nasi kandar tajuddin hussain, george town
nasi kandar tajuddin hussain, george townTajuddin Hussain menjadi pilihan utama penduduk setempat untuk menikmati nasi kandar yang enak kerana pilihan menu yang biasa dihidang di rumah dengan menggunakan resepi-resepi warisan Pulau Pinang yang sukar untuk ditemui di restoran-restoran lain lain di Pulau Pinang. Selain itu, masakan-masakan yang ditawar di restoran ini menggunakan bahan makanan yang unik seperti burung merpati, angsa, puyuh dan ayam belanda. Selain tu, yang membezakan nasi kandar Tajuddin Hussain dengan kebanyakan restoran nasi kandar yang lain adalah cara nak order makanan. Kalau restoran nasi kandar yang lain, kebiasaannya kita akan beratur panjang untuk ambil giliran nak ambil order. Dah sampai giliran, kita just tunjuk-tunjuk je lauk apa yang kita nak, kemudian kuah campur. Specialnya Tajuddin Hussain ni, bila korang datang je, terus cari meja kosong dan duduk. Diorang akan datang ambil order. So korang tak payah nak beratur panjang-panjang
ayam masak apa ntah aku lupa daaa....tapi sedap
tadaaaaa...dah sampai order
all ready, let's eat!Selain tu, kalau anak-anak yang tak makan nasi kandar, korang boleh la order roti canai. Di Tajuddin Hussain ni jugak ada roti canai tau.... satu lagi specialnya Tajuddin Hussain.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |