Mulakan Hari Baru Tanpa Tun M Ds Anwar Dan L Kit Siang



YDPA menyelamatkan, Tun M pula buat masalah


PADA 28 Februari, lebih kurang jam 11.00 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk ‘Melayu Tertipu Lagi’ dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya:

(1) Orang yang menggagalkan penubuhan Kerajaan PN adalah Tun Dr. Mahathir.
(2) Dalam peristiwa ini, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka
daripada arena politik negara….
(3) Umno, PAS, BERSATU (termasuk kumpulan Azmin) hendaklah bersatu teguh. Saya percaya, jika perikatan mereka kuat, parti-parti di Sabah dan Sarawak, MCA dan MIC akan menyertai mereka yang berkemungkinan membolehkan mereka menubuh kerajaan baru. Tetapi, ini hanya boleh dilakukan tanpa Tun Dr Mahathir dalam BERSATU kerana beliau tidak boleh menerima Umno sebagai satu parti.

Pada masa itu, belum nampak penyelesaian krisis itu. Terdapat tiga kumpulan, kumpulan Tun Dr. Mahathir, kumpulan DS Anwar dan kumpulan TS Muhyiddin yang disokong kuat oleh Umno dan PAS, masing-masing tidak mempunyai majoriti.Dalam masa 24 jam sehingga petang 29 Februari, kita dengar cerita berbagai-bagai perkembangan; PH mencalonkan DS Anwar sebagai calon PM; DS Anwar dan pemimpin-pemimpin DAP dengan angkuh mengatakan ‘we have the numbers’; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) sekejap diberitakan menyokong Tun Dr. Mahathir, sekejap menyokong DS Anwar dan sekejap menyokong TS Muhyiddin; DS Anwar sekejap menyokong Tun Dr Mahathir, sekejap menawarkan dirinya sebagai calon dan berlagak seperti sudah pasti akan dilantik; Tun Dr Mahathir yang enggan menerima kekalahan, bermodalkan sokongan GPS dan WARISAN, membuat perkiraan dengan PKR, DAP dan PAN untuk ditonjolkan semula sebagai calon PH, yang bererti Kerajaan PH yang ditamatkannya dengan peletakan jawatannya hendak dihidupkan semula dan DS Anwar sanggup mengundur diri daripada menjadi calon PM demi menyelamatkan Kerajaan PH.Perkembangan yang terakhir disebut itu menunjukkan sejauh mana DS Anwar dan Lim Kit Siang sanggup berkompromi untuk menyelamatkan Kerajaan PH kerana, mereka tahu, jika mereka terlepas kuasa, mereka akan berada di kedudukan yang merugikan.Akhirnya, pada petang 29 Februari, terbitlah kenyataan Istana Negara yang dengan rasminya mengatakan bahawa YDPA telah berkenan melantik TS Muhyiddin sebagai Perdana Meteri Kelapan.Kita berhenti di sini dahulu untuk membuat beberapa pemerhatian.
(1) Dengan keluarnya kenyataan itu, tamatlah krisis seminggu itu. (Apa yang akan berlaku selepas itu, akan dibincang berikutnya.)
(2) Dengan terlantiknya TS Muhyiddin sebagai PM, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar tersingkir daripada perebutan untuk menjadi PM. Mereka akan terus menimbulkan masalah. Itu keistimewaan dan kepakaran mereka berdua. Diharapkan orang Melayu dan Raja-raja Melayu sudah muak dengan tindak tanduk mereka dan mengenepikan mereka untuk selama-lamanya.
(3) Orang Melayu merasa lega kerana tidak lagi akan melihat karenah Lim Guan Eng, Mujahid, Waytha Moorhy, Theresa Kok, Syed Sdiq, Mat Sabu dan lain-lain.
(4) Peletakan jawatan Tommy Thomas memberi nafas lega kepada lebih seribu pegawai-pegawai perundangan, ada yang telah memberi perkhidmatan lebih daripada tiga puluh tahun, menjadi pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak diberi kepercayaan terhadap kepakaran mereka oleh Tommy Thomas. Sebaliknya beliau melantik peguam-peguam swasta dan dibayar upah dengan wang pembayar cukai. Diharapkan seorang pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti beliau. Demikian juga diharapkan seorang pegawai MACC yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti Lateefa Koya.Tetapi, sebaik sahaja kenyataan itu diterbitkan, pemimpin-pemimpin PH, diketuai Tun Dr Mahathir bersama-sama DS Anwar telah menolak keputusan yang dibuat oleh YDPA itu. Itu tidak menghairankan. Mereka akan merayu dengan lemah longlai untuk mendapat pengampunan. Mereka terima pengampunan walaupun cara dilakukannya menyalahi prosedur yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Tetapi, apabila YDPA membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, YDPA pun mereka tentang. Ini menunjukkan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mempunyai had dan batasan.Perkara 40 (2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:“Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;”Perlembagaan tidak menetapkan bagaimana baginda hendak melaksanakan budi bicara itu. Tetapi, adalah patut bahawa baginda melantik seorang Ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Jika tidak, Undi Tidak Percaya mungkin akan dibuat dan, jika berjaya, PM itu hendaklah meletak jawatan dan masalah berulang semula.Dalam kata-kata lain, YDPA tidak dikehendaki menemu duga setiap Ahli Parlimen, apatah lagi mengambil kira senarai yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir, untuk membuat keputusan itu.Sekarang, keputusan telah dibuat, PM telah dilantik, tak usahlah memperdulikan apa kata Tun Dr Mahathir, mahupun senarainya. Jika beliau dan PH tidak berpuas hati, mereka bolehlah mengemukakan Undi Tidak Percaya di Parlimen. Itu caranya, bukan mencabar budi bicara YDPA.Bagaimana kedudukan Tun Dr Mahathir dan Ahli-ahli Parlimen dalam senarai Tun Dr Mahathir yang tidak menyokong TS Muhyiddin, dalam BERSATU? Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya “Melayu Tertipu Lagi”, jika mereka tidak mengikut pendirian parti, singkirkan mereka.Pagi ini, saya teruja melihat pemimpin-pemimpin Umno, PAS dan BERSATU bersama-sama ke Istana Negara untuk menubuh kerajaan baru. Diharapkan ia berkekalan. GPS dan WARISAN eloklah berfikir semula dan tidak lagi mengikut Tun Dr Mahathir ke mana sahaja yang dibawanya. Sudah tiba masanya beliau ditinggalkan atau disingkirkan.Beliau telah terlalu banyak membuat masalah sepanjang tempoh beliau menjadi PM: menyebabkan krisis Perlembagaan dengan Raja-raja sebanyak dua kali; menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas; menyebabkan Umno dibatalkan; bergaduh dengan Tun Musa Hitam; bergaduh dengan DS Anwar; bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi; bergaduh dengan DS Najib; menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada DAP; menyebabkan krisis Perlembagaan lagi sekarang; mencabar YDPA; masuk keluar Umno entah berapa kali. Nampaknya selagi beliau ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah.Kita mulakan hari baru, tanpa Tun Dr. Mahathir, DS Anwar dan Lim Kit Siang.TUN ABDUL HAMID MOHAMAD – HARAKAHDAILY 2/3/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/mulakan-hari-baru-tanpa-tun-mr-ds-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why A Unity Govt Can Throw Out Dr Mahathir Mr Lim Kit Siang Yeo Bee Yin You Are Mistaken About Tun Dr M And Anwar

Why A Unity Govt Can Throw Out Dr Mahathir Mr Lim Kit Siang Yeo Bee Yin You Are Mistaken About Tun Dr M And Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 326 hits
Yeo Bee Yin says the DAP is afraid that they cannot control Dr Mahathir That is why they dont want Dr M as PM Huh After TWO years have gone by So far you have worked with him quite well But what Yeo Bee Yin is actually saying is that the DA...
Tun M Salahkan Muhyiddin Anwar Punca Dia Gagal Jadi Pm

Tun M Salahkan Muhyiddin Anwar Punca Dia Gagal Jadi Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca pengkhianatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakatan Harapan Dia nak cari alasan untuk krisis sahaja katanya dan mendakwa yang sebenarnya Muhyiddin m...
Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 1769 hits
Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu meninggal dunia dalam tidur Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith di Instagram Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru m...
Nasihat Kepada Ds Anwar Bagaimana Tundukkan Tun M Dr Tanaka

Nasihat Kepada Ds Anwar Bagaimana Tundukkan Tun M Dr Tanaka

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 361 hits
Kaedah tundukkan Tun yang Anwar tak tahuSEJARAH membuktikan Tun Mahathir adalah Legendary Politician yang telah menumbangkan hampir semua Perdana Menteri Malaysia Dan hari ini Tun melengkapkan pingat politiknya sebagai pemusnah dua kerajaan...
Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 597 hits
Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru TS Anuar MusaBaca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah TS SAnnuarMusa Segalanya bermula dari dlm PH sendiri Apabila kami di beri bayangan 14 15 Ahl...
Anwar Azizah Menghadap Agong Hari Ini

Anwar Azizah Menghadap Agong Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 365 hits
Anwar Azizah menghadap Agong hari iniDesas desus berhubung kemungkinan pensejajaran semula politik yang menggemparkan negara semalam masih belum berakhir dan ia dijangka berterusan hari ini Ini berikutan beberapa program yang dijadual berla...
Ydpa Tidak Mahu Berjumpa Tun Mahathir Gagal Serah Dokumen Sokongan Yang Baru

Ydpa Tidak Mahu Berjumpa Tun Mahathir Gagal Serah Dokumen Sokongan Yang Baru

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 325 hits
Sebelum mengulas lanjut Ohmedia ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan secara rasmi beliau sebagai Perdana Menteri Ke 8 Malaysia Dengan perlantikan ini akhirnya kemelut politik di Malaysia semakin reda me...
Anwar Akan Menghadap Ydp Agong Sejarah Apa Bakal Dicipta Malaysia Hari Ini

Anwar Akan Menghadap Ydp Agong Sejarah Apa Bakal Dicipta Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 438 hits
Kuala Lumpur Desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula politik yang menggemparkan negara semalam masih belum berakhir dan isu itu dijangka berterusan hari ini Ini berikutan beberapa program yang dijadual berlangsung hari ini antar...
Kenapa Tak Lantik Anwar Je Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M Buka Jalan Muhyiddin Jadi Pm Ke 8

Kenapa Tak Lantik Anwar Je Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M Buka Jalan Muhyiddin Jadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 273 hits
Minggu lepas kita dikejutkan dengan kemelut politik apabila Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pelbagai plot twist telah berlaku sehinggakan tiada siapa boleh mengagak siapa yang akan menjadi Perdana Menteri ke 8 ...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Build A Strong Brand Identity Startup

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Perseus Cw Zon Reimagines The Yamaha Xv1000

Grok Ai Makin Pintar Berkat Update Grok 3 Bisa Digunakan Dengan Gratis

How Safe Are Helicopter Sightseeing Tours

Accident Di Highway Sarapan Hari Ini

Buat Kerja Tak Clean La G Dragon Tak Sengaja Dedah Hubungan Dengan Sana Twice