Bancuh Kopi Cara Paling Selamat Tanpa Sentuhan Dengan Nespresso Momento Coffee


Diilhamkan daripada evolusi cara bekerja dalam era pendemik ini, Nespresso Professional telah mengumumkan pelancaran mesin Nespresso Momento Coffee untuk menyampaikan pengalaman kopi yang tulen, mampan dan berkualiti tinggi. Mesin ini direka dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara para pengguna terutamanya di suasana pejabat dalam kalangan rakan sekerja, serta para pelawat di hotel. Selain itu, pengalaman seperti ini juga dapat menggalakkan kreativiti serta penciptaan hubungan-hubungan bermakna. Pengenalan mesin Nespresso Momento Coffee ini juga ditemani dengan pelancaran Peru Organic— kopi pertama yang disahkan organik dalam rangkaian kopi Professional Origins



Dalam usaha mencipta masa hadapan yang mampan, Nespresso Professional telah berganding bahu dan bekerjasama dengan W Kuala Lumpur, sebuah hotel yang terkenal di peringkat antarabangsa yang turut menghargai kelestarian, untuk menjadi salah satu rakan kongsi B2B kami yang menawarkan Nespresso Momento Coffee dan Peru Organic kepada tetamu mereka

Melalui kerjasama ini, W Kuala Lumpur akan melancarkan satu menu pilihan khas yang dihasilkan menggunakan kopi Nespresso Professional untuk pelanggannya. Boleh didapati dari 20 Mei hingga 25 Jun 2022 pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja, menu empat kursus ini berharga RM248 seorang. Pelanggan yang berminat mencuba menu pilihan khas ini boleh membuat tempahan di W Kuala Lumpur dengan menghubungi +603-2786 8888 atau [email protected]

Pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Inovasi Moden untuk Momen Kopi Tanpa Sentuhan yang Diperkaya 
Dilengkapi teknologi canggih yang seiring dengan dunia kita yang semakin terhubung, sistem Nespresso Momento merupakan mesin yang paling intuitif dalam rangkaian Nespresso Professional setakat ini. Memandangkan pilihan kopi sekarang semakin berkembang, mesin ini boleh mencadangkan saiz cawan yang optimum dan memberikan maklumat tentang nota-nota aromatik dan intensiti untuk semua 15 jenis kopi dalam rangkaian Nespresso Professional


Menawarkan reka bentuk yang moden dan menarik, Nespresso Momento Coffee didatangkan dengan ciri-ciri tanpa sentuh, termasuk alat kawalan jauh, pembancuhan automatik dan pilihan skrin kunci. Dengan adanya alat kawalan jauh, pencinta kopi mampu mengendalikan mesin menggunakan telefon bimbit mereka, dengan bantuan aplikasi web intuitif. Ini membolehkan individu memasukkan kapsul dan memilih saiz cawan dan resipi pilihan terus daripada telefon bimbit untuk pengalaman tanpa sentuhan sepenuhnya

Ciri pengecaman kapsul canggih ini membolehkan proses bancuhan secara automatik. Nespresso Momento Coffee mampu mengenal pasti kapsul yang dimasukkan dan membancuh kopi mengikut saiz cawan yang telah ditetapkan. Ia juga menawarkan pilihan skrin kunci untuk memudahkan proses pembasmian kuman. Tambahan pula, mesin kopi ini dibina untuk tahan lama, kukuh dan memudahkan penyelenggaraan harian

Sistem Nespresso Momento adalah mesin yang paling senyap dalam rangkaian ini, sesuai diletakkan di dalam bilik mesyuarat atau bilik persidangan yang kecil atau ruang-ruang terbuka tanpa bimbang akan gangguan. Reka bentuk ini juga telah menerima pengiktirafan di Anugerah Reka Bentuk iF 2019, salah satu pertandingan reka bentuk yang terkenal dan dihargai di taraf antarabangsa

Kopi organik pertama yang diperakui oleh Nespresso Professional: Peru Organic
Peluasan rangkaian Nespresso Professional Origins menyampaikan pelbagai pengalaman kopi untuk para professional dan merupakan satu peristiwa penting dimana Nespresso Malaysia memperkenalkan kopi pertamanya yang diperakui organik, Peru Organic. Ini adalah sebahagian daripada kemas kini terhadap rangkaian kopi Professional Origins, yang sedia merangkumi tiga kopi tersendiri yang diperoleh secara ekslusif dari Brazil, Guatemala dan India. 


Pengenalan Peru Organic, yang diperolehi dari Peru, memenuhi keinginan sebilangan pengguna yang semakin meningkat di seluruh dunia yang mementingkan pembelian barangan organik sebagai sebahagian penting dalam gaya hidup mereka. Kopi ini dipilih dengan teliti dengan satu sumber negara asal, diperkayakan dengan kaedah penanaman, penuaian dan pemprosesan yang dianjurkan oleh komuniti petani tempatan

Peru Organic mempunyai profil kopi dengan keasidan buah yang diseimbangkan dengan aroma kontras bijirin manis panggang. Adunan kopi ini boleh disediakan dengan susu selain disyorkan untuk dinikmati sebagai latte macchiato untuk pengalaman kopi yang cukup berkualiti

Komitmen Nespresso terhadap Kemampanan
Kemampanan adalah teras dalam semua perkara yang dilakukan oleh Nespresso. Syarikat ini komited untuk mencipta perubahan positif untuk para petani, rakan kongsi perniagaan dan pengguna kami serta alam sekitar, di samping membenarkan perniagaan menawarkan pekerja dan pelanggan mereka dengan kopi yang terbaik di dunia. 


Mesin-mesin juga memainkan peranan penting dalam komitmen ini dan mesin Nespresso Momento Coffee telah dibina dengan kemampanan sebagai terasnya. Dengan komponen yang tahan lama dan elemen yang mudah untuk dibaiki atau diganti selain pembungkusan dan tetapan yang boleh dikitar semula lantas menyumbang kepada pemeliharaan sumber air dan tenaga, kami telah mengambil semua langkah untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan membantu Nespresso untuk mencapai cita-cita neutraliti karbon menjelang 2022. Oleh itu, para pekerja boleh menikmati secawan kopi yang lazat dengan pengetahuan bahawa ia telah dihasilkan dengan Prinsip Cawan Positif

Semua kapsul kopi Nespresso termasuk kapsul komersial diperbuat daripada aluminium, salah satu bahan terbaik untuk melindungi kesegaran, kualiti dan rasa kopi. Nespresso Malaysia juga telah melabur dalam program kitar semulanya dan komited untuk memudahkan penggemar kopi mengitar semula kapsul terpakai

Harga di Pasaran
Nespresso Momento Coffee kini tersedia dengan harga RM6,480 seunit, dan pengguna baharu layak mendapatkan Pakej Alu-aluan pada harga RM6,099 yang termasuk 1 unit Aeroccino, 5 kotak kopi terpilih dan 1 unit kotak kapsul. Sementara itu, pilihan pinjaman juga tersedia, di mana perniagaan dikehendaki membeli 450 kapsul kopi sebulan, yang bermula dari RM2.10 setiap kapsul. Pelanggan juga boleh membeli kopi Peru Organic dengan harga RM2.35 setiap kapsul, atau RM117.50 untuk sekotak yang mengandungi 50 kapsul



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nespresso Momento Coffee dan Peru Organic, lawati laman web rasmi Nespresso Professional (www.nespresso.com/pro), atau melalui Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 80 6507 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 hingga 22:00, talian tol percuma) untuk maklumat terkini mengenai berita dan tawaran kami









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/05/bancuh-kopi-cara-paling-selamat-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nespresso Momento Coffee Sebuah Sistem Kopi Tanpa Sentuhan

Nespresso Momento Coffee Sebuah Sistem Kopi Tanpa Sentuhan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 123 hits
NESPRESSO Professional memperkenalkan NESPRESSO Momento Coffee sebuah sistem kopi tanpa sentuhan yang dicipta untuk pengalaman kopi yang bermakna dan Peru Organic kopi pertamanya yang disahkan organik Diilhamkan daripada evolusi cara bekerj...
Tip Selamat Elak Akaun Kena Hack Google Kongsi 10 Cara Kreatif Pilih Password Terbaik

Tip Selamat Elak Akaun Kena Hack Google Kongsi 10 Cara Kreatif Pilih Password Terbaik

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 205 hits
KES akaun e mel sering digodam pihak tidak bertanggungjawab sehingga setiap data peribadi dicuri menjadi satu masalah yang perlu diberikan perhatian serius Mana tidaknya setiap maklumat yang disalah guna oleh orang ketiga boleh menyebabkan ...
Cara Bancuh Susu Yang Betul Goncang Sampai Berbuih Boleh Buat Anak Kembung

Cara Bancuh Susu Yang Betul Goncang Sampai Berbuih Boleh Buat Anak Kembung

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 306 hits
Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kerana kandungan nutrisinya tiada tandingan dengan susu formula Bagaimanapun tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab sebab tertentu Disebabkan itu ada ibu yang terpaksa memberi ...
Modal Paling Jimat Lelaki Ni Kongsi Cara Berkesan Halau Cicak Dalam Rumah

Modal Paling Jimat Lelaki Ni Kongsi Cara Berkesan Halau Cicak Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 159 hits
Satu hal yang menjadi masalah di rumah selain lipas pastinya masalah tahi cicak yang bertebaran di rumah kita Macam mana nak jauhkan cicak ini di rumah Rupanya bahan mudah boleh menghalau cicak dengan mudah Macam mana nak buat Perkongsian p...
Ppim Dedah Pusat Penyembelihan Di Australia Tidak Ikut Cara Islam Swatv Media 10 05 2022

Ppim Dedah Pusat Penyembelihan Di Australia Tidak Ikut Cara Islam Swatv Media 10 05 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Isu pusat penyembelihan di Australia yang menimbulkan keraguan ramai pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat dan Sahaba 99 hari ini mengadakan sidang media mendedahkan tatacara penyembelihan yan...
Cara Tukar Courier Dari Jnt Ke Poslaju

Cara Tukar Courier Dari Jnt Ke Poslaju

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 143 hits
Baru baru ini sistem penghantaran JnT di tempat saya bermasalah lambat dihantar dan paling haru customer kena pickup sendiri Setakat ini penghantaran Pos Laju dan DHL terbaik JnT juga terbaik sebelum ini tapi tak tahu apa masalah mereka seh...
Resipi Tauhu Berlauk Paling Simple Tapi Sedap Kebabom Siap Sos Kicap Pedas

Resipi Tauhu Berlauk Paling Simple Tapi Sedap Kebabom Siap Sos Kicap Pedas

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 121 hits
Kita rasa susah tetapi nak buat Tauhu Berlauk sebenarnya cukup mudah Nak buat macam mana Resipi simple dan sedap ini anda kena cuba Memang simple perkongsian resipi dari ini Sedap pulak tu TAUHU BERLAUK Paling senang buat tapi paling malas ...
Khai Bahar Amp Shiha Zikir Dinobat Paling Meletop Ini Senarai Pemenang Ame2021

Khai Bahar Amp Shiha Zikir Dinobat Paling Meletop Ini Senarai Pemenang Ame2021

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 102 hits
Penyanyi Khai Bahar dan Shiha Zikir masing masing dinobatkan Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita pada Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya sebentar tadi Khai turut memenangi kategori Penyanyi Mel
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk