Hujung Minggu Nasi Lemak Macaroni Bakar Mee Goreng Bodoh
assalamualaikum 😊selasa dtg lagiiiii... dgn penuh keceriaan, alhamdulillah
tghari ni ada janji dgn kontraktor nak buat kabinet dapur di rumah baru.
so, pagi-pagi ni nak settle kan kerja rumah --> sidai baju, lipat baju.
packing few things utk dibawa ke rumah baru. misi mengosongkan rumah ni 😌.update blog jap dgn aktiviti Sabtu yg baru je lepas
bila kami tak ke mana-mana. maka, aktiviti si ibu was memasak. aktiviti anak-anak were makan-makan
pagi-pagi kakak-kakak da sarapan segelas milo & roti sapu hazelnut spread
kak Nurin ke tuisyen dlm jam 8.15 pagi
Syuhada tak lengah-lengah, terus buat homework skola
as for Izzat, bangun pagi terus on tv. sarapan hanya sebotol susu
nasi lemak.
bukan utk lunch.
ia utk brunch sebenarnya.
dlm jam 10 pagi, dah siap-siap masak nasi lemak dgn aksesorinya tu
sambal ikan bilis sederhana pedas
telur mata kerbau
potongkan timun jepun. Izzat memang suka sgt makan timun jepun
nasi lemak tu prepared as sarapan merangkap makan tghari
kat rumah saya takde peraturan ketat sgt bila nak makan apa. kami belasah jer 😄
kak Nurin, sampai je rumah dlm jam 11.15 pagi, terus amik sepinggan nasi lemak
"lapar la, Bu". ha ha ha ha tuisyen pun boleh buat perut lapar ekk 😅
then, saya tak tangguh-tangguh, dlm jam 12 tghari gitu, start prepare bahan nak buat macaroni bakar plak
idea spontan di pagi hari
sedang kemas dapur, jumpa separuh paket macaroni. what to do ekk
terpacul la idea macaroni bakar
cek freezer. cek fridge. semua bahan lain hampir ada. yeszaaaaa 👌
macaroni bakar done 👍!
resepi will update next entry ye.
kak Nurin dan Syuhada is pemakan pe pun yg saya masak
terutama western food gini. memang diorang makan sampai licin. hingga minta lagi
hu hu hu hu normally saya buat tak la byk
sebekas besar
kalau bekas kecik, setakat cukup makan kami-kami lah
Izzat tak minat langsung. dia jeling jer tau
Izzat setakat ni hanya tertawan dgn nasi putih, sambal tumis, nasi goreng, mee goreng, ayam goreng... dan sewaktu dgn nyer je 😆😄
mee goreng bodoh yg pandai skit lah 😀
menjelang nak lewat ptg, mula la si Ibu ni buat survey, "mlm ni nak makan apa anak-anak?"
mcm-mcm cadangan..
itu lah
ini lah
mcm restoran dibuatnya rumah ni, order jer apa nak 😆😆😆
pe pun keputusan, di tgn Ibu..
diskus punyer diskus. diorang bertiga beradik cadang-mencadang..
Izzat menang lah. itu yg terhasilnya mee goreng utk dinner
kenapa namanya mee goreng bodoh?! mentang-mentanglah Melaka terkenal dgn mee goreng bodoh tengkera tu kan hi hi hi hi hi...
sebab, bahannya yg simple. sotong skit. fishball sepaket. taugeh sepaket. beberapa helai daun bawang.janji sedap dan kenyang. senang hati menggorengnya
alhamdulillah. seharian dok rumah Sabtu lepas
dok ulang-alik ke dapur, ke depan. ke dapur, ke depan 😄😄😄. tak keluar rumah pun
memang spending kualiti time dgn famili.
😊😊😊
😉
Ahad, kami naik ke Beranang, attended kenduri kawin
jumpa emak abah & adik-beradik saya beberapa jam
then, cecepat balik Melaka, kak Nurin nak balik asrama, kan..
so dapur si Ibu ni tak berasap lah. makan free jer hi hi hi hi hi..
indahnya lah hujung minggu kami 💙💚💛💜 💙💚💛💜
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/03/hujung-minggu-nasi-lemak-macaroni-bakar.html