Kemelut Senyum 40 Dari 50 Mp Pkr Sokong Anwar Jika Tun M



Anwar berkata ini akan membolehkan Dr Mahathir terus menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara. - Foto BERNAMA

KL: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau bersikap terbuka jika Tun Dr Mahathir Mohamad ingin kekal dalam Kabinet meskipun selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Presiden PKR itu berkata ini akan membolehkan Dr Mahathir terus menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.

"Saya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan, bagaimanapun saya terbuka kepada idea tersebut kerana ia akan memberi manfaat yang besar kepada negara berdasarkan pengalaman beliau yang begitu luas.

"Ia juga akan membantu dari segi mendapatkan peralihan kuasa yang lebih aman dan pada masa yang sama, menggerakkan ekonomi negara ke hadapan," katanya kepada pemberita di luar Simposium 'The Construct of a Nation: As I See It' anjuran Universiti HELP di sini.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk menganggotai Kabinet sebelum peralihan kuasa.

BACA: Majlis Presiden PH dijangka putuskan tarikh peralihan kuasa?

Bagaimanapun, Anwar berkata sama ada beliau mahupun Dr Mahathir tidak seharusnya diberi tekanan berhubung isu peralihan kuasa.

Beliau berkata negara sepatutnya memfokus kepada isu lain seperti situasi ekonomi atau penularan jangkitan COVID-19 berbanding isu peralihan kuasa.

Ditanya sama ada beliau akan meminta tarikh yang tepat bagi penyerahan pucuk kepimpinan negara, Anwar berkata: "Tidak, kami akan mengadakan perbincangan mengenai tarikh itu.

"Perdana Menteri telah menyatakan bahawa ia akan berlaku selepas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), jadi kami akan menyelesaikan perkara ini dan saya rasa sesiapa pun tidak patut diberi tekanan," katanya.

Anwar menegaskan Dr Mahathir harus diberi kebebasan untuk memerintah dan berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan keikhlasan Perdana Menteri.
-- BERNAMA


Friday, February 21, 2020
40 DARI 50 MP PKR SOKONG ANWAR
Berita diterima, 40 dari 50 MP Keadilan telah menandatangani SD menyokong DSAI.  Manakala, seorang MP belum menandatangi menyokong mana-mana  pihak .  Ertinya, kartel hanya mendapat sokongan 9 MP sahaja.

BERITA DARI MALAYSIAKINI
Ketua whip PKR di parlimen, Johari Abdul, berkata beliau memulakan inisiatif bagi akuan berkanun (SD) berbunyi: "(Saya) menyokong Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan."

Ikrar itu mengukuhkan lagi perjanjian - dicapai pada 7 Jan 2018 - dalam kalangan pemimpin tertinggi PH tetapi tiada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan tersebut.

Kata Johari, SD yang disediakannya untuk ahli parlimen PKR itu adalah tindak balas kepada kempen berterusan dibuat pihak lain bagi mendapatkan tandatangan untuk satu lagi SD yang menyokong Mahathir kekal dijawatannya sehingga PRU akan datang.

"Kira-kira 40 (ahli parlimen) daripada 50 (wakil rakyat PKR) sudah menurunkan tandatangan. Kami ada senarai yang panjang," katanya kepada Malaysiakini.(http://wrlr.blogspot.com/2020/02/40-dari-50-mp-pkr-sokong-anwar.html)
Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/kemelut-senyum-40-dari-50-mp-pkr-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Senyum 138 Mp Sokong Tun M Kekal Pm Habis Penggal

Kemelut Senyum 138 Mp Sokong Tun M Kekal Pm Habis Penggal

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 352 hits
138 MP Sokong Tun M Kekal PM Habis Penggal Dr Kamaul Zaman ZAKIAH Koya melaporkan dalam akhbar The Star hari ini bahawa sumber sumber beliau menyebut 138 daripada 222 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Tun Dr Mahat...
Kemelut Senyum Tun M Menang Pas Batal Undi Percaya Dr M

Kemelut Senyum Tun M Menang Pas Batal Undi Percaya Dr M

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 280 hits
PAS batal undi percaya Dr MPAS akan membatalkan hasrat untuk membawa undi percaya di parlimen terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan parti itu berpuas hati dengan keputusan Majlis Preside...
Kemelut Senyum Saya Terus Jadi Pm Atau Tun M

Kemelut Senyum Saya Terus Jadi Pm Atau Tun M

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 317 hits
Dewan Rakyat Penentu Saya Terus Jadi PM atau Tidak Dr MahathirPETALING JAYA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Dewan Rakyat dan ahlinya boleh menentukan sama ada beliau boleh terus jadi perdana menteri atau tidak Kalau saya tak nak...
Henti Permainan Politik Sokong Tun M Azmin

Henti Permainan Politik Sokong Tun M Azmin

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 344 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myAZMINFOTO Arkib NSTPDATUK Seri Mohamed Azmin Ali menyeru rakyat negara ini memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin dan membangunkan ekonomi negara Men...
Ini Sebabnya Kenapa Ezam Sokong Anwar Lagi

Ini Sebabnya Kenapa Ezam Sokong Anwar Lagi

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 295 hits
Kemunculan kembali Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor di pentas politik mengundang tanda tanya Menerusi video yang dimuatkan di media sosial Ezam mengakui menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus menolak pihak yang pernah disokongnya seperti T...
Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 572 hits
Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru TS Anuar MusaBaca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah TS SAnnuarMusa Segalanya bermula dari dlm PH sendiri Apabila kami di beri bayangan 14 15 Ahl...
Ramai Ahli Parlimen Tandatangan Sokong Mahathir Tolak Anwar Jadi Pm

Ramai Ahli Parlimen Tandatangan Sokong Mahathir Tolak Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 584 hits
Buletin Asia Gambar hiasan KUALA LUMPUR Ahli parlimen dari UMNO PAS Bersatu dan sebahagian ahli parlimen PKR yang pro Timbalan Presiden PKR Dato Sri Azmin Ali telah dipanggil untuk menandatangani deklarasi untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mo...
138 Ahli Parlimen Sokong Tun Dr Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Akhir Penggal

138 Ahli Parlimen Sokong Tun Dr Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Akhir Penggal

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 502 hits
oleh Dr KamarulZakiah Koya melaporkan dalam akhbar The Star hari ini bahawa sumber sumber beliau menyebut 138 daripada 222 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Tun Dr Mahathir kekal sebagai PM hingga akhir penggal Ji...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord