Nasihat Kepada Ds Anwar Bagaimana Tundukkan Tun M Dr Tanaka



Kaedah ‘tundukkan’ Tun yang Anwar tak tahu

SEJARAH membuktikan, Tun Mahathir adalah Legendary Politician yang telah menumbangkan hampir semua Perdana Menteri Malaysia. Dan hari ini Tun melengkapkan pingat politiknya sebagai pemusnah dua kerajaan, yakni Kerajaan BN dan Kerajaan PH.


Dari sudut pandang kekuatan dan keegoan beliau sebagai Legendary Politician, tiada siapa pun _figure_ yang mampu menundukkan beliau kecuali seorang sahaja, yakni al-Marhum Ustaz Azizan Razak, MB Kedah daripada PAS. Selain itu, Tun Mahathir tidak pernah tunduk kepada sesiapa.

Geniusnya al-Marhum Ustaz Azizan menundukkan Tun adalah dengan cara memberi anugerah pingat kepada Tun Mahathir. Tun terpaksa menundukkan kepalanya di hadapan Ustaz Azizan untuk dipakaikan pingat. Tak ada orang politik lain berfikir di luar kotak seperti almarhum.

Apakah itu sahaja boleh dikatakan menundukkan Tun? Tidak. Itu hanya ‘simbolik’ supaya orang dapat ambil gambar kenangan bahawa beliau boleh tundukkan Tun Mahathir. Bahkan cara almarhum menundukkan ego Tun lebih daripada itu.

Tidak lama selepas PAS mengambil alih Kedah dan menjadi MB, almarhum terus menziarahi rumah Tun dan makan nasi bersama-sama dengan Tun sekeluarga. Tak tahulah apa yang disembang semasa pertemuan tersebut, tetapi pertemuan itu berjaya menambat hati Tun Mahathir.

Tun membuat kenyataan setelah itu, bahawa “Orang ini bijak. Jika dia menang (PRU) lagi penggal depan, Umno/BN dah payah dah nak ambil balik Kedah”. Itu pengiktirafan spontan Tun terhadap almarhum setelah pertemuan santai tersebut.

Hebat sangatkah almarhum boleh sembang macam tu saja, Tun boleh puji begitu? Tidak pelik. Gaya dan haibah almarhum Ustaz Azizan juga mendapat perhatian al-Marhum Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah. Tiada seorang pun MB Kedah yang menjadi begitu istimewa dihati almarhum Tuanku Sultan.

Pegawai-pegawai istana pun sangat hairan Ustaz Azizan, bagaimana Sultan boleh bergelak ketawa dengan beliau, sedangkan MB-MB lain sebelumnya punya skema dan ‘tawadhuk’ di hadapan Sultan. Sultan Kedah waktu itu adalah sultan yang sangat dihormati oleh orang Kedah khususnya tak kira kaum dan agama.

Jika sesiapa termasuk MB nak propose apa-apa kepada almarhum Sultan untuk ditandatangani, pasti berpeluh gelisah menanti apa soalan yang Tuanku Sultan akan tanya. Jika almarhum Sultan tidak faham atau tidak berpuas hati, dengan mudah sahaja baginda Sultan akan kata “beta tak berkenan”. Maka proposal itu sudah boleh dilupakan.

Tak ada yang berani membantah atau minta Sultan buat second thought. Itulah Sultan Abdul Halim yang MB-MB Kedah sangat berhati-hati berinteraksi dengan baginda. Tetapi pegawai-pegawai istana hairan dan kagum bagaimana MB Ustaz Azizan boleh hemoi dan bersembang santai dengan almarhum Sultan.

Saya pernah mendengar kata-kata seorang Ustaz PAS dalam bidang tarbiyah dan perkaderan – yang hari ini ustaz itu sudah jadi Ustaz PAN – kata beliau Tun Mahathir ni tak takut kat sapa, kecuali Sultan Kedah saja. Jadi tidak hairan langsung almarhum Ustaz Azizan boleh tundukkan Tun Mahathir, sedangkan Sultan yang Tun Mahathir ‘takut’ pun boleh sembang santai dengan almarhum.

Jadi apa hal saya bawa cerita almarhum Ustaz Azizan di sini? Saja saya bawa cerita ini sebagai teladan kepada DS Anwar, jika mahu memenangi hati Tun Mahathir, perlu guna cara almarhum Ustaz Azizan. Bukan dengan cara memberi tekanan demi tekanan untuk peralihan kuasa. Cara Datuk Seri sebenarnya salah dan mencabar ego. Ego orang jangan dicabar, ia perlu ditundukkan dengan cara halus dan berseni.

Saya minta maaf kepada Datuk Seri sebab terlambat beri nasihat ini. Tetapi nasihat ini masih berguna untuk Datuk Seri untuk movement seterusnya, dan juga untuk para politician yang baru dan muda-muda. Maafkan saya.
Sekian.

DR TANAKA MUSTAFA – HARAKAHDAILY 25/2/2020

KL: “Biar saya jalankan tanggungjawab. Saya harap kita dapat mencari penyelesaian terbaik untuk negara,” titah tingkas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda yang turun mencemar duli menyampaikan sumbangan makanan di Pintu 2 Istana Negara sempat bertegur sapa dengan wakil media di sini.Lihat Sebelum Ini..Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/MahathirE Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/nasihat-kepada-ds-anwar-bagaimana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Telah Buktikan Kewibawaannya Kini Tiba Masa Anwar Pula Melaksanakannya

Tun M Telah Buktikan Kewibawaannya Kini Tiba Masa Anwar Pula Melaksanakannya

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 241 hits
Selepas PH berjaya membentuk kerajaan pada Mei 2018 Tun M telah berusaha untuk melaksanakan beberapa manifesto yang dijanjikan meskipun semua tahu masalah besar yang kita hadapi apabila mewarisi kerajaan yang telah hampir rosak Banyak manif...
Anwar Menghadap Ydp Agong Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M Dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

Anwar Menghadap Ydp Agong Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M Dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 475 hits
Malam ini 23 Feb 2020 Perdana Menteri Dr Mahathir menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Walaubagaimanapun YDP Agong belum membuat keputusan kerana baginda perlu mendapat penjelasan daripada kedua dua pihak Pada 24 Feb 2020...
Selesai Anwar Hadap Agong Tun M Letak Jawatan Pm Pengerusi Bersatu

Selesai Anwar Hadap Agong Tun M Letak Jawatan Pm Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 331 hits
Anwar dan Dr Wan Azizah keluar dari Istana Negara sebentar tadi Foto BernamaAnwar selesai menghadap AgongKL Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sult...
Tun M Salahkan Muhyiddin Anwar Punca Dia Gagal Jadi Pm

Tun M Salahkan Muhyiddin Anwar Punca Dia Gagal Jadi Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca pengkhianatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakatan Harapan Dia nak cari alasan untuk krisis sahaja katanya dan mendakwa yang sebenarnya Muhyiddin m...
Kenapa Tak Lantik Anwar Je Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M Buka Jalan Muhyiddin Jadi Pm Ke 8

Kenapa Tak Lantik Anwar Je Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M Buka Jalan Muhyiddin Jadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 249 hits
Minggu lepas kita dikejutkan dengan kemelut politik apabila Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pelbagai plot twist telah berlaku sehinggakan tiada siapa boleh mengagak siapa yang akan menjadi Perdana Menteri ke 8 ...
Mulakan Hari Baru Tanpa Tun M Ds Anwar Dan L Kit Siang

Mulakan Hari Baru Tanpa Tun M Ds Anwar Dan L Kit Siang

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 278 hits
YDPA menyelamatkan Tun M pula buat masalahPADA 28 Februari lebih kurang jam 11 00 pagi saya menyiapkan rencana saya bertajuk Melayu Tertipu Lagi dengan membuat beberapa kesimpulan antaranya Orang yang menggagalkan penubuhan Kerajaan PN adal...
Kemelut Senyum 40 Dari 50 Mp Pkr Sokong Anwar Jika Tun M

Kemelut Senyum 40 Dari 50 Mp Pkr Sokong Anwar Jika Tun M

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 372 hits
Anwar berkata ini akan membolehkan Dr Mahathir terus menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara Foto BERNAMAKL Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau bersikap terbuka jika Tun Dr Mahathir Mohamad ingin kekal dalam ...
Anwar Kami Masih Lagi Ph Tun Dr Mahathir Telah Keluar Ph

Anwar Kami Masih Lagi Ph Tun Dr Mahathir Telah Keluar Ph

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 370 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan tidak akan berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun Perdana Menteri Interim itu kembali semula kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Tidak perkara itu tidak ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa