Nazri Beri Amaran Kepada Zahid Berhenti Laga Lagakan Mt Dan Mp Umno


agendadaily.com7/7/2021
Amaran Datuk Seri Nazri Aziz kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 'henti melaga-lagakan MT dengan MP UMNO'.

Pemimpin senior parti, Datuk Seri Nazri Aziz memberi amaran kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berhenti membuat tindakan melaga-lagakan Majlis Tertinggi (MT) dengan Ahli-Ahli Parlimen (MP) parti itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata Zahid tidak seharusnya berterusan mencetuskan pergaduhan dalam parti, ia selepas spekulasi bertiup kencang Zahid akan menggunakan MT untuk mendesak MP UMNO keluar kerajaan Perikatan Nasional (PN) esok.

“Zahid ini dia cuba memecah-belahkan parti, sekarang ini dia nak melaga-lagakan MT dengan MP UMNO demi kehendak peribadinya,” kata Nazri kepada Agenda Daily dalam perbualan telefon semalam.

Sekiranya Zahid tidak mahu nasibnya berdepan dengan tentangan lebih hebat selepas ini, Nazri menasihati Zahid agar berhenti dengan tindakannya yang hanya akan memecahkan parti dan merugikan rakyat selepas ini.

“Saya tidak bersetuju dengan tindakan untuk mendesak MP UMNO dan BN keluar daripada kerajaan PN, ini sangat tidak wajar… negara sedang berdepan krisis Covid-19, kenapa sekarang nak ambil tindakan seperti ini?

“Jika Zahid masih berterusan macam ini, saya akan lawan dia… saya akan lawan dalam Parlimen nanti,” katanya.

Menurutnya lagi, sekarang sudah terbukti Zahid berpakat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP selepas pendedahan pengakuannya semasa pertemuan dengan MP UMNO dan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini di Wisma Perwira.

“Semasa dia bertemu MP UMNO dan BN dia dah buat pengakuan, sebenarnya saya sudah tahu lama lagi dia ini penipu… Ini terbukti dia penipu, tindakan perlu diambil terhadap Zahid susulan pengakuan terbaharu ini,” kata Nazri yang merujuk kepada laporan media berhubung pengakuan tersebut.

Nazri menyifatkan pengakuan tersebut adalah bukti jelas Zahid sendiri melanggar ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dan tindakan boleh diambil terhadapnya kerana membelakangi keputusan badan tertinggi itu.

“Zahid sudah mengaku, bukankah itu sudah melanggar ketetapan PAU… jadi, sekarang sudah terbukti ada kesalahan dilakukan Zahid dan melanggar peraturan parti dan boleh dikenakan tindakan disiplin parti,” ujarnya.

Terdahulu, Astro Awani mendedahkan rakaman klip audio tular dengan Anwar disahkan ketulenannya oleh Zahid sendiri semasa pertemuan semalam.

Sumber memberitahu Astro Awani, Zahid membuat pengakuan itu dihadapan MP UMNO dan BN semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam itu.

“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan PN, beliau (Zahid) mengaku kepada semua itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu selain telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata sumber yang dipetik Astro Awani itu.

UMNO dijadualkan mengadakan mesyuarat MT hari ini dan bakal memuktamadkan keputusan sama ada MP UMNO akan kekal dalam kerajaan PN atau sebaliknya. Bagaimanapun sumber parti memberitahu kemungkinan besar Zahid akan cuba mendesak MT membuat ketetapan MP UMNO perlu meninggalkan kerajaan PN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/nazri-beri-amaran-kepada-zahid-berhenti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Nazri Kata Zahid Patut Dipecat Dari Umno

Panas Nazri Kata Zahid Patut Dipecat Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 246 hits
July 6 2021 Tindakan disiplin termasuk memecat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO boleh diambil selepas jelas melanggar dasar parti itu Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri...
Umno Tidak Dilantik Tpm Modal Zahid Ajak Keluar Pn Kata Nazri

Umno Tidak Dilantik Tpm Modal Zahid Ajak Keluar Pn Kata Nazri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 258 hits
UMNO tidak dilantik TPM modal Zahid ajak keluar PN kata Nazri Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan alasan kegagalan UMNO dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sebagai asas parti itu mahu menarik sokongan darip...
Hajat Ahmad Zahid Heret Umno Keluar Pn Tak Akan Tercapai

Hajat Ahmad Zahid Heret Umno Keluar Pn Tak Akan Tercapai

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 242 hits
Hajat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membawa partinya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional tidak akan menjadi kenyataan sehingga tiba tempoh pembubaran Parlimen Ini kerana perancangan Presiden UMNO itu dilihat terus kabur susulan f...
Tekanan Berterusan Ahli Umno Lapor Polis Pembohongan Zahid Terhadap Agong

Tekanan Berterusan Ahli Umno Lapor Polis Pembohongan Zahid Terhadap Agong

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 180 hits
Laporan polis dibuat untuk meminta polis menyiasat sama ada Zahid berbohong terhadap Agong dan melakukan kesalahan terlibat konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia Satu laporan polis dibuat terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana ...
Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 384 hits
Ismail Sabri dilantik sebagai TPM Zahid Hamidi umum UMNO tarik diri dari Kerajaan PNBerkuatkuasa serta merta semalam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sekian lama jawatan tersebut tidak diisi o...
Kecoh Dalaman Umno Zahid Buka Mulut

Kecoh Dalaman Umno Zahid Buka Mulut

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 341 hits
July 7 2021 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan agar sesetengah pihak tidak terus menerus membuat pelbagai spekulasi mengenai parti itu Cukup cukuplah membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang menambahkan lagi do...
Zahid Throws Down The Gauntlet At Umno S Ministers And Mps

Zahid Throws Down The Gauntlet At Umno S Ministers And Mps

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 281 hits
Members of the media watch a livestream of Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s online press conference at Umno headquarters in Kuala Lumpur July 7 2021 Malay Mail photo ANALYSIS Umno s ministers and MPs have a decision to make t
Rancangan Zahid Supaya Umno Tolak Jawatan Nombor 2 Kerajaan Kini Sia Sia

Rancangan Zahid Supaya Umno Tolak Jawatan Nombor 2 Kerajaan Kini Sia Sia

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 312 hits
On Jul 7 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberi tekanan kepada Ismail Sabri Yaakob ketika pemimpin parti itu bermesyuarat secara maya dalam Majlis Tertinggi Umno malam ini dilihat sebagai usaha terakhir beliau agar part...
Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 249 hits
July 6 2021Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menolak cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasion...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki