Nasi Kerabu Daging Bakar Berbuka 25 Puasa


 Assalamualaikum wbt
TAK sabar rasanya kali ini menunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh bermulanya 1 Syawal 1443H. Walaupun sebelum ini kita sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Selasa, namun berlaku satu kekeliruan apabila beberapa kalendar termasuklah google search menyatakan Aidilfitri jatuh pada hari Isnin. Mungkin kekeliruan ini berlaku kerana ada beberapa negara lain yang menyambut 1 Ramadhan sehari awal dari kita di Malaysia. Kita nantikan sajalah sama ada kelihatan atau tidaknya anak bulan di beberapa tempat yang ditetapkan di seluruh Malaysia. Nampak tak nampak, kita pasti akan tetap beraya pada 1 Syawal, hehehe.

Semalam, Pak Inche kata, dia akan ke Pasar Ramadhan mencari juadah untuk berbuka. Sk pula, sebaik masuk dalam taman, teringat nak cuba nasib menjenguk gerai Nasi Kerabu Daging Bakar depan Kedai Runcit Haji ASK. Dari jauh, dah nampak bumbung gerai warna kuning. Nampak kakak nasi kerabu dari jauh, Alhamdulillah, dapatlah berbuka dengan nasi kerabu selepas kehampaan semalam, hihihi.
Kakak nasi kerabu minta peruntukan masa 10 minit untuk menyiapkan daging yang belum lagi dibakar. Sementara itu, Sk menunggu dalam kereta dan menelefon whatsapp Pak Inche agar tidak perlu membeli makanan berat untuk Sk dan Iman. Nak cukupkan masa supaya daging betul-betul dah siap dibakar, Sk tambah sendiri masa lagi 5 minit sambil kemas kereta. Oh, ya.. kak nasi kerabu kata, semalam dia jalan-jalan cari baju raya, sebab tu tak meniaga, hehehe


Terliur pulak tengok gerai sebelah jual pelbagai jenis jus buah-buahan. Ada tembikai laici, Mangga Susu dan Jagung Susu. Sk beli tiga bungkus mangga susu, semua ambil sorang sebungkus tak payah tuang jug. Jadi, tak timbul isu, babah minum banyak, Iman dapat sikit aje, kekeke


Pak Inche beli Nasi Ambeng. Aik.. tak serik ke hari tu dapat Nasi Ambeng Tak Cukup Syarat? Tapi kali ni, nampak cukup sifat nasinya cuma tak ada mee goreng. Rupanya yang ini, Nasi Ambang Special, ada daging. Nampak ada rupa sikitlah  Ayam Goreng Berempahnya

Selain tu, ada juga Murtabak Daging, Ayam Percik dan kuih kegemaran beliau, Seri Muka. Sk tanya, ayam percik tu, kira macam mana? Dalam fikiran Sk, mungkin ada harga pakej, beli tiga, RM12 contohnya. Memang beli tiga, kata Pak Inche. Seketul, RM4.50. Pak Inche makan satu, lagi dua ketul, dipanaskan masa sahur pagi tadi. Alhamdulillah, licin dah semua makanan dalam peti sejuk. Sejuklah hati nak tinggalkan rumah lama kali ni


Pernah nampak tak nasi kerabu ada tempe? Hahahha.. ni Pak Inche la tak makan tempe. Tu mujurlah Iman tak makan nasi ambeng juga, jika tak, penuhlah tempe dalam pinggan Sk. 
Mulanya risau jugaklah nasi kerabu tak elok masa nak makan berbuka. Tapi, kakak nasi kerabu kata, dia asingkan keropok supaya tidak lemau dan sayur (ulam) supaya tidak layu atau berair. Aishh.. lain kali kena minta asingkan sambal dan budu sekali la, sebab bila nak makan, semua dah serap dalam nasi. Dah kurang enak nasinya tak macak selalu. Daging bakarnya banyak betul sampai tak habis makan. Sk kumpulkan masuk dalam bekas dan frozen, nanti nak masak nasi goreng, bolehlah kita campak sekali dalam kuali, hihi. 
Syukur.. Alhamdulillah 🌹

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/04/nasi-kerabu-daging-bakar-berbuka-25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Lemak Berbuka 13 Puasa

Nasi Lemak Berbuka 13 Puasa

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum wbtPAGI PAGI semalam Angah hantar mesej di whatsapp group ibu tak sihat Pagi semalam juga dapat berita pakcik Sk yang kami panggil Pakcik Nasir meninggal dunia di Kuala Lumpur Pakcik Nasir ni abang ibu Satu satunya abang ibu...
Nasi Kandar Tak Original Berbuka 16 Puasa

Nasi Kandar Tak Original Berbuka 16 Puasa

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum wbtPAK Inche beli Nasi Kandar untuk berbuka semalam bila Iman terlupa nak defros ayam untuk dimasak Sambal Ayam Masa Sk sampai rumah Iman baru jer rendam ayamnya dah tuuu bila nak memasaknya Pak Inche pun dapatlah alasan unt...
Ramadan 14 Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah

Ramadan 14 Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 325 hits
hai assalammualaikumRamadan 14 Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah Hah macam dah lama tak buat Nasi lemak i tengok bahan dekat dapur semua ada apa lagi berkelentang kelentung la kita dekat dapur buat nasi lemak ni Nak buat senang je...
Menu Berbuka Puasa Ke 10 Sup Tulang Daging Goreng Kunyit Dan Sayur Kailan

Menu Berbuka Puasa Ke 10 Sup Tulang Daging Goreng Kunyit Dan Sayur Kailan

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 314 hits
hai assalammualaikumMenu Berbuka Puasa ke 10 Sup Tulang Daging Goreng Kunyit dan Sayur Kailan Kali ni takda resepi sebab puasa ke 10 nad buat task job shoot video Jadi shoot dari tengaahri sampai petang dalam pukul 5 petang macam tu Memang ...
Sambal Udang Petai Berbuka 22 Puasa

Sambal Udang Petai Berbuka 22 Puasa

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 155 hits
Assalamualaikum wbtSALAM Isnin 23 Ramadhan 1443H Kita berada di minggu terakhir Ramadhan tahun ini Teringat masa kecik kecik dulu seminggu sebelum aidilfitri abah panggil Malam Tujuh Likur Sibuklah abah pasang pelita depan rumah Tiap malam ...
Berbuka Puasa Di Sofea Guest House Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang Johor

Berbuka Puasa Di Sofea Guest House Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang Johor

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 342 hits
Berbuka Puasa di Sofea Guest House Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang Johor Ini kisah 12 April lepas berbuka puasa sekaligus celebrate birthday abahku di sini Cantik sangat kawasan dan dekorasi kat Sofea Guest House nih Tempat makannya luas da...
Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Legoland Malaysia Resort

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 309 hits
Berbuka Puasa di Buffet Ramadan LEGOLAND Malaysia Resort Buka puasa 13 Ramadan 1443H Berbuka puasa dengan sajian Flavours of Nusantara Ramadan Buffet di The post appeared first on
Himpunan 30 Hari 30 Resipi Berbuka Puasa Khairul Aming Sepanjang Ramadan 2022

Himpunan 30 Hari 30 Resipi Berbuka Puasa Khairul Aming Sepanjang Ramadan 2022

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 321 hits
Lampiran resipi Ramadan yang disiarkan dalam segmen 30 Hari 30 resipi Khairul Aming edisi sahur dan berbuka bagi tahun 2022 Sememangnya setiap tahun telatah dan golden voice Khairul Aming memeriahkan bulan puasa dengan video masakannya yang...
21 Puasa Berbuka Di Forest City Golf Hotel

21 Puasa Berbuka Di Forest City Golf Hotel

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum wbtASYIK Full House saja ya Buffet Ramadhan Warisan Lagenda di Forest City Golf Hotel ni Walaupun dah ada voucher early bird tapi tak pergi pergi sebab Pak Inche pulak perlu menghadiri beberapa majlis berbuka puasa jadi kena...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi