Agong Gusar Penularan Omicron Nasihat Rakyat Patuh Sop


Oleh Bernama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. GAMBAR: Jabatan Penerangan YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kegusaran terhadap penularan varian baharu COVID-19, Omicron yang dikategorikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian yang membimbangkan (VOC).
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sehubungan itu, Seri Paduka menasihati seluruh rakyat untuk terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan serta menyeru supaya mereka berwaspada dan tidak alpa dalam menjalani aktiviti harian.
“Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat supaya melengkapkan suntikan dos vaksin COVID-19 dan mendapatkan dos penggalak bagi melindungi dan memelihara kesihatan serta keselamatan diri, ahli-ahli keluarga tersayang dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baginda turut menzahirkan sokongan penuh terhadap tindakan tegas kerajaan untuk membendung penularan varian tersebut yang diklasifikasikan sebagai lebih berbahaya dan cepat merebak.
“…khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara, mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan, kawalan sempadan dan survelan COVID-19 bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara, terutama dari negara yang melaporkan kes COVID-19 varian Omicron,” katanya.

Ahmad Fadil berkata menurut WHO, varian Omicron juga berkemungkinan mempunyai risiko lebih tinggi untuk dijangkiti berbanding varian-varian lain serta mutasi dalam varian tersebut berpotensi mengurangkan keberkesanan vaksin.
Beliau berkata, Seri Paduka berharap rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab sosial dengan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika bergejala dan mengasingkan diri jika disahkan positif atau ditakrifkan sebagai kontak rapat sekali pun tidak bergejala.
Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka berpandangan segala pengorbanan dan usaha semua pihak termasuk petugas barisan hadapan selama ini dalam memerangi COVID-19 akan menjadi sia-sia sekiranya negara menghadapi ancaman gelombang baharu penularan wabak itu.
Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap langkah proaktif yang diambil KKM dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan hospital-hospital dan klinik-klinik bagi menghadapi kemungkinan peningkatan bilangan kes harian sekiranya varian Omicron menembusi kawalan sempadan dan menular dalam negara.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama dan komitmen tinggi antara rakyat dan kerajaan, penularan jangkitan COVID-19, khususnya varian Omicron, dapat dikekang demi keselamatan diri serta kesejahteraan negara yang dicintai,” katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka mengajak rakyat untuk bersama-sama mendoakan supaya rakyat dan negara ini sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/agong-gusar-penularan-omicron-nasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terus Patuh Sop Elak Tercetus Kembali Penularan Covid 19

Terus Patuh Sop Elak Tercetus Kembali Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 222 hits
Oleh MOHD HAFIZ ABD MUTALIB KAMARUL AZMAN KHAMISARAU Pematuhan prosedur operasi standard dan kawalan perlu sentiasa dilaksanakan bagi mengelak meletusnya kembali pandemik Covid 19 khususnya dengan kemunculan varian baharu dibimbangi Omicron...
Asal Usul Nama Omicron Varian Baru Covid 19 Yang Terdeteksi Di Afrika Selatan

Asal Usul Nama Omicron Varian Baru Covid 19 Yang Terdeteksi Di Afrika Selatan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 646 hits
Pasar saham anjlok pada Jumat harapan dapat menjinakkan virus corona meredup dan istilah baru menambah kosakata pandemi Omicron Dari mana asal usul nama Omicron Berikut penjelasannya
Cegah Penularan Omicron Pemkot Kediri Minta Satuan Pendidikan Batasi Mobilitas

Cegah Penularan Omicron Pemkot Kediri Minta Satuan Pendidikan Batasi Mobilitas

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 190 hits
Selain imbauan itu Dinas Pendidikan Kota Kediri menjelaskan tentang kegiatan belajar mengajar
Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 284 hits
https www msn com en my news berita harga makanan utama meningkat rakyat gusar ar AAR6iUlTurun naik harga makanan bergantung kepada bekalan dan permintaan pasarantidak semua lapisan masyarakat mampu menampung kenaikan tersebut Beban kenaika...
Rakyat Selangor Untung

Rakyat Selangor Untung

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 263 hits
Khas untuk rakyat Selangor yang layak RM 300 sebulan selangorkini myRM300 sebulan bantu 30 000 keluarga depani pascawabakSHAH ALAM 26 NOV Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor diperkenal dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30 000 kelu...
Kemenangan Di Melaka Menjadi Bukti Konsep Keluargamalaysia Memenuhi Kehendak Rakyat

Kemenangan Di Melaka Menjadi Bukti Konsep Keluargamalaysia Memenuhi Kehendak Rakyat

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 166 hits
Kemenangan Di Melaka Menjadi Bukti Konsep KeluargaMalaysia Memenuhi Kehendak Rakyat TARIKH 20 November 2021 memancarkan satu isyarat yang dinanti nantikan oleh Barisan Nasional apabila parti itu berjaya mencatatkan kemenangan memberangsangk...
Jeritan Rakyat Kenaikan Harga Barang Apa Solusinya

Jeritan Rakyat Kenaikan Harga Barang Apa Solusinya

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 259 hits
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF RATA rata orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan menggila gila Ada 100 peratus kenaikannya dan ada pula barangan yang naik sampai 200 peratus Sudah tidak terkawal segala barang yang dalam kawalan Orang y...
Ketika Rakyat Terhimpit Harga Barangan Covid 19 Pegawai Kelantan Bersidang Di Kl Dikritik

Ketika Rakyat Terhimpit Harga Barangan Covid 19 Pegawai Kelantan Bersidang Di Kl Dikritik

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 217 hits
MALAYSIA DATELINEKetika rakyat terhimpit dengan harga barangan yang melonjak naik dan kekalutan ekoran Covid 19 tindakan kerajaan negeri Kelantan mengadakan persidangan pentadbir tanah di Kuala Lumpur dikritik ramai Ini kerana mengadakan pe...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Overcoming The Funding Challenges

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai