Jom Makan Di Cafe Baru Tanah Merah Jiwa Kopi Dan Bingsu Tanah Merah
Jom Makan Di Cafe Baru Tanah Merah | Jiwa Kopi Dan Bingsu Tanah Merah | Jalan Jalan di Tanah Merah Kelantan tapi tak tahu nak makan dan lepak dekat mana dengan kawan kawan? Jom aku kongsikan dengan korang satu lagi cafe baru yang boleh dikunjungi iaitu Jiwa Kopi Dan Bingsu Tanah Merah yang terletak di Taman Kota Harmoni.
Jiwa Kopi dan Bingsu Tanah Merah Alamat : Lot 6382 & 6383, Taman Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari 830 Pagi hingga 11 Malam
Jiwa Kopi dan Bingsu Tanah Merah baru sahaja dibuka pada hujung bulan Mei yang lepas (30/05/2022). Pada hari pertama cafe ini dibuka, sambutan yang diberikan oleh netizen sangat menggalakkan. Seawal 8.30 Pagi sudah ada ramai pelangan datang untuk mencuba sendiri menu yang ada di Jiwa Kopi dan Bingsu Tanah Merah
Dekorasi cafe ini sangat simple dengan konsep hitam dan putih. Dorang juga menghias dinding dengan warna coklat dan hijau untuk membuatkan cafe nampak lebih menarik. Salah satu tarikan dalam cafe ini adalah tulisan besar "Jiwa Tanah Merah" yang pastinya akan dijadikan salah satu spot untuk bergambar
Korang yang belum pernah datang ke mana mana cawangan Jiwa Kopi dan Bingsu mesti tertanya tanya tentang menu yang ada di cafe ini. Untuk pengetahuan korang, dekat sini ada pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman termasuklah Pizza yang lebih dikenali dengan Jiwa Pizza.
Makanan dan Minuman Yang Ada di Jiwa Kopi Dan Bingsu Tanah Merah x Jiwa Pizza Tanah MerahHarga yang dipaparkan tidak termasuk SST*
Pada pendapat aku, Jiwa Kopi dan Bingsu adalah salah satu cafe yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman. Memang pening nak pilih bila tengok menu. Selain dari menu yang aku kongsikan, korang juga boleh mencuba beberapa jenis kek dekat sini contohnya Red Velvet Cake, Tiramisu Crepe, Cadburry Oreo Cheese Cake, Rainbow Crepe, Carrot Cake, Belgium Coklat, Neopolitan Crepe dan banyak lagi.
Walau pun ada banyak pilihan kek tapi aku tak order pun sebab bila banyak sangat boleh rambang mata haha. InsyaAllah next time kalau datang lagi ke Jiwa Kopi dan Bingsu Tanah Merah aku akan cuba ok
Untuk pertama kali datang ini aku order Salted Caramel Latte. Kebetulan pulak pada hari pertama pembukaan cafe dorang ada bagi minuman percuma untuk 100 pelanggan pertama. Jadi, untuk yang percuma tuh aku pilih Peach Tea
Salted Caramel Latte tuh memang nampak sedap tapi tak minum sebab bagi dekat kawan aku. Untuk Peach Tea tuh memang sedap! Tambah pulak dorang letak laici dua biji dekat dalam tuh lagi bertambah sedap la. Aku minum dua gelas Peach Tea tau haha. Lagi pun aku lebih "prefer" minuman tanpa ada susu atau pun campuran cream especially bila ada makanan berat sebab takut terlalu kenyang.
Bercakap pasal makanan, aku ambil keputusan untuk order pizza. Ada beberapa pilihan tapi aku ambil yang paling basic which is Beef Pepperoni.
Aku order size regular dan kalau korang tengok dalam gambar beef pepperoni yang dorang letak memang banyak, sama juga dengan mozarella cheese.
Kiranya semua ok tapi yang membuatkan aku kurang suka pizza ini adalah dia punya doh. Mungkin pada orang lain ok tapi untuk aku ianya agak keras sedikit. Seperti biasa, ini adalah pendapat masing masing, korang boleh datang cuba and judge yourself.
The next one adalah Bingsu
Bingsu kawan aku yang order. Dia ambil Mix Fruit Bingsu dimana dekat dalam tuh ada buah strawberi dan mango.
Aku tak ingat bila last time aku makan bingsu tapi apa yang aku boleh share dengan korang, Mix Fruit Bingsu ini sangat sedap. Dia punya shaved ice tuh sangat lembut. Lepas tuh buah buahan dorang letak banyak. Potongan buah mango dan strawberi pun agak besar. Kitorang makan sampai betul betul licin satu mangkuk
Ada lebih kurang 15 Jenis Bingsu yang ada untuk korang cuba. Jadi, tunggu apa lagi? Nak makan dan lepak dengan kawan kawan dekat Tanah Merah bolehlah datang Jiwa Kopi dan Bingsu Tanah Merah untuk cuba pelbagai jenis menu yang ada.
Facebook : jiwakopidanbingsuInstagram : @jiwakopidanbingsu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2022/05/jom-makan-makan-di-jiwa-kopi-dan-bingsu-tanah-merah.html