keinginan sebilangan pengguna yang semakin meningkat di seluruh dunia yang mementingkan pembelian barangan organik sebagai sebahagian penting dalam gaya hidup mereka. Kopi ini dipilih dengan teliti dengan satu sumber negara asal, diperkayakan dengan kaedah penanaman, penuaian dan pemprosesan yang dianjurkan oleh komuniti petani tempatan
Peru Organic mempunyai profil kopi dengan keasidan buah yang diseimbangkan dengan aroma kontras bijirin manis panggang. Adunan kopi ini boleh disediakan dengan susu selain disyorkan untuk dinikmati sebagai latte macchiato untuk pengalaman kopi yang cukup berkualiti
Komitmen Nespresso terhadap Kemampanan
Kemampanan adalah teras dalam semua perkara yang dilakukan oleh Nespresso. Syarikat ini komited untuk mencipta perubahan positif untuk para petani, rakan kongsi perniagaan dan pengguna kami serta alam sekitar, di samping membenarkan perniagaan menawarkan pekerja dan pelanggan mereka dengan kopi yang terbaik di dunia
Mesin-mesin juga memainkan peranan penting dalam komitmen ini dan mesin Nespresso Momento Coffee telah dibina dengan kemampanan sebagai terasnya. Dengan komponen yang tahan lama dan elemen yang mudah untuk dibaiki atau diganti selain pembungkusan dan tetapan yang boleh dikitar semula lantas menyumbang kepada pemeliharaan sumber air dan tenaga, kami telah mengambil semua langkah untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan membantu Nespresso untuk mencapai cita-cita neutraliti karbon menjelang 2022. Oleh itu, para pekerja boleh menikmati secawan kopi yang lazat dengan pengetahuan bahawa ia telah dihasilkan dengan Prinsip Cawan Positif.
Semua kapsul kopi Nespresso termasuk kapsul komersial diperbuat daripada aluminium, salah satu bahan terbaik untuk melindungi kesegaran, kualiti dan rasa kopi. Nespresso Malaysia juga telah melabur dalam program kitar semulanya dan komited untuk memudahkan penggemar kopi mengitar semula kapsul terpakai
Harga dan ketersediaan
Nespresso Momento Coffee kini tersedia dengan harga RM 6,480 seunit, dan pengguna baharu layak mendapatkan Pakej Alu-aluan pada harga RM 6,099 yang termasuk 1 unit Aeroccino, 5 kotak kopi terpilih dan 1 unit kotak kapsul. Sementara itu, pilihan pinjaman juga tersedia, di mana perniagaan dikehendaki membeli 450 kapsul kopi sebulan, yang bermula dari RM2.10 setiap kapsul. Pelanggan juga boleh membeli kopi Peru Organic dengan harga RM2.35 setiap kapsul, atau RM117.50 untuk sekotak yang mengandungi 50 kapsul
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nespresso Momento Coffee dan Peru Organic, lawati laman web rasmi Nespresso Professional (www.nespresso.com/pro), atau melalui Talian Khidmat Pelanggan mereka di 1800 80 6507 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 hingga 22:00, talian tol percuma) untuk maklumat terkini mengenai berita dan tawaran mereka
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2022/05/nespresso-momento-coffee-sebuah-sistem.html