Negeri Kes Terendah Bakal Dibebas Daripada Fasa Pertama Pkp 3 0 Ppn
AGENDA DAILY	 								 								 											

Semua negeri boleh memperketat SOP Perintah Kawalan Pergerakan tetapi tidak boleh dilonggarkan. - Gambar Agenda Daily 						
									 							 					 						Kerajaan menjangkakan negeri yang merekodkan kes rendah harian  Covid-19 akan ‘dibebaskan’ daripada Fasa Pertama Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP) 3.0 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  kerajaan menerusi mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Tan Sri  Muhyiddin Yassin mengambil kira nisbah jangkitan di negeri berkaitan  dengan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara.
“Keputusan akan diumum nanti. Kita sudah teliti perkara ini dengan  lebih terperinci. Dulu kita pernah buat Perintah Kawalan Pergerakan  Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP) malah  dulu dalam satu daerah pun ada PKPB. Ini mendatangkan kekeliruan.
“Jadi kita cadangkan agar nilai ambang jangkitan dibuat berdasarkan  nasional. Akan tetapi masalahnya selepas itu ada negeri dikenakan PKP  walhal kesnya kecil. Justeru, semalam kita bincang dan Insya-Allah kita  akan perincikan dahulu. Sampai masa kita umum,” katanya hari ini.
Sementara itu beliau turut memaklumkan bahawa prosedur operasi  standard (SOP) PKP di seluruh Malaysia adalah selari dan negeri tidak  boleh sewenang-wenangnya merangka peraturan sendiri.
“Kalau ada beza pun mereka boleh perketat tapi tidak boleh longgar.  Sebagai contoh kalau kita kata 10 malam tapi negeri nak ketat sehingga  pukul 6 petang itu tidak mengapa.
“ Negeri mesti sama dengan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan  Negeri (MKN). Sabah pun mesti sama dan tak boleh berbeza sedangkan  negeri lain ikut SOP,” ujarnya.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak empat hospital medan  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka dibina selepas kerajaan  meluluskan peruntukan RM20 juta bagi penambahan 30 doktor dan 100  petugas kesihatan lantikan kontrak.
Beliau berkata pelantikan itu tidak membabitkan perjawatan dan setiap  pegawai atau kakitangan serta doktor yang dilantik akan berkhidmat  selama setahun di penempatan yang akan ditetapkan kemudian.
“Kita telah menerima 377 permohonan dan hari ini sebanyak 24 pegawai  perubatan ; 59 penolong pegawai perubatan; 48 jururawat; 14 pegawai  farmasi dan 71 paramedik serta beberapa jawatan lain dilantik.
“Lantikan ini mengikut proses segera dengan lebih cepat iaitu dua  minggu. Ini bagi memastikan keperluan diisi termasuk kemudahan hospital  medan. Bagaimanapun segala keputusan bagi penambahan atau penempatan  hospital medan diputuskan Kementerian Kesihatan. Kita boleh bina empat  lagi hospital medan dengan kapasiti antara 50 sehingga 200 katil,”  katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/negeri-kes-terendah-bakal-dibebas.html