Parti Dicabar Tarik Sokongan Terhadap Mb Johor Muhyiddin Gelar Shahrir Bodoh


Ahmad Mustakim Zulkifli Presiden Bersatu itu menyifatkan cabaran Shahrir Samad sebagai tidak masuk akal.

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin (tengah) hadir pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Melaka. Gambar: Bernama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyelar veteran Umno Shahrir Abd Samad, menyifatkan beliau sebagai “bodoh” kerana mencabar Bersatu bagi menarik sokongan terhadap Menteri Besar Johor Hasni Mohammad.
Menurut Muhyiddin, meskipun mampu berbuat demikian, beliau lebih memikirkan nasib rakyat yang susah akibat pandemik Covid-19.
“Sekarang pun kita boleh tekan butang, semua akan jatuh. Kita tak takut tapi kerana saya fikir yang lebih penting ialah rakyat di negeri Johor, jangan berdepan masalah yang berlaku di Melaka.
“Dia suruh Bersatu tarik sokongan, bijak ke bodoh?” katanya pada sidang akhbar ketika melawat bilik gerakan PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban hari ini.
Bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu juga disifatkan Muhyiddin sebagai “jahat” kerana membuat cabaran itu.
Shahrir hari ini mempertikaikan mengapa tiada calon menteri besar dari Bersatu selepas pembentukan kerajaan negeri baru pada tahun lepas.
“Nak tarik sokongan supaya ada juga PRN Johor? Silakan. Umno Johor tetap bersedia,” tulis Shahrir dalam laman sosialnya.
Beliau merujuk kenyataan Muhyiddin sebelum ini, mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor tidak akan ditumbangkan atas dasar keprihatinan bekas perdana menteri itu.
Muhyiddin turut berkata sebagai warga Johor, beliau tidak akan buat di negeri itu seperti “apa Umno buat di Melaka.”
“Shahrir dah tak masuk akal. Dia kalah pilihan raya lepas, dan dia marah,” ujar Muhyiddin.
Sementara itu, Muhyiddin memaklumkan calon ketua menteri Melaka akan diumumkan sebelum hari pengundian. Katanya, kelewatan memaklumkan calon ketua menteri itu adalah sebahagian daripada strategi PN.
Jelasnya, calon ketua menteri akan datang dari Bersatu sekiranya parti itu berjaya memenangi kerusi yang cukup dan mendapat sokongan parti komponen lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/parti-dicabar-tarik-sokongan-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dato Zaharin Balun Muhyiddin Najib Isu Bodoh Kan Shahrir

Dato Zaharin Balun Muhyiddin Najib Isu Bodoh Kan Shahrir

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 376 hits
DATO ZAHARIN BALUN MUHYIDDIN NAJIB ISU MUHYIDDIN BODOH KAN SHAHRIR NAJIB JADI PUNCA UMNO KALAH DI MELAKA SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH
Mahiaddin Gelar Shahrir Bodoh

Mahiaddin Gelar Shahrir Bodoh

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 310 hits
MALAYSIA DATELINECabaran veteran Umno Johor Tan Sri Shahrir Abdul Samad supaya Bersatu mengarahkan ADUN mereka di Johor untuk menarik sokongan daripada Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad disambut dengan nada marah oleh Tan Sri Mahiaddin Md ...
Sidang Media Datuk Lokman Adam Laporan Polis Terhadap Muhyiddin Yassin

Sidang Media Datuk Lokman Adam Laporan Polis Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 391 hits
Datuk Lokman Adam membuat laporan polis terhadap tindakan PN yang membuat kempen di Melaka walaupun jelas ianya melanggar Akta SPR dan SOP KKM
Patutlah Muhyiddin Kata Pas Parti Ajaran Sesat

Patutlah Muhyiddin Kata Pas Parti Ajaran Sesat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 384 hits
Wayang sembab aka pengkhianat sudah bermula dulu dia kata pas parti ajaran sesat kini kencing hadi pun dia kata mcm madu
Ph Pertaruh 2 Katak Idris Nor Azman Dalam Cubaan Tarik Sokongan Pengundi Umno Berikut Adalah Senarai Calon Ph

Ph Pertaruh 2 Katak Idris Nor Azman Dalam Cubaan Tarik Sokongan Pengundi Umno Berikut Adalah Senarai Calon Ph

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 365 hits
November 6 2021 6 1Pakatan Harapan akan mempertaruhkan dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka selepas menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali Calon PH adalah PKRTan...
Muhyiddin Calling Shahrir Stupid Will Affect Pn At Polls Says Najib

Muhyiddin Calling Shahrir Stupid Will Affect Pn At Polls Says Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 339 hits
Najib Razak says Muhyiddin Yassin is showing his true colours with his tirade against former minister Shahrir Samad PETALING JAYA Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin s recent tirade against an Umno veteran who he called stupid will...
High Tide Phenomenon Hits Kedah Perak Selangor And Johor

High Tide Phenomenon Hits Kedah Perak Selangor And Johor

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 368 hits
Homes in the fishing village of Bagan Hailam in Port Klang inundated with water November 5 2021 Bernama picKUALA LUMPUR Nov 5 The high tide phenomenon began in Kedah Perak Selangor and Johor late last night causing overflow at several areas...
Rasuah Rm35 Juta Bekas Exco Johor Diarah Bela Diri

Rasuah Rm35 Juta Bekas Exco Johor Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 498 hits
AGENDA DAILY Datuk Abd Latif Bandi Seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi diarah Mahkamah Tinggi di Johor Bahru untuk membela dirinya bersabit 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM35 jut...
Boleh Nikah Di Masjid Surau Di Johor Mulai 7 November

Boleh Nikah Di Masjid Surau Di Johor Mulai 7 November

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 2034 hits
BOLEH NIKAH DI MASJID SURAU DI JOHOR MULAI 7 NOVEMBER JOHOR BAHRU 4 Nov Sebanyak 91 masjid dan 14 surau di negeri ini dibenarkan mengadakan majlis akad nikah di dewan rumah ibadah berkenaan bermula 7 November ini Pengerusi Jawatankuasa Hal ...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak