Nasi Kambing Bakar Dan Soto Viral Di Warong Soto Pasir Penambang 2 Shah Alam
Nasi Kambing Bakar dan Soto Viral di Warong Soto Pasir Penambang 2 Shah Alam | Jangan baca entry ini kalau anda sedang lapar! Nah kalini siap bagi warning tuh! Hahaha! Entry kali ni Gee nak kongsikan tempat makan menarik dan sedap di Shah Alam. So, kalau yang mana stay di luar Shah Alam, boleh masukkan dalam list tempat makan yang korang boleh singgah nanti kalau datang berkunjung ke Shah Alam.
Warong Soto Pasir Penambang Sememangnya Sudah Dikenali
Untuk pengetahuan korang, Warong Soto Pasir Penambang 2 ini adalah cawangan kepada Warong Soto Pasir Penambang yang pertama dan asal di Kuala Selangor. Sebelum kewujudan cawangan ini, Warong Soto Pasir Penambang dah sememangnya terkenal dan viral kerana kesedapan sotonya. Gee sendiri pernah makan di Warong Soto Pasir Penambang yang pertama masa tu baru je kahwin. Hehehe.
Istimewanya Warong Soto Pasir Penambang 2 ini adalah terdapat menu tambahan yang lebih wowwww dan mengancam iaitu kambing bakar. Kiranya, signature dish Warong Soto Pasir Penambang 2 ini lah menu kambing bakar ni.
Kambing Bakar Menggunakan Sos Perapan Sendiri
Kalau nak tahu, Gee ni suka ke tak daging kambing, korang boleh baca entry Geng Blogger Mek Yunie yang ada berceritakan dan nampaknya sudah semakin memahami taste selera Sis Gee. Tak sangka apa yang dicerita itu memang betul! Hahahahaha
Berbalik pada cerita sos perapan kambing bakar, owner sendiri menggunakan resepi beliau untuk dijadikan sos perapan kambing bakar di Warong Soto Pasir Penambang 2 ini. Gee pun tak tahu, apa yang dibubuhnya tapi bila Gee cuba, sikit - sikit sampai habis Gee makan!! Sambil sembang-sembang je tak perasan eh!! Aku dah habiskan kambing bakar!! Hahahahaha! Semua macam terkejut Gee boleh pulak makan, padahal dari awal dah bagitahu tak suka daging kambing sebab hamis lah, berbau lah.... At last, aku yang habiskan semua!! Hehehehehe!
Kambing bakar ni nak makan ala carte pun boleh nak makan bersama set nasi putih pun boleh. Untuk set Nasi Kambing Bakar, korang akan dapat nasi putih, kambing bakar dan juga kuah sup. Tapi disebabkan Gee dan melantak soto, maka Gee makan kambing bakar sahaja. Hehe
Soto Menggunakan Resipi Asli Bonda
Soto ni dah sememangnya signature dish Warong Soto Pasir Penambang yang asal, maka menu soto juga ditawarkan di Warong Soto Pasir Penambang 2 ini. Gee sukakan Soto Begedil sebab begedil diaorang sangat sedap! Korang boleh pilih kalau nak bihun soto, koteow soto dan mee soto. Istimewanya taugeh yang digunakan adalah hasil tanaman sendiri bukan dari pasar atau pasaraya. Menarikkan?
Kalau korang nak makan portion yang lebih besar, korang boleh order Soto Special di mana korang akan dapat begedil lebih, taugeh lebih, isi ayam lebih, mee lebih dan semuanya dilebihkan. Hehehe. Owh!! Soto yang sedap mestilah dimakan dengan sambal kicap yang sedap!!! Anak - anak kalau makan soto pun bertambah. So korang tak perlu rungsing untuk fikirkan menu anak - anak nanti
Lagi Menu Sedap dan Mesti Cuba di Warong Soto Pasir Penambang 2!!
Gee nak recommendkan 2 menu ini yang korang boleh jadikan appetizer atau dessert. Tak kisah lah asalkan korang mesti cuba!!! Jangan bayangkan kek pulak!! Hahahahaha! Antara menu santai - santai yang sedap adalah Pecal dan Lempeng Kelapa.
Pecal memang sedap dengan kuah yang melimpah pastu sayur memang fresh! Krup Krap makan sayur fresh! Pastu Lempeng Kelapa pun sedap sebab rasa manis kelapa dan cicah dengan kuah sardin istimewa. Perghhhh! Jangan order 1 nanti menyesal! Hahahaha
Harga Mur Mur Je!!
Recommended By Sis Gee!!
Memang mesti singgah Warong Soto Pasir Penambang 2 ni!! Tak tahu lah berapa bintang nak bagi, sebab kita yang tak suka makan daging kambing, pun boleh tersuka terketagih pulak dengan kambing bakar diaorang. Jauh pula nak repeat. So, next trip ke KL, Gee harus singgah lagi!! Korang nak join sekali pm tepi eh. Hihihi.
Kat Mana Lokasi?
Kalau korang waze atau google 'Warong Soto Pasir Penambang 2 Shah Alam' terus detact lokasinya kat mana. Nak mudah lagi, Warong Soto Pasir Penambang 2 ni terletak bersebelahan dengan Pasar Shah Alam Seksyen 6. Mudah sangat nak jumpa! Hehe. Nak details lagi, korang boleh check it out link kat bawah ini okey!!
WARONG SOTO PASIR PENAMBANG 2 SHAH ALAM
Facebook : @sotopasirpenambang
Waktu Operasi : 10 pagi hingga 10 malam
Hubungi : 016 - 266 5019
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2019/03/nasi-kambing-bakar-dan-soto-viral-di.html