Umno Tidak Dilantik Tpm Modal Zahid Ajak Keluar Pn Kata Nazri



UMNO tidak dilantik TPM modal Zahid ajak keluar PN kata Nazri. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan alasan kegagalan UMNO dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebagai asas parti itu mahu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendakwa beliau dimaklumkan beberapa ahli Parlimen UMNO lain bahawa Ahmad Zahid ada cuba memanggil seorang demi seorang daripada mereka, bertujuan untuk menjanjikan ‘sesuatu’ sekiranya mereka bersetuju keluar daripada kerajaan PN.
Mohamed Nazri turut dimaklumkan, dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO bersama Ahmad Zahid di Wisma Perwira, Kuala Lumpur Isnin malam, majoriti daripada 38 ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian untuk tidak menyokong hasrat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
“Saya difahamkan hanya dua, tiga ahli Parlimen UMNO sahaja yang hadir dalam pertemuan dengan Ahmad Zahid malam tadi (Isnin) dan menyatakan persetujuan untuk putus hubungan dengan kerajaan PN segera iaitu Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Zahid sendiri.
“Sekurang-kurangnya 32 ahli Parlimen lagi tidak bersetuju kerana Zahid masih memberikan alasan tidak munasabah seperti kekecewaan jawatan TPM tidak diberikan kepada UMNO sebagai modal untuk keluar kerajaan PN.
“Tiga orang menteri UMNO difahamkan tidak hadir malam semalam (Isnin), Ahli Parlimen Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Rahim) pula berada di Palestin manakala saya masih di Paris,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pertemuan kali kedua ahli-ahli Parlimen UMNO dalam tempoh tiga hari di Wisma Perwira, Pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Isnin malam bagi membincangkan keputusan parti yang dijangka bakal memuktamadkan ketetapan menarik sokongan daripada kerajaan PN dalam masa terdekat.
Menariknya, pertemuan ahli-ahli Parlimen yang diketuai Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut dihadiri Ahmad Zahid yang dijemput, sambil diiringi Najib dan Ahmad Maslan.
Sumber memaklumkan kumpulan ahli Parlimen UMNO yang hadir cuba memujuk Ahmad Zahid agar tidak memuktamadkan keputusan parti menarik sokongan daripada kerajaan PN dalam masa terdekat.
Hubungan ahli-ahli Parlimen UMNO dengan Presiden parti itu didakwa semakin tegang dipercayai susulan perbezaan pendapat mengenai sama ada mahu menyokong kerajaan PN atau membentuk jajaran baharu dengan Anwar.
Jelas sumber terdekat parti itu, Ismail Sabri turut menjelaskan sebarang tindakan UMNO keluar daripada kerajaan PN pada saat krisis pandemik Covid-19 ketika ini bakal mengundang kemarahan rakyat dan menjejaskan peluang parti itu untuk menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Sementara itu, Mohamed Nazri turut mendedahkan angka ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menyokong Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai ‘jurucakap’ mereka kini meningkat daripada 25 kepada 32 orang.
Jelas beliau, kesemua ahli Parlimen berkenaan komited untuk terus menyokong kerajaan PN sebagaimana ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu dan berjanji akan menolak sebarang usul undi tidak percaya dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Tidak kira undi Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 atau apa pun, kita akan sokong kerajaan…32 ahli Parlimen UMNO dan BN ini akan komited menolak sebarang usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan dalam persidangan Parlimen kelak,” katanya.
Mohamed Nazri turut memberi jaminan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris akan memberikan sokongan untuk menolak sebarang keputusan keluar kerajaan PN daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam masa terdekat.
Jaminan Mohamed Nazri itu agak mengejutkan susulan Ahmad Nazlan baru-baru ini mengakui beliau menandatangani surat akuan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri serta akuan bersumpah (SD) menyokong Hishammuddin sebagai Perdana Menteri interim.
“Dia dipaksa tandatangan (surat sokongan kepada Anwar). Tetapi, dia akan tetap bersama kumpulan 32 ahli Parlimen melantik Hishammuddin sebagai jurucakap kami.
“Saya akan pulang segera dari Paris pada 11 Julai ini bagi menghadiri sidang Parlimen khas. Saya yakin kerajaan akan berjalan seperti biasa selepas persidangan Parlimen kerana ahli-ahli Parlimen UMNO akan patuh kepada keputusan PAU 2020 iaitu menyokong kerajaan PN sehingga pembubaran Parlimen,” katanya.
UMNO tidak dilantik TPM modal Zahid ajak keluar PN kata Nazri Baca Artikel Menarik :
Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin Dini mahu beli rumah impian dengan Janna Wawa Zainal teruja anak akhirnya makan ayam Resepi Kari Ikan Senangin Utara Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi Layari Laman Facebook MYKMU
Sidang khas Parlimen beri peluang bahas langkah tangani Covid-19

 
The post UMNO tidak dilantik TPM modal Zahid ajak keluar PN kata Nazri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/07/umno-tidak-dilantik-tpm-modal-zahid-ajak-keluar-pn-kata-nazri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 335 hits
Ismail Sabri dilantik sebagai TPM Zahid Hamidi umum UMNO tarik diri dari Kerajaan PNBerkuatkuasa serta merta semalam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sekian lama jawatan tersebut tidak diisi o...
Tidak Dapat Jadi Tpm Punca Zahid Sokong Anwar Kata Ahli Mt Umno

Tidak Dapat Jadi Tpm Punca Zahid Sokong Anwar Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 304 hits
agendadaily comAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin mengingatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan PAU 2020 yang menolak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Gagal untuk menjadi T...
Panas Nazri Kata Zahid Patut Dipecat Dari Umno

Panas Nazri Kata Zahid Patut Dipecat Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 201 hits
July 6 2021 Tindakan disiplin termasuk memecat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO boleh diambil selepas jelas melanggar dasar parti itu Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri...
Ismail Dilantik Tpm Tanpa Restu Umno Kalangan Pemimpin Terkejut

Ismail Dilantik Tpm Tanpa Restu Umno Kalangan Pemimpin Terkejut

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 179 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Beberapa pemimpin Umno terkejut dengan pelantikan salah seorang ahlinya sebagai Timbalan Perdana Menteri membayangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak membincangkan keputusan itu terlebih dahulu dengan pucuk...
Rancangan Umno Keluar Pn Masih Jadi Agenda Zahid

Rancangan Umno Keluar Pn Masih Jadi Agenda Zahid

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 186 hits
Hariz MohdNaib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinannya yang lain atas sokongan yang diberikan berikutan pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri yang baru h...
Pelantikan Sebagai Tpm Untuk Checkmate Umno Kenapa Ismail Tak Bincang Dengan Mkt Dulu Kata Puad

Pelantikan Sebagai Tpm Untuk Checkmate Umno Kenapa Ismail Tak Bincang Dengan Mkt Dulu Kata Puad

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 184 hits
July 7 2021 Ahli MKT Umno Puad Zarkashi berkata pelantikan itu bagi mematikan langkah Umno dalam isu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional PETALING JAYA Ismail Sabri Yaakob perlu patuh kepada keputusan ahli Majlis Kerja Tert...
Hajat Ahmad Zahid Heret Umno Keluar Pn Tak Akan Tercapai

Hajat Ahmad Zahid Heret Umno Keluar Pn Tak Akan Tercapai

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 188 hits
Hajat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membawa partinya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional tidak akan menjadi kenyataan sehingga tiba tempoh pembubaran Parlimen Ini kerana perancangan Presiden UMNO itu dilihat terus kabur susulan f...
Sekarang Masa Sesuai Tukar Presiden Umno Bukan Tukar Pm Kata Nazri

Sekarang Masa Sesuai Tukar Presiden Umno Bukan Tukar Pm Kata Nazri

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 347 hits
agendadaily com10 7 2021Datuk Seri Nazri Aziz berkata kini tiba masanya UMNO memilih Presiden yang baharu Selepas lantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri pemimpin senior UMNO Datuk Seri Nazri Aziz berkata se...
Zahid Ajak Keluar Pn Kj Tak Ada Masa Main Politik Sibuk Urus Vaksin

Zahid Ajak Keluar Pn Kj Tak Ada Masa Main Politik Sibuk Urus Vaksin

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jalamuddin Abu Bakar memberitahu beliau tidak ada bermain politik ketika ini kerana sibuk menguruskan vaksin kepada seluruh rakyat negara ini
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan