Naurah Care Bersedia Menjadi Penganjur Walimatul Urus Perdana Setiap Tahun


NAURAH CARE BERSEDIA MENJADI PENGANJUR WALIMATUL URUS PERDANA SETIAP TAHUN | Assalammualaikum semua! Sejak kejayaan Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka pada 29 Januari 2023 yang lalu. Ramai pihak menyambut baik program ini. Walau saban tahun menjadi acara tahunan, ia pasti wujud kelainan kerana istimewanya tahun ini Naurah Care adalah penganjur bagi acara berprestij ini. 
Usahasama di antara Naurah Care dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepanjang merealisasikan acara ini amat memberi impak sejak awal pengumuman pada Disember 2022 yang lalu. Selama satu bulan persiapan telah dilakukan. 100 pasangan pengantin diraikan dengan tema Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam. Tahniah Naurah Care dan MAIWP

NAURAH CARE BERSEDIA MENJADI PENGANJUR WALIMATUL URUS PERDANA SETIAP TAHUN

Bersempena dengan menganjuran Karnival MAIWP 2023, Majlis Walimatul Urus Perdana turut diadakan di sini. Seramai 100 pasangan pengantin yang terdiri daripada golongan B40 asnaf, fakir miskin dan mualaf telah diraikan dalam majlis gilang gemilang yang bertemakan ”Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam”. 

Menurut Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh. Abd. Rahim, “Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran bersama MAIWP dan Pertubuhan Kemanusiaan Naurah Care ini secara tidak langsung menjadi daya tarikan pelbagai pihak termasuk pelancong asing. Secara tidak langsung ia mengetengahkan pernikahan sunnah Rasulullah S.A.W dan budaya persandingan masyarakat Islam di Malaysia

Dari kejayaan Majlis Walimatul Urus Perdana, acara seterusnya dijangka berlangsung pada Disember 2023 ini. Walau bagaimanapun, jumlah pasangan dan kos untuk sesi seterusnya masih dalam perbincangan. Ia bergantung kepada pihak MAIWP

Apa yang utama, acara seperti ini berjaya merapatkan siratulrahim dan ukhwah dengan kepelbagaian aktiviti  disamping memberi peluang kepada masyarakat mengetahui peranan MAIWP

Dalam pada itu, Sheikh Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya akan mempelbagaikan acara sampingan dalam penganjuran perkahwinan besar-besaran pada masa akan datang.” katanya

Semua 100 pengantin diarak menaiki bas Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka dan mereka juga disandingkan atas pelamin yang disediakan

Pasangan pengantin ini menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan. 100 pasangan pengantin diarak menaiki bas KL Hop on Hop Off dan mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak Karnival MAIWP di Dataran Merdeka. 
Mereka juga turut bersanding di atas pelamin yang disediakan. Setiap pasangan pengantin di beri 2 meja yang membolehkan mereka menjemput 10 orang ahli keluarga pihak perempuan dan 10 orang ahli keluarga pihak pengantin lelaki. 

Sepanjang Majlis Walimatul Urus Perdana, mereka diiringi dengan paluan kompang semasa berarak masuk ke khemah, dimeriahkan dengam irama muzik tradisional dan persembahan Nasyid kumpulan In-Team. Lagu-lagu nasyid tentang kekeluargaan dan kasih sayang membuatkan para pengantin dan tetamu insaf. Menghayati bait bait lirik ketuhanan. Semoga perkahwinan kita semua diberkati oleh Allah s.w.t.


Selain itu, setiap pasangan pengantin menerima wang tunai RM2,000 bagi memulakan kehidupan berumahtangga. 
DUA PASANGAN PENGANTIN DINIKAHKAN OLEH PENGARAH JAWI
Dalam majlis tersebut, 2 pasangan pengantin dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail dan disaksikan oleh 2 orang Pengawai JAWI iaitu Encik Abdul Jamel Bin Jaafar dan Muhammad Fairudz Bin Saderi. 
Manakal, kedua-dua pasangan pengantin tersebut ialah Encik Shahrul Nizam bin Mohd Nazari, 35 tahun dan pasangannya Zuriana binti Zulkefli, 39 tahun. Encik Ahmad Danish Faqih bin Abdullah, 22 tahun dan pasangannya Puan Rosaslinah binti Dator, 25 tahun

Encik Ahmad Danish Faqih bin Abdullah, 22 tahun bersama pasangannya Puan Rosaslinah binti Dator, 25 tahun merupakan pasangan Muallaf yang dinikahkan secara langsung ketika Majlis Walimatul Urus Perdana. 

Menurut YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, “Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 yang bertujuan meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus. Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000. 
Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta. Sehingga Disember 2022, MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. 
Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan-bantuan zakat dan zakat secara tidak langsung. Manakala RM30.86 juta diagihkan menerusi institusi pendidikan dibawah MAIWP." jelas beliau


Turut hadir dalam majlis ini, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau berkata “Ketidaktentuan ekonomi dan peningkatan kadar inflasi global memberi impak kepada peningkatan kos sara hidup. Keadaan ini, sudah tentunya akan memberi kesan kepada semua kumpulan masyarakat terutamanya kepada golongan asnaf dan B40. 
Sejajar itu, pada tahun ini MAIWP menganggarkan pendapatan MAIWP sebanyak RM1.28 bilion dan MAIWP juga menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini sebanyak RM1 bilion melalui PPZ-MAIWP

Manakala, perbelanjaan MAIWP pada tahun ini dianggarkan sebanyak RM1.48 bilion yang merangkumi Perbelanjaan Pengagihan zakat sebanyak RM1.17 bilion, Perbelanjaan Pengurusan RM199 juta dan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM70 juta

Kita dapat lihat betapa indahnya Islam mempunyai ekosistem yang holistik dalam meningkatkan sosio ekonomi umat Islam. Usaha yang dilaksanakan oleh MAIWP ini adalah satu usaha yang perlu dipuji yang mana memberi gambaran bahawa Islam merupakan agama yang begitu menjaga kebajikan umatnya." jelas beliau

KE ARAH 50 TAHUN MAIWP
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 iaitu serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur. Penubuhannya bertujuan menguruskan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan. 
Seterusnya 16 April 1984, Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan diikuti Putrajaya pada 1 Februari 2001. Dengan itu, MAIWP bertanggungjawab melaksanakan agenda pembangunan umat Islam di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini. 
Jika dilihat ketika awal penubuhan MAIWP, aktiviti kutipan zakat dilaksanakan sendiri oleh Baitulmal Wilayah Persekutuan sehingga Mei 1989 sebelum pengurusannya dikorporatkan di mana pada tahun tersebut, fungsi kutipan zakat di Wilayah Persekutuan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat milik MAIWP iaitu Hartasuci Sdn Bhd atau dikenali sebagai Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

Manakala dalam aspek pengagihan zakat pula, bermula tahun 1981 MAIWP hanya menawarkan 6 skim bantuan zakat yang berbentuk keperluan segera, keperluan bulanan dan perniagaan. Alhamdullilah, dengan peningkatan kutipan zakat setiap tahun sehingga kini, MAIWP telah menawarkan 30 skim bantuan zakat yang lengkap merangkumi kebajikan, perlindungan, pendidikan, perubatan, keusahawan dan pembangunan ummah. 
Pada 1 Februari 2024 MAIWP akan menyambut Jubli Emas sempena penubuhan MAIWP ke 50 tahun. Untuk makluman semua, sepanjang penubuhan MAIWP 50 tahun pelbagai transformasi-transformasi agihan zakat yang telah berjaya dilaksanakan oleh MAIWP. 
Di antara transformasi-transformasi agihan zakat adalah pembukaan Pusat Agihan Zakat di setiap Parlimen di Kuala Lumpur dan Labuan bagi memudahkan para asnaf memohon bantuan zakat. 
Selain itu juga, Skuad Jejak Asnaf ditubuhkan yang berperanan turun padang ke seluruh Wilayah Persekutuan bagi menjejaki asnaf yang tercicir menerima bantuan zakat. 
Melihat peranan besar Skuad Jejak Asnaf, MAIWP mewujudkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf atau MoJA yang memudahkan orang ramai melaporkan kepada MAIWP mengenai mereka yang memerlukan bantuan.

MAIWP terus melangkah dengan lebih jauh dengan memanfaatkan penggunaan teknologi digital. MAIWP telah melaksanakan tranformasi digital melalui agihan zakat secara e-wallet menerusi Bantuan Peralatan Pakaian dan Peralatan Persekolahan dan Bantuan Makanan Keperluan Asasi yang dinikmati oleh lebih 25 ribu orang penerima manfaat. 
Matlamat utama MAIWP adalah bagi memastikan para asnaf turut mendapat manfaat daripada teknologi seiring dengan perkembangan digital. Dengan itu, MAIWP menyediakan kemudahan WiFi percuma di 10 buah kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan kemudahan internet bergerak

Insya Allah, MAIWP dari masa ke semasa sentiasa akan meningkatkan mutu dan perkhidmatan MAIWP seiring dengan perkembangan teknologi bagi memudahkan para asnaf dalam menerima bantuan zakat

MAIWP | NAURAH CARE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/naurah-care-bersedia-menjadi-penganjur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menyaksikan 100 Pasangan Pengantin Diraikan Dalam Majlis Walimatul Urus Perdana Maiwp

Pengalaman Menyaksikan 100 Pasangan Pengantin Diraikan Dalam Majlis Walimatul Urus Perdana Maiwp

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 174 hits
Cukup meriah Dan pengalaman menyaksikan 100 pasangan pengantin yang diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana semalam bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur anjuran MAIWP sangat bermakna buat sis Ini adalah kali pertama sis berpeluang...
Pemerintah Kebut Realisasi 30 Proyek Investasi Rp360 Triliun Tahun Ini

Pemerintah Kebut Realisasi 30 Proyek Investasi Rp360 Triliun Tahun Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 83 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto terus mendorong realisasi Proyek Strategis Nasional yang nilainya mencapai Rp 360 triliun Salah satunya menyelesaikan hambatan terkait perizinan bagi investasi
10 Tempat Paling Instagrammable Di Dunia Tahun 2023

10 Tempat Paling Instagrammable Di Dunia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 158 hits
Memandangkan media sosial terus berkembang dan memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan seharian kita tidak hairanlah bahawa Instagram telah menjadi alat penting untuk pengembara yang ingin mendokumentasikan dan berkongsi pengemba...
Th Serah Lesen 22 Syarikat Pengelola Jemaah Haji Tahun Ini

Th Serah Lesen 22 Syarikat Pengelola Jemaah Haji Tahun Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 171 hits
Tabung Haji berkata jemaah haji boleh memilih mana mana syarikat yang memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya...
Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang Lpnpp Tahun 2023

Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang Lpnpp Tahun 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 402 hits
Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang LPNPP Tahun 2023 Makluman terkini buat warga Pulau Pinang yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri Penduduk dari golongan berkelayakan iaitu isi rumah berpendapatan rendah atau sederhana boleh me...
Selepas 11 Tahun Sunye Wonder Girls Kembali Aktif Dalam Industri Hiburan Korea

Selepas 11 Tahun Sunye Wonder Girls Kembali Aktif Dalam Industri Hiburan Korea

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 266 hits
Nampaknya bekas ahli kumpulan WONDER GIRLS iaitu Sun ye akan kembali dalam dunia industri ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Sun ye muncul dalam sebuah program musim ke 3 High School Mom and Dad yang bakal ditayangkan pada 1 Februari nanti Dal...
Projek Csr Darihati123mamanet Kali 9 Sempena Ulangtahun Bandaraya Shah Alam Ke 22 Tahun

Projek Csr Darihati123mamanet Kali 9 Sempena Ulangtahun Bandaraya Shah Alam Ke 22 Tahun

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 345 hits
Projek CSR Projek CSR DMR DariHati123mamanet kembali lagi setelah sekian lama Penangan Covid 19 hampir dua tahun membuatkan banyak aktiviti dirancang terpaksa ditangguhkan Namun rezeki untuk mengadakan program amal bersama MBSA menerusi pro...
Bio Farma Ditantang Kejar Untung Usd10 Miliar Dalam 4 Tahun

Bio Farma Ditantang Kejar Untung Usd10 Miliar Dalam 4 Tahun

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 149 hits
Wakil Menteri BUMN I Pahala Nugraha Mansury memberi misi kepada Holding BUMN Farmasi PT Bio Farma untuk menciptakan keuntungan sebesar USD 10 Miliar dalam 4 tahun kedepan Menurutnya ini satu misi yang bisa dicapai oleh Bio Farma
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas