Nenggiri Pilih Siapa Wadi Atau Mawi



Ketemu Asmawi di Kampung Bertam.ULASAN AKHIR PIRAKE NENGGIRI

BESOK 17 Ogos seramai kira-kira 20,259 rakyat Nenggiri yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPM) akan diberikan tanggungjawab kenegaraan untuk memilih wakil rakyat baru bagi kawasan itu.
Dua orang anak muda kelahiran dalam kawasan Nenggiri dari kampung sama, Bertam telah diistyharkan sebagai calon. Mereka akan berentap di antara satu sama lain. Mereka ialah Rizwadi Ismail, 41 dan Mohd Azmawi Abdul Ghani, 38. Rizwadi mewakili PN (Pas), manakala Azmawi mewakili BN. Pertandingan satu lawan satu yang menjadi simbol "peperangan" sejak azali di antara Pas dengan Umno di Kelantan.

Kempen dibenarkan selama 14 hari akan tamat menjelang pukul 12:00 malam ini. Selama 12 hari kedua pihak telah berkempen, menggunakan segala tenaga dan kekuatan, tektik dan strategi untuk menjamin kemenangan masing-masing. BN lebih mengambil pendekatan kempen ziarah dari rumah ke rumah, Pas masih seronok dengan kempen terbuka, memainkan lampu hand phone.
Mereka juga mendapat sokongan dan dukung parti masing-masing. Hampir semua pemimpin PN besar kecil dari Johor hingga dari Perlis turun berkempen dengan berkampung di Nenggiri sejak hari penamaan calon 3 Ogos. Yang gagah datang berlari, yang uzur datang bertongkat, kok...kok.

Secara umumnya Dun N 43 Nenggiri merupakan kawasan milik BN. Selama dua/tiga penggal BN menguasai Dun berkenaan. Dalam pilihan raya lalu baru ia terlucut ke tangan PN buat pertama kali menerusi calon parti serpihan Umno, Bersatu. Dalam kata lain Pas belum pernah menguasai Nenggiri.

Kejayaan PN merampas kerusi itu dilihat suatu peralihan selera politik berlaku di kawasan pendalaman itu. Kejayaan itu menyeronokkan Pas/PN. Berpegang kepada kejayaan lalu itulah PN merasakan mereka akan dapat mengekalkan kerusi berkenaan Sabtu ini, apa lagi dengan mengambil kira semangat Sungai Bakap akan mengalir ke Nenggiri. Lantaran itu juga Pas beriya untuk memiliki sampai sanggup melacurkan ahlinya untuk dijadikan calon.

Sementara BN serius untuk menawan semula kerusi berkenaan kerana dengan kejayaan itu nanti ia akan memberi signifikan dan membawa sinar baru kepada BN yang telah hilang semangat, kekuatan dan perpaduan di Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu.
Kemenangan di Nenggiri nanti akan dijadikan obor atau penempaan bahtra yang bakal dilayarkan di Kelantan selepas ini sehingga ke Piraum ke-16. Lantaran itu BN obses untuk menang di Nenggiri.
BN menaruh harapan dan keyakinan besar mereka akan berjaya apabila mendapat kerjasama daripada PH. Kerjasama itu akan menambah nilai buat mereka, meskipun ia tidak banyak kerana pengaruh PH, Amanah dan PKR di Nenggiri tidak sampai 5 peratus daripada jumlah pengundi. Dengan ada sokongan moral daripada Dap ia meyakinkan BN.


Selamat bertempur Mawi dan Wadi.Dalam pilihan raya lalu BN kalah dengan 810 undi sahaja, kekalahan dianggap tipis. Kekalahan itu dikenal pasti kerana beberapa faktor yang tidak bersifat kekal. Antaranya ada penolakan kecil dari kalangan peneroka Kesedar dan Felda, dan juga Orang Asli. Orang Asli yang mewakili kira-kira 14% atau 2,700 pengundi tidak lagi menjadi fix deposit kepada BN. Hakikat itu menyebabkan Pas telah mencanangkan berlaku perubahan minat partian di kalangan Orang Asli.

Sementara peneroka Kesedar dan Felda tidak bersungguh menyokong BN kerana mereka dihambat dengan masalah pemilikan hak milik tanah rancangan itu. BN dilihat tidak bersungguh untuk menyelasaikan masalah mereka yang bertele-tele sejak beberapa tahun lalu. Kesan dari itu menyebabkan peneroka kecewa dan ada yang protes tidak keluar mengundi menyebabkan Ku Li menerima kesan buruknya.
Walaupun kerajaan Pas juga tidak mengatasi masalah mereka, menuntaskan soal pemilikan geran, tetapi kerana ada kempen dan janji kerajaan Pas akan menyelesaikan masalah mereka, menyebabkan mereka mengundi Pas. Ternyata undi itu sia-sia sahaja apabila setelah menang Pas tidak menunaikan apa dijanjikan.
Disebabkan isu juga menjadikan peneroka Kesedar dan Felda tidak keluar mengundi akhirnya mengakibatkan BN kalah, dan Tengku Razaleigh ikut menjadi mangsa hilang kerusi yang disandangnya selama 12 penggal di Gua Musang.
Bagaimana esok? Apakah BN akan merampas balik atau PN (sebenarnya Pas) akan mempertahankan kerusi berkenaan. Apakah Mawi atau Wadi akan jadi wakil rakyat baru? Jika dikira dari ilmu abjad huruf M akan mendahului huruf W. Mengikut penganalisa bebas, kedudukan BN dan PN sama gagah. Mahiaddin sendiri menyatakan keyakinan menang, tetapi berpesan jangan konfiden. Bila beliau sebut jangan konfiden maknanya tidak penuh yakin. Manakala Zahid Hamid yakin BN akan menang, keyakinan Zahid itu seakan over confiden.

Tengku Razaleigh support
sepenuhnya Azmawi.Ke mana dan parti mana rakyat Nenggiri akan mengundi esok ia berpandu kepada kempen yang mempengaruhi mereka. Walaupun mereka sudah masak dengan politik BN dan Pas, tetapi kempen masih mempengaruhi mereka. Kempen ada appetizer mereka untuk membuat pilihan. Selain itu keperibadian calon juga ikut mempengaruhi. Dalam konteks ini, kedua-dua calon ada kelebihan dan kekurangan. Bagaimana pun dari segi kesesuaian untuk jadi wakil rakyat ada kepada Azmawi sebab beliau sudah lama bergerak sebagai wakil rakyat. 

Sepanjang kempen kita sudah dengar apakah bahan dan isu yang dimainkan. Soal pemilikan tanah, masalah kemudahan air bersih, penggondolan bukit bukau merosakkan alam sekitar dan pemberian tanah kepada Cina digendang dan dipalu agak meriuh di Nenggiri. Isu pemberian tanah dan penggondolan bukit bukau menyebabkan alam rosak sebenarnya sudah lama berlaku. Ia sudah berbakul didedah oleh bekas Exco Kelantan Husam Musa, tetapi tidak memberi kesan menyedarkan pengundi dan mengendahkan kerajaan Kelantan.

Isu ini kini dimainkan oleh BN, yang mana ia terkena ke atas batang hidungnya juga. Seperti pemberian hak milik tanah, ia merupakan isu bersama BN dan PN. Jadi isu ini tidak memberi kesan besar melainkan ditertawakan oleh pengundi. Ia hanya seronok didengar, membimbangkan, dan suatu yang penting tetapi tidak berbekas kepada jiwa orang Kelantan.

Kalau pun isu yang boleh dikira dimakan ialah tentang infrastruktur, jalan perhubungan dan masalah air dan eletrik. Air masih jadi masalah memilukan begitu juga dengan eletrik menyedihkan. Seorang peneroka di Perasu terpaksa menghabiskan RM50,000 untuk menyediakan generator bagi mendapatkan eletrik. Ini menunjukkan masalah eletrik serius dan gagal diatasi oleh kerajaan.
Manakala di sebelah PN, mereka kehilangan isu tempatan untuk dicanangkan. Isu tanah, alam sekitar dan kemudahan asas menjadikan mereka kekok kerana menyedari ia tidak dapat dilaksanakan. Jika mereka timbulkan isu itu ia seperti meludah ke langit terkena batang hidung sendiri. Justeru mereka menyembunyikan isu berkenan.
Ribuan mengarak Asmawi ke
pusat penamaan calon.Kerana itu isu yang dimainkan ialah isu peribadi pemimpin BN dan PH. Zahid Hamidi digodam seteruk-teruknya begitu dengan juga Anwar Ibrahim yang tidak pun turun ke Nenggiri dijadikan isu menghiburkan rakyat. Pihak kerajaan Kelantan langsung tidak menghargai sumbangan Anwar ke atas pembangunan dan bantuan untuk Kelantan.
Isu Zahid dipalu oleh Annuar Musa dengan menuduh Zahid adalah pengkhianat kepada perjuangan Umno dan Melayu. Manakala isu peribadi Anwar Ibrahim dipalu oleh penceramah jemputan yang bermuka "brok" Brahim Ali.
Cerita Zahid kononnya khianat kerana bersekongkol dengan Anwar membentuk kerajaan Perpaduan, digumba oleh Annuar Musa siang malam. Isu ini sengaja dimainkan Annuar untuk sembunyikan isu tempatan dan kegagalan kerajaan Pas membela rakyat Nenggiri. Manakala penceramah jemputan yang sudah tidak laku digadai tak diambil untuk dipajak Brahim Ali, menghina dan memfitnah Anwar Ibrahim dengan mengungkitkan kisah sodomi dan banduan.
Bagaimana kedua-dua isu dimainkan oleh bekas perkakas buruk Umno ini, tidak banyak mempengaruhi pengundi di Nenggiri, dan mereka tahu soal peribadi bukan isu politik yang matang, melainkan kerana politik kecewa dan kebencian. Annuar dan Brahim marah kepada Anwar Ibrahim bukan karismatik PM itu tetapi kerana Anwar tidak sedia melayani mereka. Isu peribadi ini menjadi back fire kepada PN.
Dari kontek isu dan modal politik BN lebih menguasai isu, di Nenggiri, manakala Pas lebih banyak bertahan menggunakan air liur menjual syurga dan neraka, produk lama yang sudah berdekad dimainkan, sudah expired. 
Penentuan ialah kepada pengundi 18. Pengundi berusia atas 60 tahun tetap kekal dengan pilihan mereka. Yang menyokong Umno/BN, tetap dengan BN, manakala yang sokong Pas akan kekal berkarat hijau dengan Pas. Bilangan golongan ini sama banyak, sama gagah. Mereka kempen atau tidak, tetap dengan pilihan awal mereka, parti datuk nenek mereka. Kepercayaan mereka dalam politik persis kepercayaan penganutan animisme. Pengaruh Tengku Razaleigh ke atas golongan 60 tahun ke atas masih kuat, demikian juga pengaruh mereka berusia 70 ke atas kepada politik Nik Aziz masih utuh.

Kalau ada sedikit perubahan ialah kepada Orang Asli yang diakui sudah cerdik bermain politik sehingga ada yang lompat parti. Apakah Orang Asli akan menterjemahkan kecerdikan dan fahaman mereka berpolitik esok atau bagaimana? Jika mereka benar-benar menterjemahkan, maka PN akan menang tipis, menang dengan undi Orang Asli.
Sebaliknya kalau Oang Asli kekal dengan telatah dan karektor mereka, masih ingat dan setia dengan jasa dan budi Tengku Razaleigh, maka BN akan berjaya menawan kerusi Nenggri.
Undi 18, sukar untuk dibaca ke mana arah mereka. Mereka ada pendidikan, tetapi pegangan politik mereka berbagai berdasarkan pemahaman mereka yang bebas. Sekiranya mereka jadikan pilihan raya esok untuk merubah kampung halaman mereka, mereka akan pilih BN, kerana BN dapat melaksanakan apa yang mereka kehendaki termasuk 7 tawaran dibuat oleh PN. Melainkan mereka percaya Pas dapat laksanakan kesemua 7 tawaran itu, keadaan akan berubah.

Adalah diharap pengundi 18 membawa kefahaman dan cara neo-politik, politik terbuka dan tidak jumud. Adalah silap kalau mereka mengikut tradisi orang tua mereka yang sokong baik BN atau Pas atas dasar fahaman dan iktikad lama, bahawa parti politik itu boleh merubah kehidupan mereka. Ini ditegaskan parti tidak akan merubahkan apa-apa, tetapi kepimpinannya (orang/insan) yang mampu menjadikan parti sebagai jentera membangun rakyat. Dalam hal ini sosok pemimpin, orangnya itu penting. Parti tidak boleh membawa kita ke mana-mana melain untuk sorak sore saja.
Lantaran itu generasi muda, perlu rasional, terbuka dan bersandarkan realiti kehidupan semasa bukannya terhimbau dengan janji-janji haluminasi yang retorik dimana akhirnya akan mengekalkan mereka ditakok lama. Mereka seharusnya memahami evolusi lubuk dan tanjung dibentuk sungai Nenggiri yang juga berubah mengikut masa dan keadaan. Selamat mengundi daripada Tokti. [wm.kl. 8:10 pm 16/08/2024]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/08/nenggiri-pilihan-siapa-wadi-atau-mawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nenggiri Milik Pn Atau Kembali Ke Pangkuan Bn

Nenggiri Milik Pn Atau Kembali Ke Pangkuan Bn

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 178 hits
bebasnews myBy 17 08 2024Apakah akan selesai segala masalah di Nenggiri setelah melalui PRK Tertunaikah segala janji yang ditaburkan oleh kedua dua pihak Cukupkah sekadar sudah tersedia mesin juruwang automatik PERIKATAN Nasional dan Barisa...
Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi

Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 197 hits
Calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail pada awalnya menolak ketika dilamar Bersatu untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri Tan Sri Annuar Musa ketika mema...
Jawaban Kaesang Soal Pilih Temani Istri Kuliah Di Luar Negeri Atau Maju Pilkada

Jawaban Kaesang Soal Pilih Temani Istri Kuliah Di Luar Negeri Atau Maju Pilkada

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 167 hits
Erina Gudono diterima di University of Pennsylvania salah satu kampus ternama di Amerika Serikat
Penganalisis Pengundi Nenggiri Pilih Bn Kerana Bersatu Pas Bertelingkah

Penganalisis Pengundi Nenggiri Pilih Bn Kerana Bersatu Pas Bertelingkah

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 148 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Pertelingkahan antara Bersatu dan PAS dilihat menjadi faktor utama mendorong pengundi Nenggiri memilih Barisan Nasional menurut penganalisis Lau Zhe Wei daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata pert...
Perang Nenggiri Bermula

Perang Nenggiri Bermula

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 91 hits
Selamba je Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Sanusi Nor menganjing Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi yang menawarkan pelbagai projek kepada penduduk menjelang PRK Nenggiri pada 17 Ogos sebagai gula gula memancing undi ses...
Nenggiri By Election Campaign Kicks Off Today

Nenggiri By Election Campaign Kicks Off Today

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 232 hits
The campaign for the Nenggiri state seat by election is set to kick off today with candidate nominations taking place at Dewan Perdana Kompleks Perdana Gua Musang district council Each party or individual intending to contest will be given ...
Prk Dun Nenggiri Pertandingan Satu Lawan Satu Calon Bn Pas

Prk Dun Nenggiri Pertandingan Satu Lawan Satu Calon Bn Pas

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 251 hits
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional dan PAS pada 17 Ogos ini BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon me...
Nenggiri By Election It S A Straight Fight

Nenggiri By Election It S A Straight Fight

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 241 hits
The campaign for the Nenggiri state seat by election is set to kick off today with candidate nominations taking place at Dewan Perdana Kompleks Perdana Gua Musang district council Each party or individual intending to contest will be given ...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord