Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang Lpnpp Tahun 2023
Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang LPNPP Tahun 2023. Makluman terkini buat warga Pulau Pinang yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri. Penduduk dari golongan berkelayakan iaitu isi rumah berpendapatan rendah atau sederhana boleh membuat permohonan di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) secara online untuk mendapatkan rumah mampu milik idaman mereka. Pendaftaran adalah melalui Laman web sistem Portal Rasmi Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP).
Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) merupakan sebuah portal kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai projek perumahan mampu milik khusus untuk rakyat negeri tersebut.
Seiring dengan kenaikan harga rumah yang tidak masuk akal, beberapa kerajaan negeri telah memperkenalkan skim atau projek perumahan mampu milik mereka bagi membolehkan setiap keluarga memiliki rumah mereka sendiri.
Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang LPNPP Tahun 2023
Jika di Selangor ada Rumah Selangorku, di Negeri Sembilan ada Rumah Harap Rakyat (RHR) maka di Penang anda boleh memohon dengan melalui portal LPNPP. Sila rujuk link laman rasmi yang diberikan dibawah.
Jenis Projek Yang Dibuat LPNPP Untuk Tahun 2023
Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN) / Program Perumahan Rakyat (PPR)
Rumah Mampu Milik C1 C2 C3
Rumah Sewa Beli
Rumah Mampu Milik A
Rumah Mampu Milik B
Perhatian, untuk makluman berkenaan segala info yang diberikan ia adalah berdasarkan sumber rujukan laman portal rasmi dari LPNPP sendiri untuk Tahun 2023. Jika terdapat sebarang perubahan mengenai info yang diberikan ia adalah perubahan dari LPNPP dan sekiranya terdapat kesilapan dalam penyampaian maklumat, ia akan segera diperbaiki.
Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang Untuk Tahun 2023
Apakah Itu LPNPP:
Penubuhan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) sebagai Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 24 Tahun 2020 bertarikh 08 Julai 2020. Pengoperasian secara rasmi LPNPP adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 melalui pewartaan tarikh kuat kuasa Enakmen Lembaga Perumahan Pulau Pinang 2010 [Warta No. 580] yang bertarikh 24 Julai 2020. Secara umumnya, LPNPP masih menjalankan fungsi dan kuasa yang dilaksanakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Selain daripada itu, LPNPP bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan serta melestarikan pemajuan perumahan, khususnya pembangunan rumah mampu milik dan pembangunan semula bandar di seluruh negeri Pulau Pinang.
Objektif:
Memastikan pengurusan Perumahan Awam Kerajaan Negeri serta pembangunan perumahan di Pulau Pinang secara mampan dan memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat
Projek Perumahan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang Tahun 2023
Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN)/Program Perumahan Rakyat (PPR)
Syarat Untuk Buat Permohonan:
1. Keterangan mengenai butir-butir diri, pekerjaan, pendapatan dan alamat majikan bagi pemohon, isteri / suami serta tanggungan mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti berikut :
Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon
Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri
Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan
Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami
3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan
2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
Salinan laporan CCRIS (Pemohon dan Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran
2. Pemohon dan isteri / suami hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) borang SAHAJA
3. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan.
Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan
4. Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
5. Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan SAHAJA.
* Syarat-syarat di atas boleh dipinda / ditambah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikut keadaan dari semasa ke semasa.
Rujukan https://www.lpnpp.gov.my/ms/unit-sewa/syarat-permohonan-rskn-ppr
Rumah Mampu Milik
1. Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-
Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang
Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
Bekerja di Pulau Pinang
Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;
Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;
Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;
Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;
Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;
Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau
Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)
2. Untuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.
3. Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.
4. Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan :-
Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan
Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Sijil Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)
Salinan slip SPR
Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri / suami
Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
Pengesahan dari pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
Sekiranya berniaga atau bekerja sendiri sertakan dokumen berikut :-
Borang-B-Perniagaan (LHDN)
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
Salinan penyata KWSP terkini
Akuan Sumpah Pendapatan
Sekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut :-
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum;
Salinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)
Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.
Maklumat Lanjut Panduan Permohonan LPNPP
Anda boleh buat semakan rujukan serta panduan permohonan RSKN/PPR, Ruma Mampu Milik & Rumah Sewa Beli di sini
Laman Portal Rasmi LPNPP
Facebook Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/01/panduan-rumah-mampu-milik-lpnpp-tahun-2023.html