Projek Csr Darihati123mamanet Kali 9 Sempena Ulangtahun Bandaraya Shah Alam Ke 22 Tahun
Projek CSR | Projek CSR DMR #DariHati123mamanet kembali lagi setelah sekian lama. Penangan Covid-19 hampir dua tahun membuatkan banyak aktiviti dirancang terpaksa ditangguhkan.
Namun, rezeki untuk mengadakan program amal (CSR) bersama MBSA menerusi program Eco Free Market, bersempena Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam yang ke -22 tahun akhirnya terlaksana juga.
Sambutan tersebut diadakan pada 16 Oktober bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan 123mamanet mengambil peluang ini untuk bersama-sama memeriahkannya di samping menyantui golongan yang kurang bernasib baik.
Sedar tak sedar, sudah kali ke- 9 Projek CSR DMR #darihati123mamanet ini dijayakan
Objektif program ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan terutama yang terkesan dengan pendemik Covid-19.
Di samping itu, projek CSR #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan serta disantuni.
Baca Juga: Projek CSR #darihati123mamanet Bantuan
Hanya yang mempunyai KUPON sahaja yang layak untuk menerima sumbangan tersebut.
Booth 123mamanet sentiasa meriah!
Penganjuran kali yang ke 9 Projek CSR #darihati123mamanet
Projek CSR #darihati123mamanet ini merupakan kali ke – 9 penganjurannya dalam memenuhi tanggungjawan social korporat. Mudah-mudah lebih badan-badan korporat dan juga individu yang berkemampuan sudi bekerjasama serta menghulurkan bantuan untuk meringinkan beban golongan yang kurang bernasib baik ini.
Antara barangan penjagaan diri sumbungan Guardian Malaysia
Antara barangan dapur yang disumbangkan oleh individu-individu prihatin
Santan kelapa kotak ini sumbangan daripada Ayamas Kitchen
Untuk usaha murni ini, 123mamanet.com rasa agak bertuah kerana selain menerima sumbangan kewangan daripada individu bagi membeli barangan keperluan dapur seperti gula, tepung, meehon dan lain-lain, kami juga turut mendapat tajaan daripada Ayamas Kitchen berupa santan kelapa kotak. Apa yang istimewanya santan Ayamas Kitchen ini dihasilkan melalui suhu ultra tinggi (UHT) dan tidak ada bahan pengawet.
Sebahagian daripada sumbangan IN.Deed Communications
Selain itu, IN.Deed Communications turut menghulurkan sumbangan berupa beg laptop, dumbbell squeeze untuk senaman tangan, set travel organizer bag, tuala wanita dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan Guardian Malaysia, turut menyumbangkan barangan penjagaan diri seperti mandian, syampu dan macam-macam lagi.
Baca Juga: Projek CSR #darihati123mamanet Kembali Lagi Selepas Pandemik 19
Apa yang lebih mengembirakan, Tuan Mohd Rashidi, Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Y.B. Tuan Mohd Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik sudi menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras untuk menerima sumbangan daripada pihak penaja di booth kami.
Tuan Mohd Rashidi, Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Y.B. Tuan Mohd Najwan Halimi,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik menyantuni anak-anak yatim dari
Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras menerima sumbangan daripada pihak penaja.
Y.B. Tuan Mohd Najwan Halimi,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik
sedang memberikan sumbangan penaja kepada anak-anak yatim
Mudah-mudah untuk tahun 2023 ini, projek CSR #darihati123mamanet dapat diteruskan lagi dan menerima lebih banyak lagi tajaan golongan korporat dalam menjayakannya. Terima kasih tak terhingga buat para penaja, Ayamas Kitchen, IN.Deed Communications, Guardian Malaysia dan individu-invidu berkemampuan kerana sudi menghulurkan sumbangan tersebut. Ada rezeki, tajalah lagi nanti!
Sekian dulu coretan sis kali ini dan mudah-mudahan diberikan kesempatan lagi untuk menjayakannya. InsyaAllah. Aaamin YRA.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/10/projek-csr-darihati123mamanet-kali-9.html