Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Punyai Hak Sama Untuk Mengundi Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama
BRUSSELS, 20 Jan – Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata beliau telah pun membangkitkan mengenai isu undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“SPR sebuah badan bebas…namun saya telah membangkitkan perkara ini kepada mereka. Mereka perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi,” kata beliau pada majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama kira-kira 200 diaspora Malaysia, di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto BernamaAnwar yang tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium berkata demikian ketika ditanya mengenai kesukaran yang dihadapi rakyat Malaysia di luar negara, setiap kali pilihan raya berlangsung di Malaysia.
“Malah, saya beritahu untuk jangan lakukannya menerusi kedutaan (untuk proses pengundian). Gunakan beberapa mekanisme supaya orang ramai boleh datang dan mengundi, walaupun ini bermakna ia akan menyebabkan pertambahan dana untuk ini,” kata beliau sambil menambah bahawa SPR telah menerima cadangannya itu.
Ketika ditanya mengenai adakah Kerajaan Malaysia memberikan keutamaan terhadap teknologi hijau dan penghutanan, Anwar berkata perkara itu merupakan antara agenda utama pentadbiran sekarang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama“Eropah telah memusnahkan semua hutan, jangan beritahu kami supaya belajar daripada mereka. Hutan kita kini berada pada 54 peratus sekarang, malah paru-paru hijau kita bertambah, tahun lepas kita tanam sejuta pokok sebagai sebahagian daripada kempen penghutanan kita,” kata beliau.
Beliau berkata Malaysia dan rakan kongsi ASEAN memberi tumpuan kepada grid ASEAN yang bukan sahaja menjana kuasa hidro tetapi juga daripada tenaga solar dan tenaga boleh diperbaharui yang lain.
“Kita ada 140,000 pelajar asing di universiti kita. Saya telah banyak melawat banyak negara membangun dan pemimpin mereka mahu menghantar pelajar dan pegawai mereka untuk belajar daripada kita, dalam bidang seperti semi konduktor,” kata beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto BernamaPerdana Menteri berkata bagi mempertingkatkan taraf pendidikan di Malaysia kerajaan bekerjasama dengan industri dan ini bermakna disiplin dan teknologi baharu perlu diperoleh. – Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/rakyat-malaysia-di-luar-negara-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Santuni Rakyat Malaysia Di Belgium Luxemborg

Pm Anwar Santuni Rakyat Malaysia Di Belgium Luxemborg

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 532 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad Foto BernamaBRUSSELS 19 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar I...
Pm Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

Pm Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 290 hits
Majlis peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin Foto BernamaSEPANG 6 Jan Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026...
Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh Jakim

Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh Jakim

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 246 hits
Untuk pengetahuan ini merupakan senarai penuh logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk tahun 2021 Senarai ini dikongsikan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri di lam...
1 Rakyat Malaysia Antara 7 Cedera Letupan Bom Di Pattani

1 Rakyat Malaysia Antara 7 Cedera Letupan Bom Di Pattani

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 153 hits
FMT ReportersPolis Muang Pattani berkata rakyat Malaysia berusia 20 tahun itu berada dalam kereta ketika kejadian berlaku berhampiran sebuah balai polis pagi tadi PETALING JAYA Seorang lelaki warga Malaysia antara tujuh mangsa cedera dalam ...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 485 hits
PERDANA Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Davos Switzerland dengan misi penting memperkukuhkan kedudukan ASEAN dan menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pelabur global di Forum Ekonomi Dunia Sebagai pemimpin negara dan Pengeru...
Ishiba Pilih Malaysia Sebagai Negara Pertama Lawatan Rasmi Hubungan Dua Hala Terus Diperkukuhkan

Ishiba Pilih Malaysia Sebagai Negara Pertama Lawatan Rasmi Hubungan Dua Hala Terus Diperkukuhkan

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 282 hits
Malaysia dipilih sebagai negara pertama dikunjungi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba selepas dilantik ke jawatan itu pada Oktober tahun lalu nbsp Lawatan rasmi Ishiba ke Malaysia bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala di antara kedua...
Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia Uae Tetapi

Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia Uae Tetapi

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 248 hits
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi di Abu Dhabi National Exhibition Centre pada ...
Kau Dah Buat Kami Malu Satu Malaysia Razman Razmi Enggan Tarik Dan Selesai Kes Di Luar Mahkamah

Kau Dah Buat Kami Malu Satu Malaysia Razman Razmi Enggan Tarik Dan Selesai Kes Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 168 hits
Pada 8 Januari lalu kecoh di media sosial apabila terdapat satu hantaran video yang menunjukkan Razman dan Razmi secara tiba tiba diserang seorang jurugambar Muhammad Imran Khairil Mengalami Keceraan Selepas Diserang Serangan yang dilakukan...
Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Biar Anak Membesar Dengan Suara Jeritan Kita Ini Realiti Pedih Tapi Benar

Masakan Ibu Bukan Sekadar Lauk Tapi Doa Yang Mengalir Dalam Setiap Suapan

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Tiga Jenis Daun Ketum

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul