Nasi Lemak Ayam Kfc Special
Kebuntuan betul malam tadi tak tahu nak makan apa. Bila dah keluar tanda tanda tak selera nak makan masakan sendiri, lepas tu tak tahu tekak ni nak makan apa. Husband bagi cadangan “makan nasi lemak ayam KFC nak tak?”
Ermmm.. okaylah. Tengah bercelaru ni memang otak tak boleh generate nak fikir makan apa dah. Lepas tu dia tak selari dengan kehendak tekak. Blur
Keluarlah husband sorang membeli nasi lemak ayam KFC special. Beli kat kedai favourite dia.
Kedai ni boleh dikatakan legend lah kat area Ampangan, Seremban. Dah lama dia bertapak kat situ. Rasa dia pun tak pernah berubah katanya
Nasi Lemak Ayam KFC SpecialAyam KFC yang buatkan nasi lemak dia unik. Ayam ala KFC gitu. Tapi dalam menu tulis nasi lemak ayam KFC special. Jangan KFC claim macam harimau menangis tu sudah lah ye.
Ni dia rupa nasi lemak ayam KFC special tu. Portion nasi dia banyak. Sambal nasi lemak dia so so je pada saya. Tak pedas. Kalau pedas sikit mungkin akan mengubah rasa dia jadi lebih sedap
food plating kurang menarik sebab terus terjunkan dia dari bungkusan.
Melengkapkan hidangan nasi lemak, adalah sehiris timun dan beberapa butir kacang tanah goreng. Ikan bilis tak kelihatan, menyorok pun tidak. Maknanya tak ada. Mungkin dah di blend sekali dalam sambal nasi lemak
Ada tambahan sayur tumis kacang dan kobis., satu lagi keunikan hidangan nasi lemak ayam KFC special ni. Paling penting ayam KFC dia tu. Ayam ala KFC tu rangup. Salutan tepung ayam tu pun sedap rasa dia. Tahap sedap dia bawah KFC sikit lah. Boleh
Tapi kan, kalau makan kat kedai dapat makan panas-panas ayam KFC rangup tu memang sedap lah cerita dia
Yang berdekatan mungkin dah biasa makan kat sini. Bila pergi membeli, tak pernah tak ramai. Kedai legend ni mengekalkan tahap kesedapan dia, haruslah orang datang dan datang lagi
Selain nasi lemak, ade menu lain juga
NASI LEMAK AYAM JAMAL AMPANGANTauhu begedil 6 PCS - RM7Nasi lemak ayam KFC special - RM7.50Mee kari - RM5Laksa - RM5Rojak mee - RM5Mee/Mihun Sup Daging/Tulang - RM6/RM7
Masakan panasNasi goreng ayam/kampung/Ciliapi/paprik - RM6Mee/mihun/kuetiaw Grg/sup - RM6Cod bermula pukul 4 ptg sehingga 8 mlm
Ada juga perkhidmatan penghantaran di kawasan berikut :Senawangampanganparoipanchor sikamatrasah jayaWaktu operasi dari pukul 4petang sampai 12 tengah malam
whatsapp : 60136025635facebook : https://www.facebook.com/N.LEMAK.JAMAL/Lokasi : Batu 2/3 Setengah Jalan Ampangan Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri SembilanNotapink : bukan entry berbayar. Promote sebab sedap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/01/nasi-lemak-ayam-kfc-special.html