Negeri Boleh Ambil Langkah Ketat Cegah Covid 19 Kata Putrajaya




Kerajaan negeri dan sektor swasta, termasuk perniagaan, boleh mengambil langkah ketat bagi mencegah penularan wabak Covid-19 walaupun kerajaan pusat melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula esok yang memberikan beberapa kelonggaran.
Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan negeri boleh memilih untuk mengambil pendekatan sendiri selagi ia tidak melangkaui prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Putrajaya.
Ini termasuklah membolehkan pemilik premis memilih mengekalkan langkah pencegahan sedia ada sekiranya mereka berasa ia lebih selamat.
“Bagi negeri, kita keluarkan panduan am untuk seluruh negara sewaktu perjumpaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu lepas yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan dihadiri menteri besar dan ketua menteri.
“Kita telah nyatakan perkara itu. Negeri boleh menyesuaikan SOP masing-masing, tapi mesti berdasarkan SOP kerajaan persekutuan.
“Banyak sektor yang dibenarkan beroperasi. Walau bagaimanapun itu tidak bermakna semua operator perlu buka. Walaupun kebenaran diberi tapi mereka masih boleh memilih. Contohnya restoran.
“Jika pemilik restoran masih ragu dari segi keselamatan, mereka boleh teruskan (kaedah) beli dan bawa balik. Begitu juga bagi sesetengah kawasan, kalau ia nak buka operasi kedai sehingga 8 malam tidak mengapa, sebab SOP kita sampai 10 malam, tapi kalau nak buka sampai 12 malam, itu tidak boleh,” katanya mengulas keputusan beberapa negeri menangguhkan pelaksanaan PKPB yang bermula esok.
Dalam perkembangan lain Ismail berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) tidak mungkin dilaksanakan untuk tempoh yang terlalu lama.
“Pakar perubatan menjangkakan vaksin Covid-19 tidak akan diperolehi (dalam masa terdekat). Mereka meramalkan wabak Covid-19 akan berada bersama kita sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun lagi. (Ini) bermakna bahayanya sentiasa ada di sekeliling kita.
“Oleh kerana wabak Covid-19 dijangka berada bersama kita 2 tahun lagi, maka tak mungkin PKP akan diteruskan selama 2 tahun,” katanya.
Dengan memberi contoh Taiwan, Ismail berkata, kadar jangkitan dan kematian yang rendah direkodkan di negara itu walaupun ia tidak melaksanakan perintah berkurung.
“Taiwan tidak pernah membuat PKP, tapi ia negara paling rendah dari segi angka kematian, hanya 6 kes. Jumlah kes juga antara paling rendah. Disiplin rakyat menentukan mereka selamat daripada Covid-19.
“Walaupun tak ada ‘lockdown’, tetapi mereka salah satu negara yang paling baik dalam mengawal Covid-19 kerana disiplin rakyat yang menjaga kepentingan dan keselamatan diri masing-masing.
“Kita perlu amal kawalan kendiri atau ‘self regulation’ untuk memastikan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/03/negeri-boleh-ambil-langkah-ketat-cegah-covid-19-kata-putrajaya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=negeri-boleh-ambil-langkah-ketat-cegah-covid-19-kata-put

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Keluar Lebih 10 Km Tapi Tidak Boleh Rentas Negeri Kata Menteri

Boleh Keluar Lebih 10 Km Tapi Tidak Boleh Rentas Negeri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 416 hits
Berhubungan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa perintah untuk keluar rumah tidak lebih dari 10 kilometer tidak akan dilaksanakan untuk PKPB in...
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 519 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Covid 19 Putrajaya Kl Dan 4 Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 Putrajaya Kl Dan 4 Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 283 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat jam 12 pm 8 Mei 2020 Menerusi data bilangan...
Penularan Covid 19 Boleh Meletup Jika Pkp Ditamatkan

Penularan Covid 19 Boleh Meletup Jika Pkp Ditamatkan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 364 hits
Raja Noraina Raja Rahim PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid 19 sudah pun di fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei ini Tempoh PKP yang berlanjutan hampir dua bulan itu dianggap masih belum cukup untuk...
Cara Mohon Bantuan Covid 19 Kerajaan Negeri Sabah

Cara Mohon Bantuan Covid 19 Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 2403 hits
BANTUAN COVID 19 SABAHAssalamualaikum Sabahan Berita baik untuk kita semua kini Sabah lancar sistem permohonan bantuan baharu bagi memudahkan kita menyemak status permohonan bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi menggantikan sistem yang sed...
Warga Asing Tidak Dibenar Masuk Malaysia Kata Putrajaya

Warga Asing Tidak Dibenar Masuk Malaysia Kata Putrajaya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 342 hits
Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan masih mengekalkan polisi tidak membenarkan warga asing memasuki negara buat masa ini termasuk menerusi laluan udara Beliau berkata perkhidmatan penerbangan termasuk AirAsia hany...
Langkah Ni Boleh Selamatkan Anak Terkena Renjatan Elektrik Mak Ayah Take Note

Langkah Ni Boleh Selamatkan Anak Terkena Renjatan Elektrik Mak Ayah Take Note

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 460 hits
Anak anak kecil kita sememangnya lebih pantas dari kita Ada sahaja yang dibuatkan tanpa kita sedar walaupun mereka sentiasa di bawah pemantauan kita 24 jam Otak mereka ligat berfikir untuk menyentuh apa sahaja yang mereka nampak Suis elektr...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game