Nazir Razak Mohon Sokongan Agong Untuk Menubuhkan Platform Reformasi



(Malaysiakini) – Tokoh perbankan, Nazir Razak, bersama sekumpulan 54 individu terkemuka lain menggesa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah dan Majlis Raja-raja memperakui penubuhan sebuah platform tanpa partisan untuk mencadangkan pembaharuan ketika negara berdepan pelbagai cabaran.
Cadangan itu – yang disampaikan melalui sepucuk surat – menyatakan seorang demi seorang perdana menteri menjanjikan pembaharuan yang besar, tetapi ia kemudian sering dibayangi nada perkauman dan agama sehingga akhirnya hanya sedikit perubahan dicapai.
Selain itu, mereka berkata ahli parlimen sering gagal menangani isu struktur kerana mereka sering mengutamakan kepentingan jangka pendek dan pilihan raya mereka sendiri.
Justeru, kata kumpulan terbabit, satu platform perbincangan – yang dicadangkan agar dinamakan sebagai “Perhimpunan Malaysia Yang Lebih Baik” – akan menjadi pendekatan yang lebih berkenaan untuk mendorong pembaharuan.
Menurut mereka, wakil rakyat hendaklah menjadi pemimpin bukan partisan dan bersuara untuk pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, manakala komposisinya harus dipersetujui terlebih dahulu oleh satu pasukan yang terdiri daripada perdana menteri, ketua pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil.
Sebarang kebuntuan dalam pemilihan ahlinya, kata mereka, hendaklah dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk keputusan muktamad.
Tambah Nazir dan kumpulan berkenaan, platform itu akan membincangkan isu-isu kenegaraan dan reformasi institusi, termasuk sistem pilihan raya, pembiayaan politik, hubungan persekutuan-negeri, peranan institusi, tindakan afirmatif dan pendidikan.
Ia dicadangkan untuk mengenal pasti dasar khusus dan perubahan perundangan yang diperlukan – yang dianggarkan mengambil masa 18 hingga 24 bulan – melalui perbincangan secara tertutup untuk mencapai kata sepakat.
“Syor Perhimpunan Malaysia Yang Lebih Baik ini akan dikemukakan kepada parlimen untuk pertimbangan dan perbahasan serta undian.
“Keputusan Parlimen kemudian akan tertakluk kepada pengesahan Tuanku.
“Proses ini tidak akan menjejaskan bahkan sebaliknya meningkatkan demokrasi kita,” tulisnya.
Jika Agong dan Majlis Raja-raja memberi lampu hijau, Nazir dan kumpulan itu berkata, mereka akan bekerjasama dengan kerajaan, pembangkang dan NGO utama untuk mengusahakan butiran badan terbabit.
Surat itu bertarikh 29 Okt dan ditandatangani bersama oleh ramai tokoh terkemuka, termasuk ahli politik, ahli akademik, pemimpin NGO, bekas penjawat awam kanan dan pemimpin korporat dalam kapasiti peribadi mereka.
Ia diedarkan kepada media selepas berakhirnya Mesyuarat Ke-257 Majlis Raja-raja, semalam.
Menurut Bernama, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad berkata Majlis Raja-raja membincangkan pelbagai isu seperti pelantikan hakim dan jawatan lain, Rancangan Malaysia Ke-12 dan keadaan ekonomi Malaysia.
Dalam laporan itu tiada disebutkan mengenai cadangan penubuhan badan yang disebut Nazir serta 54 individu terbabit.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/11/26/nazir-razak-mohon-sokongan-agong-untuk-menubuhkan-platform-reformasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Better Malaysia Assembly Is For All Clarifies Nazir Razak

Better Malaysia Assembly Is For All Clarifies Nazir Razak

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 336 hits
Nazir Razak and 54 other signatories have sought royal endorsement in a letter to the Conference of Rulers on Oct 28 PETALING JAYA Membership in the Better Malaysia Assembly a proposed non partisan platform to address institutional reforms ...
Menggigil Lihat Agong Depan Gerai

Menggigil Lihat Agong Depan Gerai

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 194 hits
Nurul Huda Abhar TAK sangka Tuanku sanggup keluar dari kereta bila saya beritahu baginda yang saya berasal dari Kuantan Demikian diceritakan Lidia 49 peniaga yang berpeluang bertemu dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatudd...
Agong Gusar Penularan Omicron Nasihat Rakyat Patuh Sop

Agong Gusar Penularan Omicron Nasihat Rakyat Patuh Sop

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 194 hits
Oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah GAMBAR Jabatan Penerangan YANG di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kegusaran terhadap penularan varia...
Sokongan Peminat Terengganu Di Ssmza Tingkat Motivasi Kami

Sokongan Peminat Terengganu Di Ssmza Tingkat Motivasi Kami

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 303 hits
KuaIa Terengganu Pemain tengah menyerang Terengganu FC Makan Konate meIaungkan keyakinan pasukannya mampu membenam cabaran Sarawak United FC pada aksi suku akhir pertama PiaIa MaIaysia di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin di Gong Badak Aha...
Tabung Haji Rci Members List To Be Presented To Agong On Nov 26

Tabung Haji Rci Members List To Be Presented To Agong On Nov 26

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 252 hits
The membership list of the Royal Commission of Inquiry to investigate issues related to Lembaga Tabung Haji will be presented to the Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah on Nov 26 NSTP AZHAR RAMLIIPOH...
Parti Dicabar Tarik Sokongan Terhadap Mb Johor Muhyiddin Gelar Shahrir Bodoh

Parti Dicabar Tarik Sokongan Terhadap Mb Johor Muhyiddin Gelar Shahrir Bodoh

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 278 hits
Presiden Bersatu itu menyifatkan cabaran Shahrir Samad sebagai tidak masuk akal Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin hadir pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional bagi PRN Melaka Gambar Bernama Pengerusi Perikatan Nasional ...
Jawatankuasa Rci Tabung Haji Akan Dikemukan Kepada Agong Kata Idris

Jawatankuasa Rci Tabung Haji Akan Dikemukan Kepada Agong Kata Idris

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 217 hits
RCI ditubuhkan 14 Julai lalu mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat isu isu berbangkit mengenai TH KUALA LUMPUR Senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga Tabung Haji akan dikemukakan kepada Yang di Pertuan Ago...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu