Resipi Original Nasi Lemak Bamboo Ss2 Petaling Jaya


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah cuba Nasi Lemak Kukus, atau Nasi Lemak Bakar, tapi korang pernah tahu bahawa ada Nasi Lemak Buluh. Dengar pun dah menarik dan pelik selalu orang masak lemang jer dalam buluh tapi kali ini Nasi Lemak pulak di masak dalam buluh. Kat mana tu jom kita terjah jalan-jalan makan-makan



Restoran yang Maha maksudkan tadi adalah Restoran Nasi Lemak Bamboo SS2 PJ. Sebenarnya konsep Nasi lemak dalam buluh ini telah diusahakan oleh dua orang pasangan suami isteri yang berasal dari Sabah. Mereka dah mempunyai lebih kurang enam restoran Nasi Lemak Bamboo kat Sabah. Kini mereka kembangkan lagi perniagaan ini ke semenangjung dengan membuka cawangan pertama mereka di SS2 Petaling Jaya



Maha pun tak tahu pasal restoran ini tapi ia diperkenalkan oleh seorang kawan yang pernah makan kat sini. Dia kata ini adalah resipi original isteri pemilik restoran ni yang memang suka memask. Idea tecetusnya untuk buat Nasi Lemak dalam buluh ini kerana tiada lagi yang sepertinya di negara kita. Istimewanya Nasi Lemak dalam buluh ini ia menggunakan kuah Kari Seafood dalamnya. Korang boleh tengok semasa sampai nasi lemak ni memang dalam buluh dan masih panas. Korang kena angkat buluh tu dan dalam tu ada nasi lemak dibalut dengan daun pisang bagi mengekalkan rasa asli bersama dengan kuah kari seafood. 
Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood (RM16.90)



Makanan laut yang ada juga banyak seperti sotong dan udang. Kalau korang nak tambah sambal nasi lemak pun boleh juga tak ada masalah. Korang kena makan nasi lemak buluh ni panas-panas baru dapat rasa urhmmm dan juga kesegaran bahan yang dicampurkan. Sepinggan tak cukup rasa boleh tambah lagi hehehe



Selain daripada nasi lemak dalam buluh tu ada juga nasi lemak lain yang juga mendapat perhatian pecinta makanan tradisional ni. Korang boleh pilih nak Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Lemak Rendang Ayam dan Nasi Lemak Kari Ayam. Satu pinggan nasi lemak ni ada semua bahan seperti sambal yang tak pedas dan manis-manis, kemudian ada ikan bilis dan kacang goreng, telur rebus bersama dengan hirisan timun lengkap tau. Bukan macam sesetengah nasi lemak ada nasi dan sambal sahaja tak puas hati makan

Nasi Lemak Rendang Ayam (RM10.90)
Nasi Lemak Ayam Goreng (RM10.90)

Mereka juga ada Mee Siam tau dengan pelbagai pilihan lauk seperti Mee Siam Ayam Goreng, Mee Siam Rendang Ayam dan Mee Siam Kari Ayam. Mee Siam ni macam Meehun goreng tapi ia ada rasa pedas dan masam-macam sikit. 
Mee Siam Ayam Goreng (RM10.90)
Mee Siam Kari Ayam (RM10.90)

Menu sampingan lain yang juga popular kat restoran ini dah wajib korang order bila datang makan kat sini iaitu Cucur Udang, Otak-Otak (5 batang), Sotong Goreng dan minuman Cendol. Cucur udang mereka terbaik gilerrrr kena try sangat rangup dan juga makan panas-panas ok

Sotong Goreng (RM7.50)
Cucur Udang (RM6.50)
Otak-Otak (5 batang) (RM7.50)
Cendol (RM6.90)

Setakat yang Maha datang hari tu restoran ni Alhamdulillah tak putus-putus pengunjung pelbagai kaum dan bangsa datang makan walaupun ia baru sahaja beroperasi sebulan lebih di sini. Mungkin kerana orang telah kenali restoran ini di Sabah jadi bila ada kat KL lagi senang nak dapat



Sekarang ni mereka tengah mencari rakan kongsi atau peniaga yang nak buka Franchise Nasi Lemak Bamboo ini kat beberapa kawasan di Sabah dan juga KL. Kalau korang yang tengah nak bukan perniagaan mungkin boleh hubungi pemilik restoran ini untuk keterangan lanjut. 




Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Dalam restoran ini pun korang boleh tengok dekorasi dikelilingi buluh juga meja dan kerusi pun di buat daripada buluh. Menarik dan juga Maha rekemenkan kepada korang yang nak cuba kelainan dalam makanan Nasi Lemak. Selamat mencuba semua ok

Info lanjut dan juga promosi boleh layari :Laman web: https://www.nasilemakbamboo.my/ Facebook: https://www.facebook.com/nasilemakbambooo/ Instagram: https://www.instagram.com/nasilemakbamboo.official/ Tel:  +6016-835 6266







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2021/01/resipi-original-nasi-lemak-bamboo-ss2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Makan Di Restaurant Nasi Lemak Bamboo Ss2 Pj

Makan Makan Di Restaurant Nasi Lemak Bamboo Ss2 Pj

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 633 hits
Hi Korang Yeah citer bab makan makan lagi nieh Makan nasi lemak pun nak citer jugak ke Eh nama pun blogger so haruslah kena citer menda menda best nieh Kebetulan masa cuti Krismas hari tuh lepas pi melawat KL BirdPark tuh ktorang ke Restaur...
Nasi Lemak Bamboo Ss2 Pj Malaysian Favorite With A New Twist

Nasi Lemak Bamboo Ss2 Pj Malaysian Favorite With A New Twist

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 826 hits
Nasi Lemak Bamboo SS2 PJ Malaysian favorite with a new twist Again I love to say this we Malaysians love our food very much We love our traditional food very much and we love it too when people get innovative and creative in presenting them...
Nasi Lemak Wanjo Dan Nasi Lemak Antarabangsa Di Kg Baru

Nasi Lemak Wanjo Dan Nasi Lemak Antarabangsa Di Kg Baru

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 493 hits
Hujung minggu penuh dengan aktiviti Kami seperti biasa dalam 1 bulan ada 1 hari kami akan ke Pasar Chow Kit untuk membeli barang barang basah ikan sotong ketam udang dan sayur sayur Disini lebih murah Selepas penat membeli belah kami mencar...
Resipi Kek Pandan Gula Melaka Lemak Manis Buat Ketagih Nak Makan

Resipi Kek Pandan Gula Melaka Lemak Manis Buat Ketagih Nak Makan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 350 hits
Ada sesiapa yang teringin nak makan kek pandan gula melaka Sedapni buat untuk minum petang Kalau nak beli boleh tahan juga mahalnya Jadi jomlah kita buat sendiri Hasil air tangan sendiri ni biasanya sedap Betul tak Kek pandan gula melakaUnt...
Nasi Lemak Manis Kampung Melayu Subang

Nasi Lemak Manis Kampung Melayu Subang

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 645 hits
Lepas jalan jalan balik dari Kepong sebab hantar barang abg joe singgah bersarapan tengah hari dekat Dapur KakZa nih Ada makan makan best yang layan ialah confirmlah Nasi Lemak sambal manis Area kampung melayu subang nih macam macam makanan...
Nasi Lemak Sungai Kandis Sedap Murah

Nasi Lemak Sungai Kandis Sedap Murah

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 607 hits
Sekali admin bawa family makan nasi lemak sedap area sungai kandis nih Anak anak selera boleh tahan sorang minta sotong sorang minta kerang sorang nasib baik biasa Last last semua makan sikit sib baik lah abg joe nih tak order apa apa sekad...
Resipi Apam Nasi Warna Warni

Resipi Apam Nasi Warna Warni

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 311 hits
Resipi Apam NasiBahan A 1 cawan nasi1 cawan airBahan B 1 cawan tepung beras cawan tepung gandum cawan gula pasir6 g yis keringBahan C Kelapa parut mudaGaram secukup rasaCara cara Kisar bahan A sehingga halus Satukan semua bahan B di dalam m...
Pusat Beli Belah Barangan Sukan Decathlon Petaling Jaya

Pusat Beli Belah Barangan Sukan Decathlon Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 694 hits
Sejak pertama kali singgah di Decathlon Bandar Sri Damansara kami sekeluarga teruja untuk singgah lagi di kedai yang menjual peralatan sukan terbesar di Malaysia ini Bukan hanya produk yang dijual adalah pelbagai tetapi menawarkan harga yan...
Nasi Lemak Di Pagi Hari

Nasi Lemak Di Pagi Hari

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 552 hits
Alhamdulillah Kenyang sepinggan nasi lemak sambal ikan bilis goreng Minum air suam je Cik abe ambik nasi lemak sambal kerang Air teh o panas Syukur dengan nikmat pagi ni Tapi Tak henti di situ Siap tapau nasi lemak dia sebab sedap dan kena ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat