Nasi Lemak Berbuka 13 Puasa
Assalamualaikum wbt
PAGI-PAGI semalam, Angah hantar mesej di whatsapp group, ibu tak sihat. Pagi semalam juga dapat berita, pakcik Sk yang kami panggil Pakcik Nasir, meninggal dunia di Kuala Lumpur. Pakcik Nasir ni abang ibu. Satu-satunya abang ibu yang masih hidup, telah pergi buat selamanya. Kedua berita ini datang hampir serentak dan Angah tak beritahu ibu berita tentang Pakcik Nasir.
Cik Ani bagi minyak angin, bau macam minyak yuyi. Sk urut-urutlah dada, belakang, tengkuk dan kepala. Ibu mual-mual dan rasa nak muntah, tapi muntah air dan angin aje. Rumah berpusing katanya. Dah macam orang mengandung. Nak buang air besar tak boleh. Hampir nak ke tengahari sikit, ibu dapat jugaklah buang air besar, lepas tu nampak macam dah okey sikit. Tengahari, Cikwa pun sampai dari KL. Tengah nak punch card, tak jadi masuk kerja, terus ambil cuti kecemasan. Cikwa tanya ibu pasal Pakcik Nasir. Rupanya, ibu masih belum tahu. Jadi, Sk rasa, mungkin ada kena mengena pemergian Pak Nasir tu sampai ibu terjatuh sakit. Kami pun tak pergi melawat, hanya kirim doa dari kejauhan, semoga Allah swt mengampunkan segala dosa Pakcik Nasir dan ditempatkan rohnya di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Alhamdulillah, nampak ibu pun dah okay, yang lain pun semua ada di rumah Senai. Dalam pukul 2.30 gitu kot, Sk pun balik. Dah janji dengan Pak Inche, nak masak Nasi Lemak untuk berbuka. Walaupun dalam kepala ni terlintas jugaklah nak tapau aje Nasi Lemak Kayu Keramat, tapi gagahkan jugaklah memasak. Nanti ada pulak yang merajuk tak dapat makan nasi lemak homemade, heheheh.
Pes Cili dan Bawang Kisar memang dah siap, kan.. jadi mudahlah kerja. Kalau tak, memang besar jugaklah M-nya. Sk tumis dulu sambal dan sambil tunggu cili masak tu, Sk cuci beras untuk masak nasi. Periuk zaman now, tak payah lama nak tunggu terbit minyak pada sambal. Sk pun masak sambal kosong aje, cuma masukkan garam, gula, pes asam jawa dan sedikit belacan dan air
Nasi lemak pun pakai taruk aje dalam periuk. Cuci beras, masuk santan sekotak, tambah air secukupnya, halia tiga hiris, garam. Bawang tak letak, malas dan sayang bawang, hahahah. Kemudian masukkan halba suku sudu kecik, onz! Lemak sungguh nasinya, sekotak, kan santan. Selalu letak setengah kotak jer untuk dua pot beras. Hah, masak dua pot aje, itupun tak habis
Pak Inche macam biasa singgah ke pasar Ramadhan 'is must'. Beli karipap empat biji dari dua gerai berlainan, onde-onde, seri muka, cekodok dan bihun goreng kawah sebungkus. Disebabkan malam tadi, dia bertugas semasa AFC Champion League di Stadium Sultan Ibrahim, Sk suruh dia bawa kuih-kuih tu ke stadium, hehehehe
Panaskan nasi lemak untuk sahur 14 Ramadhan. Rancangnya nak sahur di Restoran Thoufeeq tapi macam malas la pulak. Pak Inche tak kisah, mana-mana katanya. Iman, lagilah suka kot kalau sahur kat rumah. Dia, malam aje semangat, bila tiba 'time' terus kendurrrr semangatnya, hahaha
Masa panaskan nasi tu, terus tenggek sambal atas pengukus, letak atas periuk nasi. Cuma tinggal goreng telur atas dapur. Jus tembikai ada setengah jug kecil, baki berbuka semalam. Malas nak buat air panas, heheheh. Tak hilang-hilang penyakit yang satu ni, hahahahaha
😜
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/04/nasi-lemak-berbuka-13-puasa.html