Perak Jangka Mampu Beralih Ke Fasa Tiga Ppn Lebih Cepat


Siti Hafidah

Jangka mampu rekod kadar suntikan antara 25,000 hingga 30,000 sehari KUALA LUMPUR – Perak yang merupakan antara lima negeri bakal beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok menjangka akan mampu beralih ke Fasa Tiga dengan lebih pantas, menerusi peningkatan kapasiti vaksinasi COVID-19 negeri.
Menteri Besarnya, Datuk Saarani Mohamad berkata, negeri itu dijangka mampu merekodkan kadar suntikan antara 25,000 hingga 30,000 sehari selepas menerima 688,000 dos vaksin bulan ini.
“Kadar itu mampu dicapai memandangkan Perak kini mempunyai 101 fasiliti pusat pemberian vaksin (PPV) meliputi 31 PPV awam dan hospital kerajaan serta 70 PPV klinik dan hospital swasta,” katanya kepada pemberita pada Program Vaksinasi Perkampungan Orang Asli Kampung Chadak di Tambun di Ipoh hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga bercadang menambah penglibatan lebih banyak hospital dan klinik swasta dalam Program Imunisasi COVID-19 (PICK) di negeri itu.
Semalam, 101 kes baharu dilaporkan di Perak dengan 95 adalah jangkitan tempatan manakala enam lagi jangkitan dari luar Perak, dan setakat ini kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di negeri itu hanya merekodkan 27 peratus penggunaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perlis, dan Perak beralih ke Fasa Dua PPN bermula esok selepas semua negeri berkenaan berjaya mencapai nilai ambang ditetapkan bagi membenarkan peralihan itu.
Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.
Bagi Fasa Tiga PPN, indikator yang perlu dipenuhi termasuk purata kes harian menurun ke paras bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam berada pada tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan penduduk negeri itu bahawa peralihan ke Fasa Dua PPN bukan tiket untuk orang ramai ‘bebas’ sepenuhnya.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat rumah seorang penduduk di Kampung Kutan Hilir, di Tumpat hari ini beliau berkata, orang ramai perlu terus menyokong usaha kerajaan termasuk mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang tempoh itu.
Beliau juga berharap lebih banyak program ‘outreach’ (program jangkauan komuniti) vaksinasi dapat dilaksanakan dalam tempoh berkenaan bagi membolehkan penduduk mendapat suntikan vaksin COVID-19. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/perak-jangka-mampu-beralih-ke-fasa-tiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Banyak Negeri Berpotensi Beralih Fasa 2 Ppn Kata Pm

Lebih Banyak Negeri Berpotensi Beralih Fasa 2 Ppn Kata Pm

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 291 hits
MALAYSIA NOW Beberapa negeri dikenal pasti menunjukkan perkembangan yang baik dalam mencapai nilai ambang peralihan PPN Tukang gunting rambut memotong rambut pelanggan sewaktu perintah kawalan pergerakan pemulihan tahun lalu Perdana Menteri...
Pematuhan Sop Kunci Utama Sabah Yakin Mampu Beralih Ke Fasa 3 Ppn Masidi

Pematuhan Sop Kunci Utama Sabah Yakin Mampu Beralih Ke Fasa 3 Ppn Masidi

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 454 hits
Masidi berkata peranan dan sikap rakyat amat penting dalam usaha memerangi wabak COVID 19 Gambar fail KOTA KINABALU Pematuhan prosedur operasi standard adalah kunci utama bagi Sabah untuk melangkah ke Fasa Tiga Kawalan Pergerakan dalam Pela...
Tidak Logik Pulau Pinang Tidak Dibenar Beralih Ke Fasa 2 Ppn Lim Guan Eng

Tidak Logik Pulau Pinang Tidak Dibenar Beralih Ke Fasa 2 Ppn Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 407 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan yang mengecualikan Pulau Pinang untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara menjelang 5 Julai ini Beliau dalam satu kenyataan di Twitter pada Ahad menyifatkan...
5 Negeri Penuhi Indikator Ppn Beralih Ke Fasa 2 Mulai Isnin

5 Negeri Penuhi Indikator Ppn Beralih Ke Fasa 2 Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 367 hits
MALAYSIA NOW Perlis Perak Kelantan Terengganu dan Pahang telah dikenal pasti memenuhi indikator PPN Sekatan pergerakan penuh dalam negara kini berpandukan rangka masa Pelan Pemulihan Negara yang menetapkan angka kes harian kapasiti hospital...
Satu Lagi Negeri Akan Beralih Ke Pkp Fasa 2 Selepas Menepati Nilai Ambang Kriteria Peralihan Fasa Ppn

Satu Lagi Negeri Akan Beralih Ke Pkp Fasa 2 Selepas Menepati Nilai Ambang Kriteria Peralihan Fasa Ppn

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 337 hits
Satu lagi negeri akan beralih ke Perintah Kawalan Pergerakan fasa 2 selepas menepati nilai ambang kriteria peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara lapor Kementerian Kesihatan
Hiburan Saya Dengar Keluh Kesah Anda Apakan Daya Saya Juga Tak Mampu Bantu Lebih Mila Jirin

Hiburan Saya Dengar Keluh Kesah Anda Apakan Daya Saya Juga Tak Mampu Bantu Lebih Mila Jirin

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 303 hits
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin mengajak rakan seperjuangan dalam perniagaan pengurusan perkahwinan agar terus tawakal dalam industri itu dan berdoa supaya mendapat kesinaran tidak lama lagi AdvertisementMila atau nama sebenarnya Norsyarmi...
Tiga Bulan Tidur Duduk Suami Hidap Sakit Misteri Tak Mampu Cari Nafkah

Tiga Bulan Tidur Duduk Suami Hidap Sakit Misteri Tak Mampu Cari Nafkah

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 220 hits
Oleh MASTURAH SURADI ROHA Ali menunjukkan kaki suaminya Mohd Nazri Abd Aziz yang membengkak selepas terjatuh sehingga menyebabkan kini tidak mampu berjalan ketika ditemui di rumah mereka di Taman Desa Sejahtera Kota Tinggi Johor UTUSAN MAST...
Lima Buah Negeri Beralih Ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara Penuhi Semua Syarat

Lima Buah Negeri Beralih Ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara Penuhi Semua Syarat

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 372 hits
PETALING JAYA Lima buah negeri yang terdiri daripada Kelantan Terengganu Perak Pahang dan Perlis akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara selepas memenuhi semua nilai ambang yang ditetapkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul...
5 Negeri Beralih Ke Fasa 2 Berkuat Kuasa 5 Julai

5 Negeri Beralih Ke Fasa 2 Berkuat Kuasa 5 Julai

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 277 hits
July 3 2021 PETALING JAYA Lima negeri Kelantan Terengganu Pahang Perak dan Perlis akan beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa 5 Julai selepas mencapai tiga indikator yang ditetapkan kerajaan pusat Menteri Kanan Ismail Sa...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rekod Carian Akan Muncul Dalam Ctos Bila Anda Banyak Kali Survey

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman