Aku Kau Kopi Zus
Walaupun kedai kopi tumbuh bak cendawan lepas hujan... MY jarang jarang la menikmati kopi kopi di kedai kopi yang eksklusif tu. Segan nak masuk, tak reti order satu hal.. Kang buat buat terkejut dengan harganya... dah satu hal lagi...hahaha...
Ramai je kawan kawan terdekat yang tak percaya Mama Yan dan suami tak pernah masuk Starbucks...kahkahkah... kitorang berdua ni kekampungan sikit. Dua dua pun tak reti order. Apa beza latte, cappucino, mocha, hazelnut, pun tak berapa tau. Kami tau Kopi O kurang manis, kopi kaww, kopi segera alicafe... tu je...
Hari tu kat Facebook MY asyik la lalu lalang apps ZUS coffee... MY pun download la... Sebab kat Pekan Nanas dah ada buka Zus Coffee...konon nak order, Tapi tak order order pun.. Kemain lama apps tu dalam handphone...
Baru pagi ni cuba order guna apps zus coffee. Sebabnya..uncang kopi o MY dah habis... Lupa nak beli. Hari ni pulak hujan gerimis... langit berarak mendung... sejuk aje... nak buat kerja apa pun malas. Rasa macam nak aje bergulung dalam selimut. Orderlah air panas panas... Mana tau minum air panas boleh jadi rajin sikit kerja... dapat buat 2 ke 3 entry sekali...hahaha...
lepas sampai... air coklat anak, minta yang ice, dia bagi yang panas.Haruslah komplen kan.... dia nak hantar yang baru.. Tapi takyah la..yang panas tu pun anak dah bedal separuh. Elok aje pun... Cuma komplen untuk perbaiki kualiti lah. Kalau takde stok ais..call la kan...
Air yang MY punya? sedap sangat.. Lemak lemak gitu... Rasa macam nak order lagi untuk sesi petang. Tapi sila muhasabah diri lah kann... Ianya less sugar, bukan zero sugar. Masih bergula walaupun sedikit. Lepas pekena kopi, satu entry pun tak siap..hahaha... Ni sambung petang lepas hantar anak sekolah baru siap. hahahampes aje perangai kan. Entah buat apa aje pun pagi tadi... Tahu tahu dah dekat pukul 12, nak ambil Mijan balik sekolah pula.
Ada orang 1 hari tak minum kopi boleh rasa tak bertenaga... MY takla sampai macam tu sekali. Kopi, teh, milo, horlick, sirap, sky juice semua pun boleh minum. Cuma kena order kurang manislah. Tapikann..teh tarik..kalau kurang manis biasanya failed terus...
Dah rasa sekali, memang rasa nak beli lagi gayanya ni.. Haishhh... tulah...siapa suruh gatal mulakan...hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2022/06/aku-kau-kopi-zus.html