Nenggiri Milik Pn Atau Kembali Ke Pangkuan Bn


bebasnews.my
By Hassan Mohd Noor
-17/08/2024

Apakah akan selesai segala masalah di Nenggiri setelah melalui PRK? Tertunaikah segala janji yang ditaburkan oleh kedua-dua pihak? Cukupkah sekadar sudah tersedia mesin juruwang automatik (ATM).



PERIKATAN Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing yakin untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila 20,216 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

PN mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu dengan majoriti 810 undi manakala BN mahu merampas kembali kerusi yang diwakili selama empat penggal sejak 2004.

Mampukah PN yang berbekalkan majoriti 810 undi pada PRN lalu mengekalkan kerusi yang pernah menjadi kubu BN itu? Adakah gelombang kemenangan PN melalui calon Pas pada PRK di Sungai Bakap akan melanda Nenggiri?

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, tinjauan yang membabitkan hampir 500 pengundi terpilih mendapati sebahagian besar mereka menyokong PN dan akan memberi undi kepada calon kita. Mereka ada sebab musabab tidak sokong BN.

BN pula khususnya UMNO walaupun turun secara ‘underdog’ mengharapkan ‘cahaya terang di hujung terowong’ pada PRK ini. BN ingin menambah kerusi pembangkang di negeri itu selepas hanya menang dua kerusi sebelum ini.

Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah enam kali turun padang untuk berkempen, sesuatu yang tidak pernah dilakukan di PRK lain. UMNO perlu menang menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu depan. Itu misi penting.

“Insya-Allah, DUN Nenggiri (akan) adalah milik kita semula. Kita berharap dapat menambah seorang lagi ADUN supaya kita boleh mewujudkan tiga ‘tungku mendidihkan air’ bagi suhu politik di Kelantan ini,” katanya.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala calon PN adalah bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mohd Rizwadi Ismail.

Rizwadi pada peringkat awal tidak ada dalam senarai tetapi pada saat akhir beliau ‘meninggalkan’ Pas untuk menyertai Bersatu dan dipilih sebagai calon mengisi kuota Bersatu, bertanding di bawah Bulan. Maka timbul isu Bersatu ketandusan calon.
PRK ini diadakan susulan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu

Pada PRN lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN yang mempertahankan kerusi itu, Ab Aziz Yusoff
memperoleh 5,707 undi.

Selain masing-masing mengharapkan undi Orang Asli, peratusan keluar mengundi juga menjadi antara indikator penting menentukan keputusan PRK Nenggiri. Pada PRN lalu, hanya 61 peratus pengundi keluar mengundi.

Adakah jika peratusan keluar mengundi tinggi, peluang UMNO-BN cerah atau sebaliknya berlaku? Pengundi akan memberi jawapannya.

Apa yang menarik pada PRK ini, BN tidak mengalu-ngalukan kehadiran ‘rakan sepejabat’ DAP untuk berkempen malahan Ketua UMNO bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga ‘melarang’ DAP turun berkempen.

Larangan itu wajar sekiranya dilihat majoriti pengundi di situ adalah orang Melayu tetapi kenapa kehadiran DAP dikhuatiri sedangkan ramai juga wakil rakyat Melayu DAP sama ada di Dewan Rakyat atau DUN serta pengerusi itu ini.

Adakah BN atau UMNO tidak mahu dilabelkan dengan gelaran UMDAP jika pemimpin DAP terus berada di pentas kempen UMNO? Atau UMNO pun bimbang akan lahir pula cawangan DAP Melayu di Gua Musang? Realitinya DAP ‘memberi kesan’.

Apa pun sesuatu yang menarik perhatian pada PRK ini adalah sejauh mana dua nama yang pernah mewarnai kepemimpinan UMNO peringkat Pusat membuktikan sokongan pengundi apabila mereka mengetuai jentera kempen PRK Nenggiri.

Di pihak BN, Razaleigh yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO dilantik sebagai Pengarah PRK DUN Nenggiri BN manakala Annuar Musa yang suatu ketika sebagai Setiausaha Agung UMNO/BN sebagai Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri.

Ku Li sudah tentu mahu ‘menebus’ kekalahan BN pada PRN lalu malahan jika menang dapat mengubat kekecewaan selepas tewas kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Masing-masing anak Kelantan. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri untuk memastikan pengundi mengundi parti dokongan mereka. PN ada kelebihan sebagai kerajaan negeri manakala BN sebagai kerajaan Pusat.

Banyak janji ditawarkan BN yang sudah empat penggal mewakili Nenggiri sebelum ini, yang juga berada di bawah Parlimen Gua Musang yang sebegitu lama dikuasai BN. Begitu juga tawaran Kerajaan Pas yang sudah lama mentadbir Kelantan.

Apakah akan selesai segala masalah di Nenggiri setelah melalui PRK? Tertunaikah segala janji yang ditaburkan oleh kedua-dua pihak? Cukupkah sekadar sudah tersedia mesin juruwang automatik (ATM).

– BebasNewsView Synonyms and Definitions

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/nenggiri-milik-pn-atau-kembali-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nenggiri Pilih Siapa Wadi Atau Mawi

Nenggiri Pilih Siapa Wadi Atau Mawi

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 343 hits
Ketemu Asmawi di Kampung Bertam ULASAN AKHIR PIRAKE NENGGIRIBESOK 17 Ogos seramai kira kira 20 259 rakyat Nenggiri yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan diberikan tanggungjawab kenegaraan untuk memilih wakil rakyat bar...
Pbnu Panggil Cak Imin Kita Lihat Dia Datang Atau Enggak

Pbnu Panggil Cak Imin Kita Lihat Dia Datang Atau Enggak

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 180 hits
PBNU bakal memeriksa Cak Imin besok Rabu di kantor pusat PBNU Jakarta Pusat
Pdip Gelar Rapat Usai Mk Ubah Syarat Pilkada Ahok Atau Anies

Pdip Gelar Rapat Usai Mk Ubah Syarat Pilkada Ahok Atau Anies

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 185 hits
Menurut Eriko rapat nanti akan membahas siapa yang akan diusung PDIP di Jakarta
Muhyiddin Aset Atau Liabiliti

Muhyiddin Aset Atau Liabiliti

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 284 hits
freemalaysiatoday com 21 Aug 2024Rasanya Bersatu bukanlah naif sehingga tidak tahu masalah bos mereka sekarang boleh membawa padah Tidak dinafikan Muhyiddin Yassin berjasa kepada Bersatu sekali gus Perikatan Nasional Jasa paling besar belia...
Said Abdullah Pdip Terbuka Kadernya Diusung Jadi Cagub Atau Cawagub Di Jatim

Said Abdullah Pdip Terbuka Kadernya Diusung Jadi Cagub Atau Cawagub Di Jatim

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 615 hits
Ketua DPD PDIP Jatim Said Abdullah mengatakan partainya terbuka bila dalam bekerja sama dengan partai lainnya
Cara Cepat Mengetahui Windows 32 Bit Atau 64 Bit Pada Semua Versi Windows

Cara Cepat Mengetahui Windows 32 Bit Atau 64 Bit Pada Semua Versi Windows

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 225 hits
Berdasarkan arsitekturnya Sistem Operasi Windows tersedia dalam dua pilihan yaitu 32 bit dan 64 bit Kita perlu mengetahui sistem operasi yang kita gunakan ketika kita akan menginstla suatu aplikasi misalnya kita mendownload aplikasi dari in...
Pemuda Di Bekasi Dibegal Usai Nongkrong Motor Milik Orang Tuanya Raib Digondol Pelaku

Pemuda Di Bekasi Dibegal Usai Nongkrong Motor Milik Orang Tuanya Raib Digondol Pelaku

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 195 hits
Pemuda di Bekas Dibegal Usai Nongkrong Motor Milik Orang Tuanya Raib Digondol Pelaku
Hati Hati Taip 4 Aksara Ini Boleh Tergendalakan Sebentar Iphone Atau Ipad Anda

Hati Hati Taip 4 Aksara Ini Boleh Tergendalakan Sebentar Iphone Atau Ipad Anda

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 176 hits
Seorang penyelidik keselamatan melaporkan penemuan pepijat baru yang boleh menyebabkan iPhone dan iPad ranap sebentar Apa yang diperlukan hanyalah dengan menaip 4 aksara ini 8220 8221 untuk mencetuskan pepijat tersebut Menaip aksara 8220 82
Mana Lebih Baik Hidup Cara Primitif Orang Dahulu Kala Atau Hidup Cara Moden Seperti Sekarang

Mana Lebih Baik Hidup Cara Primitif Orang Dahulu Kala Atau Hidup Cara Moden Seperti Sekarang

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 347 hits
Salah satu dari perkara yang menarik minat saintis adalah perkembangan kemajuan manusia Tujuan perkara itu di kaji tidak lain tidak bukan untuk membuka rahsia pencapaian di setiap tamadun dalam sejarah agar ia dapat dipelajari dan diadaptas...
Grand Mercure Debuts In Malaysian Capital

Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Daun Kunyit Mayang

Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

The End Of Guesswork How Vape Detectors Deliver Proof Not Just Suspicion In Schools

Terengganu Suami Isteri Nyaris Maut Geng Lembu Melintas Di Lpt2

Perpaduan Zaman Kucing Berusia 630 Tahun Dan Anak Kucing Di Atas Ch Teau De

3 Cabinet Posts Up For Grabs With A 4th To Go Vacant When Tengku Zafrul S Senatorship Expires On Dec 2

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl

Lirik Lagu Lagu Bila Sampai Waktu Faizal Tahir Mimpi

Jeram Dusun Sungai Mahang Nilai Port Healing Dekat Dengan Rumah

Neyo One In A Million Chord

Ketika Ujian Itu Panjang

Icymi 9 Highlights From Eicma 2025